oudh palace x sujood

Penawar cintakan dunia

penawar cintakan dunia sujood

Kala ini, teriakan keakuan dan sifat wahn (cintakan dunia) tumbuh melata di laman media. Tidak kurang ramainya yang mahukan perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan tanpa menghiraukan cara. Tumbuh subur juga adalah budaya menunjuk-nunjuk dan pengharapan pada redha manusia. Hal-hal ini sebenarnya telah melampaui batas fitrah manusia yang perlu berinteraksi secara berhemah dan mengabdikan diri pada Tuhan yang Esa, Allah Azza wa Jalla.  

Apakah penawar untuk penyakit-penyakit ini?

Allah swt berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 92:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (Ali Imran: 92)

Ayat Quran ini membuktikan bahawa seseorang itu boleh mencapai kebaikan yang sebenar-benarnya dengan menderma.

Dalam surah sebelumnya pula, Allah telah berfirman dalam ayat 274:

“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita” (Al-Baqarah: 274)

Dengan menderma, kita tidak perlu lagi risau dan pasti merasa gembira; usah peduli dengan anggapan orang lain terhadap kita. Bahkan, bersedekah adalah pelaburan yang paling menguntungkan kerana pulangannya dijamin oleh Allah sendiri:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan” (Al-Baqarah: 245).

Tunggu apa lagi? Ayuh sama-sama bersedekah!

Dr. Azniza Azrai

Pensyarah UIAM
nabi musa istiqamah melawan firaun

Istiqamah itu Memutihkan Kepala

Nota Kelas Tafsir Rabu (Hud[11:112]) pada 23 Disember 2015. Antara isunya adalah kepentingan dan kesukaran Istiqamah atau konsisten dalam melaksanakan arahan Allah. Tidak semudah menutur di lidah, istiqamah atau senantiasa…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)