Dasar Privasi
KAMI, Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822-H), (akan menggunakan terma “Studio 61”) menghormati privasi individu berhubung dengan data peribadi dan amat komited untuk melindungi privasi pengguna/pelanggan tetap/pelanggan kami (secara kolektif dikenali sebagai “Pengguna”), dan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pengalaman yang selamat dan terjamin kepada pengguna. Dasar privasi ini dirumus selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut“), yang menerangkan bagaimana maklumat anda (“Data Peribadi”) dikumpul dan digunakan dan pilihan anda yang berkaitan dengan Data Peribadi anda. Sebagai penjelasan mutlak, sebarang rujukan ‘kami’, yang digunakan dalam Dasar Privasi ini akan melibatkan mana-mana anggota Studio 61. Amalan pengumpulan dan penyebaran maklumat kami bagi laman web ini, Sujood.net dan Applikasi Sujood di Apple App Store dan Google Playstore, (“Laman Web”), dan sebarang perkara yang berkaitan dengan penggunaan, atau pelangganan, atau pembelian sebarang produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Studio 61.
Maklumat yang dikumpul
Pelayan web kami tidak akan secara automatik mengenali maklumat khusus tentang Pengguna individu di laman kami. Di samping itu, pelayan web kami tidak akan secara automatik merekodkan maklumat tentang alamat e-mel Pengguna kecuali Pengguna memberikannya.
Kami mengumpul maklumat tentang Pengguna semasa proses pendaftaran bagi bahagian-bahagian tertentu di laman kami; menerusi penyertaan aktiviti tertentu, termasuk peraduan, forum, dan tinjauan pendapat; dan melalui penggunaan ‘cookies’. Apabila anda meminta halaman daripada pelayan kami, pelayan kami akan secara automatik mengumpul maklumat tertentu tentang pilihan anda, termasuk alamat internet protocol (“IP”) anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk mendiagnosis masalah dengan pelayan kami, dan untuk mentadbir laman kami.
Maklumat yang diberikan oleh Pengguna melalui proses pendaftaran, tinjauan, borang penyertaan peraduan, tinjauan pendapat ataupun saluran sah yang lain digunakan untuk mempertingkatkan kandungan laman kami, atau bagi tujuan pemasaran . Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan perdagangan kecuali dinyatakan secara khusus.
Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami secara sukarela di laman web kami dan saluran yang berkaitan mungkin diproses dan/atau didedahkan kepada Vendor (selepas ini dirujuk) bagi tujuan berikut (secara kolektif, “Tujuan”):
untuk mengurus, mengenalpasti dan mengesahkan transaksi bersama anda;
untuk menguruskan dan mengenalpasti keahlian anda untuk skim kesetiaan pelanggan kami (jika berkenaan);
untuk melakukan pemasaran produk dan/atau perkhidmatan kami secara langsung kepada anda;
untuk memahami dan menganalisis penjualan kami dan keperluan dan pilihan anda;
untuk membangunkan, mempertingkatkan, memasarkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
untuk membolehkan anda menyertai promosi dan peraduan;
untuk memproses pertukaran atau pulangan produk;
untuk memperbaiki perkhidmatan kami;
untuk membalas permintaan atau aduan anda.
untuk memberikan maklumat mengenai produk , berita dan perkembangan terkini, serta ganjaran dan promosi, keistimewaan dan inisiatif yang ditawarkan oleh Studio 61 dan/atau rakan niaga dan/atau pengiklan kepada anda;
untuk memproses transaksi pembayaran anda;
untuk perkhidmatan kawalan kredit/pengutipan semula hutang dari kami; dan
untuk mematuhi sebarang peraturan, kanun atau undang-undang sah yang dikuatkuasakan ke atas kami oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Meskipun butir-butir tepat tentang Data Peribadi yang dikumpul berubah-ubah menurut tujuan khas (misalnya peraduan, forum, tinjauan, dan lain-lain) sama ada di dalam talian atau sebaliknya, kami biasanya mengumpul Data Peribadi berikut daripada atau berhubung dengan anda:
Nama;
Alamat;
Nombor telefon;
Tarikh lahir;
Alamat e-mel;
Jantina;
Nombor kad pengenalan atau nombor pasport
Penggunaan dan Pendedahan
Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda dalam Studio 61 dan/atau Vendor (selepas ini dirujuk) bagi Tujuan tertentu dan menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dibentangkan di sini.
Kami bertanggungjawab terhadap Data Peribadi di bawah kawalan kami, termasuk Data Peribadi yang didedahkan oleh kami kepada Vendor (sering kali dirujuk sebagai pemproses data dan pihak ketiga penyedia perkhidmatan). “Vendor” dalam Dasar Privasi ini bermaksud, berhubung dengan Data Peribadi, mana-mana orang atau entiti (melainkan pekerja kami sendiri) yang memproses Data Peribadi bagi pihak kami dan/atau pihak ketiga penyedia perkhidmatan kepada kami. “Pemprosesan”, berhubung dengan Data Peribadi bermaksud misalnya mendapatkan, merekodkan, memegang atau menggunakan Data Peribadi semasa melaksanakan apa-apa operasi atau himpunan operasi terhadap Data Peribadi dan/atau menyediakan perkhidmatan berkaitan kepada kami.
Kami mengambil segala langkah untuk menyediakan tahap perlindungan yang setanding untuk melindungi Data Peribadi anda sekiranya maklumat tersebut diproses oleh Vendor.
Kami menggunakan dan mendedahkan maklumat diagregat yang tidak dapat mengenal pasti individu secara peribadi yang dikumpul melalui Laman Web ini sebagai sebahagian daripada proses organisasi kami demi mempertingkatkan kualiti Laman Web dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Studio 61.
Kesan Jika Data Peribadi Tidak Diberikan
Sila ambil maklum bahawa sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami didapati tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan anda untuk sebarang Tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau permintaan anda untuk melihat sesetengah maklumat di Laman Web ini, atau penggunaan, atau langganan, atau pembelian sebarang produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Studio 61 mungkin ditolak atau terjejas.
Penyimpanan dan Pemegangan Data Peribadi
Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan cetak dan/atau salinan tidak dicetak di pejabat kami dan/atau dalam pelayan web yang terletak di Malaysia. Data Peribadi anda mungkin perlu dipindahkan ke penyedia perkhidmatan iaitu pihak ketiga yang beroperasi/terletak di luar Malaysia. Dengan penggunaan secara berterusan Laman Web, produk dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh Studio 61, anda memberi persetujuan terhadap perpindahan sedemikian.
Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan selama mana yang diperlukan oleh kami untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan dalam perenggan (2) di atas atau selama mana yang diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang kawal selia, perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kami.
Kecuali seperti yang diterangkan dalam perenggan (15), kami tidak menawarkan sebarang kemudahan dalam talian untuk anda memadamkan Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami.
Bagaimana E-mel dan pesanan ‘Hubungi Kami’ dikendalikan
Kami mungkin menyimpan kandungan sebarang e-mel atau pesanan “Hubungi Kami” atau pesanan elektronik lain yang kami terima.
Sebarang Data Peribadi yang terkandung dalam pesanan tersebut hanya akan digunakan atau didedahkan menurut cara yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini.
Kandungan pesanan anda mungkin dipantau oleh penyedia perkhidmatan atau pekerja kami bagi tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan, pengauditan dan penyenggaraan atau jika kami mengesyaki penyalahgunaan e-mel.
Komunikasi atau Penggunaan Data Peribadi
Apabila anda menggunakan perkhidmatan telekomunikasi untuk mengakses Laman Web ini, dan/atau mana-mana laman web yang dioperasi dan/atau diuruskan oleh Studio 61, data komunikasi (contohnya alamat IP) atau data penggunaan (contohnya maklumat tentang permulaan, penamatan dan tahap/skop bagi setiap akses, dan maklumat tentang perkhidmatan telekomunikasi yang diakses oleh anda) akan dijana secara teknikal dan mungkin berkait dengan Data Peribadi anda.
Setakat mana terdapat keperluan yang mendesak, pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data komunikasi atau penggunaan data anda akan berlaku dan ia akan dilaksanakan selaras dengan undang-undang perlindungan privasi data yang berkuat kuasa.
Pengumpulan Automatik Data yang Tidak Boleh Dikenal pasti
Apabila anda mengakses laman web dan/atau menggunakan sebarang produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh Studio 61, kami boleh secara automatik (iaitu, bukan melalui pendaftaran) mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data yang tidak boleh dikenal pasti termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai ‘internet browser’ anda dan sistem pengendalian, nama domain laman web dari mana anda layari, jumlah melayarinya, purata masa yang dihabiskan di laman web, dan halaman yang dilihat.
Kami boleh menggunakan dan mendedahkan data yang tidak boleh dikenal pasti ini dan berkongsinya di antara Studio 61 dan/atau pihak ketiga untuk antara lain; memantau daya tarikan laman web dan memperbaiki prestasi/produk/perkhidmatan kami/kandungan pada agregat, pengecaman tanpa nama dan data tidak boleh dikenal pasti.
Walau bagaimanapun, sila pastikan bahawa maklumat ini tidak bertujuan untuk digunakan secara peribadi dalam usaha mengenal pasti identiti anda.
Sebagai contoh, kami mungkin mendapatkan:
Maklumat peralatan – seperti model perkakas anda, alamat IP, peralatan lain yang dikenalpasti, versi sistem operasi, jenis browser dan tetapan, seperti bahasa dan tetapan font yang sedia ada, dan tetapan peralatan anda yang digunakan untuk melayari Laman Web kami.
Maklumat penggunaan – seperti maklumat mengenai penggunaan laman web anda,produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Studio 61, masa dan tempoh penggunaan dan maklumat lain mengenai interaksi anda dengan kandungan yang ditawarkan oleh Studio 61, dan sebarang maklumat yang disimpan menggunakan kuki, pengenal iklan mudah alih, dan teknologi serupa yang telah kami tetapkan pada peranti anda. Untuk maklumat terperinci tentang penggunaan kuki kami, ‘web beacons’ dan teknologi lain, sila rujuk ‘Online Tracking and Advertising’ di perenggan (9) di bawah.
Maklumat lokasi – seperti alamat IP komputer anda, peranti mudah alih anda,isyarat sistem kedudukan global (GPS) atau maklumat mengenai akses WiFi berdekatan dan menara sel yang mungkin dihantar kepada kami melalui perkhidmatan tertentu yang anda gunakan.
Pengesanan dan Pengiklanan Dalam Talian
Bagaimana Kami Menggunakan Cookies, Web Beacons, dan Teknologi Seumpamanya dan Bagaimana untuk Menutup Teknologi Ini.
Kami dan mana-mana pihak ketiga yang dilantik/diberi kuasa oleh kami untuk menyediakan kandungan, iklan, atau fungsi atau cara dan analisis prestasi pengiklanan dalam Laman Web (secara kolektif, “Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran”), mungkin menggunakan cookies, web beacons, pengenalpasti iklan mobil, dan teknologi seumpamanya untuk menguruskan hal pentadbiran dan navigasi, untuk memahami dan menambahbaik Laman Web kami, untuk menetapkan dan/atau menambahbaik iklan yang ditunjukkan di sini atau dalam laman web yang dikendalikan dan/atau diuruskan oleh Studio 61, dan untuk menyediakan pengalaman dalam talian yang bersesuaian dengan anda.
Cookies. Cookies merupakan fail kecil yang disimpan ke dalam komputer anda apabila melayari Laman Web. Cookies mungkin digunakan untuk menyimpan nombor unik yang berpaut pada komputer atau peralatan anda supaya anda boleh dikenalpasti sebagai pengguna yang sama apabila melayari satu atau lebih laman web. Cookies mempunyai banyak fungsi yang berguna.
Sebagai contoh:
Cookies menyimpan data daftar masuk anda supaya tidak perlu memasukkan data yang sama setiap kali anda melawat Laman Web.
Cookies boleh membantu kami dan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran memahami bahagian yang paling popular dalam Laman Web kami kerana cookies membantu kami memantau laman dan fungsi yang diakses oleh pengguna dan tempoh yang diluangkan oleh pengguna dalam Laman Web. Dengan mengkaji maklumat sedemikian, kami akan dapat menyesuaikan Laman Web kami dan menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda.
Cookies membantu kami dan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran memahami iklan yang anda lihat supaya anda tidak lagi menerima iklan yang sama apabila melayari Laman Web kami.
Kebanyakkan pelayar menerima cookies secara automatik tetapi fungsi pelayar web boleh ditetapkan agar tidak menerima cookies secara automatik ataupun ia boleh memaklumkan pengguna bahawa cookies akan dihantar. Jika anda mahu menutup fungsi cookies, anda boleh merujuk kepada menu bantuan pada pelayar anda untuk menutup fungsi cookies. Jika anda menutup fungsi cookies, ia mungkin mengganggu cara Laman Web kami berfungsi.
Beacons. Kami, bersama dengan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran, mungkin menggunakan teknologi yang dikenali sebagai beacons (atau ‘pixels’) yang berinteraksi dengan maklumat dari peralatan anda kepada satu komputer pelayan. Beacons disimpan dalam kandungan secara talian, video, dan emel, dan membolehkan satu komputer pelayan untuk membaca maklumat tertentu daripada peralatan anda, mengetahui apabila anda membaca kandungan atau mesej emel tertentu, mengenalpasti masa dan tarikh berhubung beacons yang anda lihat, dan alamat IP peralatan anda. Kami dan pihak ketiga menggunakan beacons untuk pelbagai tujuan termasuk menganalisis penggunaan Laman Web dan produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Studio 61 dan (berkaitan dengan cookies) untuk menyediakan kandungan dan iklan yang lebih relevan untuk anda.
Simpanan Data & Teknologi Pengesanan Lain. Kami, bersama dengan pihak ketiga, mungkin menggunakan teknologi ini, seperti Local Shared Objects (juga dirujuk sebagai “Flash cookies”) dan simpanan Hypertext Markup Language 5 (HTML5) dalam Laman Web kami. Kami juga mungkin menggunakan pengenalpasti unik pada peralatan anda, seperti pengenalpasti iklan. Teknologi ini serupa dengan cookies yang dibentang di atas dan ia disimpan dalam peralatan anda dan boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu tentang aktiviti dan kegemaran anda. Walau bagaimanapun, teknologi ini mungkin menggunakan bahagian peranti yang berlainan daripada cookies biasa, dan oleh itu anda mungkin tidak dapat mengawal penggunaan alat dan tetapan penyemak imbas standard. Untuk penyimpanan tempatan HTML5, kaedah untuk melumpuhkan HTML5 adalah berbeza-beza bergantung pada jenis pelayar web anda. Untuk Flash cookies, maklumat tentang penamatan atau pemadaman maklumat yang disimpan di dalam Flash cookies boleh didapati di sini.
Pilihan Tambahan bagi Iklan Sasaran
Seperti yang diterangkan di atas, kami dan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran, mungkin menggunakan cookies dan teknologi pengesan yang lain untuk menguruskan penyediaan iklan yang sesuai kepada anda. Sebagai contoh, teknologi ini membantu kami mengenalpasti sama ada anda pernah melihat iklan tertentu sebelum ini, menyesuaikan iklan kepada anda jika anda telah melawat Laman Web kami sebelum ini, dan elakkan daripada menghantar iklan yang sama kepada anda.
Disebabkan perbezaan antara penggunaan aplikasi dan laman web pada peranti mudah alih, anda mungkin perlu mengambil langkah tambahan untuk menamatkan teknologi pengesan dalam aplikasi mudah alih. Kebanyakan peranti mudah alih membenarkan anda untuk menamatkan/memadamkan iklan sasaran untuk aplikasi mudah alih dengan menggunakan tetapan aplikasi mudah alih atau peranti mudah alih. Untuk maklumat lanjut, sila semak tetapan telefon anda. Anda mungkin perlu menyahpasang aplikasi kami dengan menggunakan proses penyahpasang biasa yang terdapat pada peranti mudah alih anda atau pasaran aplikasi.
Forum Awam
Laman Web kami menyediakan perkongsian maklumat, maklum balas, forum, dan/atau papan pesanan kepada Pengguna. Sila maklum bahawa sebarang maklumat yang didedahkan di ruang ini menjadi maklumat awam dan anda harus berhati-hati semasa membuat keputusan untuk mendedahkan Data Peribadi anda. Kami meminta agar pengguna saling berbudi bahasa dan menghormati antara satu sama lain apabila menggunakan perkhidmatan tersebut.
Pemohon Pekerjaan
Data Peribadi yang diberikan berhubungan dengan permohonan untuk pekerjaan akan digunakan untuk menentukan kesesuaian anda bagi jawatan yang ditawarkan oleh Studio 61 dan, jika berkenaan, terma-terma pekerjaan atau pengambilan anda.
Maklumat anda juga mungkin digunakan untuk memantau inisiatif perekrutan dan dasar peluang sama rata kami.
Butir-butir anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga untuk menentusahkan atau mendapatkan maklumat tambahan termasuk institusi pendidikan, majikan semasa/bekas majikan dan agensi rujukan kredit. Agensi rujukan kredit merekodkan carian ini dan anda boleh menghubungi kami untuk mengetahui agensi yang kami gunakan. Permohonan yang tidak berjaya mungkin disimpan untuk memadankan kemahiran anda dengan peluang pekerjaan masa hadapan.
Kerahsiaan
Data Peribadi yang dipegang oleh kami akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari masa ke semasa.
Sebarang soalan, komen, cadangan atau maklumat melainkan Data Peribadi yang dihantar atau dimasukkan ke Laman Web ini, atau mana-mana bahagian oleh pengguna akan dianggap diberikan secara sukarela kepada kami atas dasar bukan sulit dan bukan keempunyaan.
Kami juga berhak untuk menggunakan, menghasilkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan dan/atau menyiarkan maklumat secara bebas tanpa rujukan lanjut kepada anda.
Keselamatan
Laman Web kami mempunyai langkah keselamatan untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan dan pindaan maklumat di bawah kawalan kami. Apabila Pengguna diminta menyediakan maklumat kad kredit beliau, kami menyediakan persekitaran yang selamat menerusi sistem rakan niaga kami (menggunakan protokol SSL atau SET yang standard bagi industri) bagi tujuan ini.
Malangnya, sebarang penghantaran data melalui Internet tidak dapat dijamin selamat. Jadi meskipun kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi Data Peribadi tersebut, kami tidak boleh memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada kami dan individu melakukannya atas risiko mereka sendiri. Sebaik sahaja sebarang Data Peribadi menjadi milikan kami, kami akan mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat tersebut daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, modifikasi atau pendedahan yang tidak dibenarkan.
Nama pengguna dan kata laluan mungkin diperlukan untuk anda menggunakan bahagian-bahagian tertentu dalam Laman Web ini. Untuk perlindungan anda sendiri, kami menghendaki anda merahsiakan nama pengguna dan kata laluan ini dan secara kerap mengubah kata laluan anda (jika diperlukan).
Pautan
Laman Web kami mengandungi pautan ke laman lain. Kami tidak bertanggungjawab atas amalan privasi atau kandungan laman tersebut. Kami juga mempunyai jalinan perhubungan dengan rakan niaga/ atau pengiklan yang lain tetapi perhubungan tersebut secara amnya bersifat teknikal, atau kerjasama kandungan. Jika mana-mana rakan niaga/ atau pengiklan mengakses sebarang maklumat yang dimasukkan oleh pengguna dalam pangkalan data ini, fakta ini akan didedahkan kepada pengguna pada permulaan proses pendaftaran. Pengguna yang tidak mahu maklumat mereka dikongsi oleh sesiapa selain daripada Laman Web ini, boleh memilih untuk tidak melengkapkan pendaftaran.
Hak Akses kepada Data Peribadi
Di bawah Akta, anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami setelah anda membuat bayaran yang ditetapkan dan boleh membuat permintaan untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Dasar Privasi ini atau jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik kebenaran anda kepada kami bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan komunikasi pemasaran pada masa depan, anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis ke alamat berikut:
Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822-H)
Blok E-7-1, Jalan GC4,
GLOMAC CYBERJAYA,
63200 CYBERJAYA, MALAYSIA
atau emel kepada: salam@sujood.net
Perubahan pada Dasar Privasi
Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari masa ke semasa tanpa notis terdahulu. Sebarang perubahan Dasar Privasi akan dimuatnaik ke atas Laman Web ini dan oleh itu, kami menasihati anda supaya menyemak/melawat Laman Web ini dari masa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan.
Jika terdapat perbezaan antara versi Dasar Privasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris haruslah digunapakai.
(Kali terakhir dikemas kini pada 20/04/2021).