Kenapa Sujood?

Kami dahulu tertanya, apakah tiada pihak yang menggalakkan operasi derma tanpa tunai bagi pihak masjid dan surau di Malaysia?

Dengan pencurian di masjid yang kerap kedengaran, dan penyalahgunaan wang dari pihak pengurusan masjid, NGO atau persatuan. Kami sedar, perlu ada pihak yang bangkit dan kuat menerokah arus ini.
Tak nafi jika dikatakan, ramai pihak pengurusan masjid dikelilingi warga Malaysia yang sudah sedikit berusia. Untuk membuatkan masjid lebih cakna kepada masyarakat yang semakin hari semakin muda, perlu ada sedikit suntikan dari golongan yang lebih muda di dalamnya.

Setelah mendapati masalah untuk menderma secara online bagi beberapa masjid terutamanya masjid-masjid di kampung, kami rasakan apa salahnya kita cuba mudahkan proses menderma selangkah lebih tinggi. Teknologi berubah dari semasa ke semasa, masjid juga perlu berubah mengikut kerangka yang sesuai.

Nama Sujood di gunakan kerana di masjid lah tempat yang teramat sesuai untuk kita mengerjakan solat. Hayya Alas Solaah.

Kami di Studio 61 Sdn. Bhd. ingin membantu dalam menjadikan usaha menderma kepada masjid dan surau di Malaysia ini semakin mudah dan lebih mendekatkan kita dengan rumah Allah yang esa. Moga bantuan dari semua pihak dapat kita mudahkan apa yang susah, dan diakhiri dengan penutup yang husnul khatimah.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)