
Bismillahirrahmanirrahim.
1. Dengan keberkatan penghujung sayyidul ayyam, dan juga keberkatan 10 akhir Ramadan, saya mewakili kumpulan penulis dan penyelidik daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan tempahan Mushaf al-Mutqin – Berserta Senarai Ayat Mutasyabihat Lafaz.
2. Mushaf ini insya-Allah, boleh menjadi rujukan penting para huffaz al-Quran dalam mengenal pasti ayat mutasyabihat lafaz, yang jumlahnya banyak dan sering mengelirukan hafazan.
3. Antara ciri-ciri & kelebihan Mushaf al-Mutqin:
Dibangunkan oleh Pensyarah Pakar Bidang Tahfiz.
– Dihimpunkan menerusi kajian selama 5 tahun.
Menonjolkan Ayat Mutashabihat. – Ayat mutashabihat lafaz digariskan supaya mudah dikenal pasti.
Susun Atur Mesra Huffaz.
– Setiap ayat disusun bernombor di birai mushaf dengan jelas dan mudah dibaca.
Reka Bentuk Berwarna.
– Estetik dan praktikal untuk pelajar & guru tahfiz mengetahui surah dan nombor ayat.
Saiz Sederhana (B5).
– mudah dibawa dan digunakan dalam sesi pembelajaran.
Mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
Menggunakan rasm Mushaf Madinah al-Munawwarah versi terkini.
Saiz Tulisan Mesra Pembaca (Readable).
– Ayat mutashabihat lafaz yang ditulis dibirai mushaf dipaparkan dengan saiz yang sesuai dan tidak terlalu kecil.
4. Bersempena dengan pelancaran ini, promosi harga istimewa diberikan dan berterusan sehingga akhir Syawal sahaja.
5. Untuk tempahan, sila imbas kod QR yang tertera di dalam poster atau menerusi pautan yang diberikan di dalam komen.
6. Mohon jasa baik semua untuk menyebarkan hebahan ini agar manfaatnya sampai kepada mereka yang memerlukan.
7. Semoga usaha kecil kami ini menjadi sumbangan bermakna dalam menperkukuh pendidikan tahfiz di Malaysia, serta menjadi amal jariah yang berterusan hingga hari akhirat.
Terima kasih.
Al-Faqir:
Dr Abd Muhaimin bin Ahmad.
21.3.2025
Dapatkan Mushaf Mutqin anda sekarang!
Tekan link untuk membeli mushaf anda: https://huffazmutqinresearchcenter.onpay.my/order/form/mushaf_al-mutqin?fbclid=IwY2xjawJK2sBleHRuA2FlbQIxMAABHepg–9lLLQMAASx1ueUJtVfR7tmNk8Mdvy0J0eMerYwqCRhz6k72539MQ_aem_mTU858XbLiLDG9KBX3qbxg