oudh palace x sujood

Curi Tabung Masjid

curi tabung masjid aliff danial sujood

Saya tengok sekarang ini ramai orang susah kena tangkap mencuri duit tabung masjid.

Kalau kita fikir banyak kali, kadang-kadang orang yang mencuri ini bukan kerana dia suka mencuri. Tetapi, mereka dalam kesulitan hidup.

Duit takde, tetapi susu anak habis. Susu budak pulak sekarang sudah naik harga. Susu yang dulu dalam kategori murah pun sudah naik harga.

Jadi, jalan paling cepat ialah dengan mencuri duit tabung di masjid.

Saya selalu juga kira berapa duit sumbangan orang ramai kepada masjid setiap kali Jumaat. Ribu-ribu jugak lah.

Saya mempunyai satu cadangan.

Masjid sediakan sedikit daripada sumbangan orang ramai tadi untuk menyediakan “Gajian Harian”.

Mana-mana orang terdesak hujung bulan, tak sempat gaji, tetapi beras sudah habis, susu anak sudah habis, boleh datang ke masjid untuk Program Gajian Harian/Jam.

Masjid boleh berikan mereka kerja-kerja mencuci masjid, atau menebas rumput, dan sebagainya dan mereka diberi upah untuk kerja tersebut.

Sebab apa? Sebab ada orang yang malu untuk meminta minta. Mereka ini disebut dalam Al-Quran, al-mahruum (51:19). Mereka dalam kesulitan tetapi malu untuk meminta-minta.

Jadi, dengan menyediakan Program Gajian Harian ini, kita dapat membantu mereka dan cara ini lebih dapat menjaga maruah.

Seperkara lagi, saya perhatikan ramai jemaah masjid terdiri daripada orang-orang yang kaya. Kaya harta ataudan kaya hati.

Masjid boleh mengambil data orang-orang kaya ini untuk Program Kerja Sementara.

Masjid menjadi koneksi antara orang-orang dalam kesulitan dengan orang-orang kaya supaya mereka dapat memperoleh kerja sementara.

Semoga bermanfaat.

Aliff Danial

Pensyarah Matematik IPTA
Jumlah Masjid di Pahang

Jumlah Masjid di Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai 11 buah daerah. Negeri pahang terkenal dengan Cameron Highland, Patin Temerloh, Pantai Teluk Cempedak dan bermacam lagi. Menurut info dari laman web masjid.pahang.gov.my yang memaparkan…
Read more
Bercuti Sambil Beramal

Bercuti Sambil Beramal

Pernahkah anda terfikir bahawa setiap kali anda bercuti, anda juga boleh menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan? Di Malaysia, telah wujud konsep “Bercuti Sambil Beramal” melalui hotel wakaf mampu menjadikan percutian…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.