oudh palace x sujood

Sedekah dan Dosa.

sedekah dan dosa by ust amirul hassan AT sujood

Antara kaedah untuk berhenti daripada tabiat dosa ialah dengan bersedekah. Setiap kali melakukan dosa, maka terus bertaubat dan beristighfar
lalu diselangi dengan bersedekah.

Ada seorang ulama yang bernama ibn Wahab bernazar setiap kali dia mengumpat orang maka dia akan bersedekah. Katanya:

نذرت إني كلما اغتبت إنسانا أن أصوم يوما، فأجهدني، فكنت أغتاب وأصوم، فنويت أني كلما اغتبت إنسانا أن أتصدق بدرهم، فمن حب الدراهم تركت الغيبة

Aku telah bernazar yang setiap kali aku mengumpat satu orang maka
aku kena berpuasa sehari, lalu ia memenatkanku, setiap kali aku
mengumpat dan berpuasa (tidak ada hasil berhenti dosa).

Lalu aku berniat bahawa setiap kali aku mengumpat satu orang maka aku kena bersedekah 1 dirham. Disebabkan kecintaanku kepada dirham, maka aku berjaya akhirnya meninggalkan tabiat mengumpat.

– الذهبي، سير أعلام النبلاء-

Begitulah kita semua.

Memang jiwa kita semua dihiasi dengan cinta kepada harta.

Di samping kewajiban taubat dan istighfar setiap kali melakukan dosa, maka jadikan sedekah sebagai denda untuk disiplinkan diri sendiri ketika melanggar peraturan Allah. Moga-moga kita dapat keluar daripada dosa yang menjadi tabiat harian. Bahkan mungkin dengan bersedekah itu membuatkan Allah gembira dan redha kepada kita dan melihat kesungguhan kita untuk berhenti dari dosa, lalu Dia memudahkannya. Bahkan di dalam sepotong Hadis, Sabda Nabi:

إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ وَتَدْفَعُ عَنْ مِيتَةِ السُّوءِ

Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya sedekah itu menghindarkan dari murka Allah dan menghindarkan seseorang daripada meninggal dalam kedaan yang buruk (su’ul khatimah)

(HR al-Tirmidzhi: 600 dan berkata Hadis Hasan Gharib)

Wallahualam.

____________

P/s: mengumpat orang adalah dosa manusia dengan manusia dan ia perlu diselesaikan dengan meminta maaf atau jika tidak mampu dek kerana orang yang diumpat sudah meninggal, atau akan menyebabkan keburukan yang lebih besar, maka dia perlu tutup keburukan orang yang diumpat itu dengan menjaja kisah kebaikannya pula. (Mengumpat baik).

Kisah ibn Wahab tadi boleh jadi dia sudah meminta maaf pada orang yang dia mengumpat. Cuma dia jadikan denda buat dirinya dengan puasa dan sedekah sebagai benteng untuk stop dari tabiatnya itu sehinggalah dia berjaya.

Amirul Hassan

Penasihat di Projek Hadis PERAK
& Fello muda Dakwah at Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - YADIM
Mengurus Dengan Taqwa

Mengurus Dengan Taqwa

Di Kedah, rumah bonda saya dekat dengan Masjid Sharifah Fatimah . Kurang 1 km jaraknya dari rumah. Seboleh mungkin saya akan solat disini.
Read more
Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.