oudh palace x sujood

Ingat Lagi Cerita Dekat Pakistan?

ahmad isa di bumi pakistan ustazah basikal sujood.

Saya sendiri pun tak boleh lupa…

Macam-macam magic yang berlaku. MasyaAllah Tabarakallah.

Tahu tak sebab apa berlaku semua magic tu?

Baca sampai habis.

.

.

.

Lepas kami keluar dari Pakistan, saya telefon Ummi, Ummi tanya saya..

“Apa hikmah terbesar yang Angah dapat masa kembara di Pakistan?”

Masa tu, saya buka loudspeaker, Adilah pun dengar sama.

Dengan excitednya, saya cerita apa yang berlaku di Pakistan.. 😆

✅ Masa Adilah jatuh sakit (AMS) di puncak gunung setinggi puncak Kinabalu & hampir nazak..

✅ Tiba-tiba jumpa doktor boleh cakap english kat atas puncak yang sepatutnya tiada manusia tinggal kat atas tu. Macam puncak kinabalu, mana ada orang duduk kat atas tu kan?

✅ Peliknya, doktor tu ada semua ubat AMS

✅ Adilah masih tak kebah, dibawa turun ke kaki gunung, tiba-tiba jumpa 3 orang specialist doktor tengah makan kat sebelah kami.

✅ Mereka hantar kami ke hospital sejauh 10km

✅ Adilah dimasukkan ke ICU selama 3 hari secara percuma.

✅ Hari pertama keluar hospital, ada seorang pakcik tak dikenali bagi duit RM600.

✅ Hari kedua, 1 group pemuda kumpul duit sesama mereka dan beri kami duit sejumlah RM600.

“Angah rasa, mungkin ini hasil doa orang musafir Ummi.” Kata saya dengan kompiden! 😂

“MasyaAllah.. Angah nak tahu satu cerita tak?” Tiba-tiba nada Ummi menjadi serius.

“Hah, apa dia Ummi?” dari suara excited, terus berubah jadi curious.

Selalunya Ummi excited dengar cerita pengembaraan saya, kalini nadanya lain pulak.

“Masa Angah & Adilah hilang tanpa berita di Pakistan haritu, ada satu kejadian yang berlaku kat sini..” Ummi mulakan cerita.

Kami senyap, kami rapatkan telinga kami ke telefon.

“Ada seorang pelajar Indonesia yang belajar di UIA eksiden, dia salah seorang guru kelas Al-Quran Ummi..” sambung Ummi.

“Innalillah..” sebut kami serentak.

“Teruk ke Ummi?” tanya saya.

Saya kenal pelajar tu. Dia dalah lama jadi guru di kelas Al-Quran Ummi.

Ibunya pernah datang ke Malaysia dan berkenalan dengan Ummi.

“Teruk juga, dia terlanggar wayar masa bawa motor di tengah terik panas, terpaksa dibawa ke Hospital Selayang masa tu..”

“Ummi telefon mak dia & mak dia minta tolong tengokkan sebab pelajar tu tiada keluarga di Malaysia ni..”

“Ummi pun pergi ke hospital tengok keadaan pelajar tu..”

“Dia tak boleh masuk ICU selagi tak bayar deposit sebanyak RM2,000..”

“Masa tu, Ummi tak fikir panjang, Ummi terus keluarkan duit Ummi dan bayar pada hospital..”

“Masa Ummi bayar tu..” suara Ummi tersekat-sekat.

“Ummi teringat Angah & Adilah yang dah lama tak dengar khabar berita…” suara Ummi bertambah sayu.

“Ummi doa, Ya Allah, dengan saya bantu pelajar ini, Kau bantulah anak-anak aku di Pakistan ya Allah..” kami dengar suara Ummi menangis teresak-esak di hujung talian.

Tanpa kami sedari, air mata kami juga berderai. Allah.. 😭

Rupa-rupanya, bukanlah doa kami yang Allah swt angkat sehingga perlbagai magic berlaku di Pakistan. Tapi..

🤲🏻 Doa Ummi

🤲🏻 Ummi bersedekah

🤲🏻 Ummi bantu orang lain dalam kesusahan.

Disebabkan itu, Allah swt bantu permudahkan urusan kami di Pakistan 😭

.

.

.

Tuan Puan,

Kadang-kadang kita ingat Allah swt permudahkan urusan kita..

✅ Sebab doa kita

✅ Sebab usaha kita

✅ Sebab sedekah kita

✅ Sebab amalan kita

Tanpa kita sedari, ada insan lain sedang mendoakan kita setiap hari.

🤲🏻 Doa ibu kita.

🤲🏻 Doa ayah kita

🤲🏻 Doa kawan-kawan kita

🤲🏻 Doa bos kita

Mungkin doa mereka yang Allah swt angkat hingga semua yang kita minta, Allah swt kabulkan.

MasyaAllah Tabarakallah.

Itulah kehebatan senjata kita. Senjata orang mukmin. Doa.

✅ Jika kita seorang anak, doakan untuk Mak Ayah.

✅ Jika kita seorang ibu atau ayah, doakan anak kita yang baik-baik.

✅ Jika kita seorang sahabat, doakan sahabat-sahabat yang lain.

Semoga dengan doa kita kepada orang lain, Allah swt permudahkan juga urusan kita. Amin.

Saya ada nak hadiahkan sesuatu kepada anda semua daripada pakistan. Terutama kepada sesiapa yang belum memiliki buku Ustazah Basikal.

Ada yang nak ke ?

Love,

Ahmad Isa

#JiwaKembara

#HidupLuarBiasa2022


Ahmad Isa & Ustazah Adilah merupakan pasangan suami isteri yang berkembara menggunakan basikal mereka.
Dapatkan buku mereka ‘Ustazah Basikal’ di sini dan lawari website mereka untuk mengetahui perkembangan terkini: https://jiwakembara.com/

Ahmad Isa

Full time Traveller, Pengasas Jiwa Kembara & Penulis Buku Ustazah Basikal
masjid at taqwa alor redis perlis new 8 march 2023

Update Terkini Masjid Al-Taqwa Alor Redis

Alhamdulillah. Masjid Al-Taqwa yang terletak di Alor Redis Perlis telah berjaya di baik pulih. Pada 24 September 2021 baru-baru ini, telah berlaku satu kebakaran. Alhamdulillah masjid telah siap dibaik pulih,…
Read more
masjid pahang sujood

Jumlah Masjid di Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai 11 buah daerah. Negeri pahang terkenal dengan Cameron Highland, Patin Temerloh, Pantai Teluk Cempedak dan bermacam lagi. Menurut info dari laman web masjid.pahang.gov.my yang memaparkan…
Read more
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)