oudh palace x sujood

RAHSIA AL-FATIHAH.

RAHSIA AL-FATIHAH masri ramli sujood

Tahukah kita bahawa ketika kita membaca surah al-Fatihah, Allah akan menjawab pada setiap ayat yang kita baca?

Tidak percaya? Baca hadis di bawah:

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

« قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: قَسَمْتُ الصّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ:

Allah berkata: Aku telah membahagikan solat kepada dua bahagian di antara aku dan hamba ku. Untuk hambaku apa sahaja yang dia minta. Apabila seseorang membaca:

﴿الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ ﴾، قَالَ اللهُ: حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ:

Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam. Allah s.w.t akan menjawab: “Hamba aku sedang memuji aku.” Apabila dia membaca:

﴿الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ﴾، قَالَ اللهُ: أَثْنى عَلَيَّ عَبْدِي، فَإذَا قَالَ:

Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Allah menjawab : “Hamba aku mengagungkan aku”. Apa dia membaca:

﴿مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴾، قَالَ اللهُ: مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً: فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ:

Yang Menguasai hari pembalasan. Allah menjawab : “Hamba aku mengagungkan aku”. Allah berkata lagi: “Hamba aku telah menyerahkan segala (urusannya) kepada aku”. Apabila seseorang itu membaca:

﴿إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾، قَالَ: هذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ:

Hanya Engkau sahaja yang kami sembah, dan hanya Engkau sahaja kami pohon pertolongan, Allah s.w.t menjawab : “Inilah dia antara aku dan hamba ku. Untuk hamba ku apa sahaja yang dia minta”. Apabila seseorang itu membaca:

﴿اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ – صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّينَ ﴾، قَالَ اللهُ: هذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ»

Tunjukkan kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang yang engkau beri nikmat dan bukan jalan orang yang Kau Murkai dan bukan jalan orang yang sesat. Allah menjawab: Inilah untuk hamba ku, dan untuk hamba ku apa sahaja yang dia minta. [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no : 395]

Ini menunjukkan salah satu nama surah al-Fatihah ialah As-Solat.

Semoga ini membantu kita membaca Al-Fatihah dengan penuh ‘feeling’.

#MMMR

Ust. Masri Ramli

Freelance Preacher Pendakwah Bebas Bertauliah at Selangor & Wilayah Persekutuan
Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more
Apa Erti Saya Memakai Tudung

Apa Erti Saya Memakai Tudung

Sekarang ini, banyak betul fesyen pemakaian tudung. Fesyen itu tidaklah mengapa, cuma kita perlu menjawab persoalan, “Adakah fesyen tudung saya menepati ajaran agama?” Sehubungan itu, marilah kita sama-sama merenungi firman…
Read more
Rindu Yang Menghidupkan

Rindu Yang Menghidupkan

BismilLah. Rindu kepada Rasulullah SAW, janganlah hanya terucap di bibir, namun biarkan ia terpahat dalam hati serta diwujudkan melalui amal perbuatan. Jika benar cinta Nabi SAW, jangan hanya sekadar lafaz…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.