oudh palace x sujood

Sedekah yang Berubah-ubah.

Sedekah yang Berubah-ubah ust Dzulkhairi Khairi Sujood

Karakter orang bertaqwa yang diperincikan Surah Ali ‘Imran membawa nilai yang berbeza-beza. Antaranya,

a- Nilai ‘kata kerja.’

b- Nilai ‘kata nama.’

Kita akan melihat 1 contoh ayat al-Quran untuk diperbahaskan.

۞وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (133)
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (134)

“Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu, dan Syurga yang seluas segala langit-langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; -133- Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang penahan kemarahannya, serta orang-orang yang pemaaf kesalahan orang lain. Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan -134-” (Ali ‘Imran: 133-134)

Ayat 134 menggariskan 3 akhlak orang bertaqwa iaitu:-

a- Memberikan infaq. Kata kerja (fi‘il mudhari‘) yang digunakan iaitu يُنفِقُونَ, bukannya kata nama iaitu المُنفِقُونَ.

b- Penahan perasaan marah. Kata nama yang digunakan iaitu ٱلۡكَٰظِمِينَ, bukannya kata kerja iaitu يَكْظِمُونَ.

c- Pemberi kemaafan. Kata nama yang digunakan iaitu ٱلۡعَافِينَ, bukannya kata kerja iaitu يَعْفُونَ.

Berkenaan persoalan mengapa ٱلۡكَٰظِمِينَ dieja tanpa huruf alif bukannya ٱلۡكَاظِمِينَ dan mengapa ٱلۡعَافِينَ dieja dengan huruf alif bukannya ٱلۡعَٰفِينَ, saya ada bahaskan di sini https://yup.la/TulisanQuran

Kembali kepada persoalan. Mengapakah kata kerja digunakan untuk amalan menghulurkan infaq, sedangkan untuk menahan rasa marah dan memberi kemaafan, kata nama yang digunakan.

Kaedah yang perlu difahami ialah,

a- Kata kerja fi‘il mudhari‘ menunjukkan sesuatu yang mengalami perubahan.

b- Kata nama (isim fa‘il) menunjukkan sesuatu yang tetap.

Penjelasan: Dalam kes memberikan infaq; infaq merupakan sesuatu yang sentiasa mengalami perubahan. Ketika berduit, kita menghulurkannya lebih sedikit, berbeza ketika kita kekurangan duit.

Juga bergantung pada situasi. Jika adik beradik kita mengalami kesulitan, kita mungkin sanggup menghulurkan lebih banyak meskipun kita sendiri kesempitan.

Berbeza dengan menahan perasaan marah dan memberikan kemaafan. Mahu tidak mahu, kita mesti sentiasa menahan perasaan marah dan sentiasa pemurah dengan kemaafan.

Bukanlah menafikan kemarahan, namun menahan agar tidak keterlaluan.

Wallah a‘lam.

Rujukan: Fi Uslub al-Iltifat, halaman 285.

Saudaramu,

Khair.

Jemput dapatkan karya terbaru menbahaskan kalimah-kalimah al-Quran secara terperinci di https://abbascentre.onpay.my/order/form/bukufaqih1

Ustaz Dzul Khairi

Pengarah Urusan Faqih Synergiz
Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more
12 Surau di Presint 11, Putrajaya

12 Surau di Presint 11, Putrajaya

Updated On: 2 June 2025 Umum diketahui bahawa Putrajaya mempunyai 20 Presint dan presint terbesar di Putrajaya (setahu admin lah) yang padat dengan penduduk setempat, sekolah, tadika,kolam renang dan masjid/surau…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.