oudh palace x sujood

2 pertukaran pada page derma masjid dalam apps Sujood

perubahan share link app sujood

Perubahan yang berlaku kepada apps Sujood ialah dengan mengambil kira feedback yang diberikan oleh pengguna dan berdasarkan hasil kajian kami.

Objektif kami mudah sahaja, kami mahukan proses pendermaan menjadi semudah yang mungkin. Jika diperhatikan, banyak perubahan telah berlaku kepada apps Sujood dalam sedar atau tidak.

1. Butang Derma Kepada Masjid

Sesuatu bahan itu hanya bermakna selagi mana ia mengambil kira maklum balas dari penggunanya. Untuk Sujood, kami dapati ramai pengguna tidak sedar bahawa line hijau dengan perkataan sedekah di atasnya ialah sebuah button. Button ini boleh ditekan untuk membolehkan pendermaan berlaku.

Pengguna telahpun memilih masjid yang ingin diderma dan melihat kepada gambar serta maklumat tentang masjid yang tertulis, maka langkah yang seterusnya ialah menekan button untuk melakukan pendermaaan.

Perubahan button sedekah masjid sujood

Mungkin kerana desain asal kami kurang bernas, button sedekah berwarna hijau gelap itu tidak kelihatan seperti sebuah button. Jadi, kami di Sujood menukar kepada desain sebuah button yang orang lebih familiar dan menukar warna dari hijau gelap kepada hijau yang lebih muda untuk nampak lebih pop!

2. Lokasi Share Link Masjid Secara Spesifik

Antara perbezaan utama Sujood dan aplikasi yang berkaitan, kami bermatlamat untuk menjadikan usaha bersedekah itu terrr-amat mudah. Dan setakat pengamatan kami, orang lebih gemar bersedekah kepada masjid atau surau di kampungya, tamannya, tempat tinggalnya, bekas sekolahnya berbanding kebolehan untuk menderma kepada masjid dari seluruh Malaysia.

Walaupun benda begitu memberikan kita peluang untuk menderma kepada lebih tempat, tempat kita lahir, tempat kita membesar dan tempat kita belajar mendapat tempat yang lebih untuk kita bersedekah terlebih dahulu.

Setelah banyak perbincangan, kami tahu, benda ini boleh dilakukan. Dengan ini, derma boleh dilakukan dengan hanya share link masjid tersebut. Pada asalnya, button share berada di gambar masjid di atas page setiap masjid. Akan tetapi kami dapati lokasi button disitu kurang jelas.

Melihat fungsi share di aplikasi yang lain, kami sudah tentu tahu bahawa lokasi button itu perlu diubah sedikit sebanyak bagi menggalakkan orang menderma serta berkongsi untuk menggalakkan orang lain juga untuk menderma.

Sedikit usaha kita untuk menggalakkan orang melakukan amal baik (menderma) insyallah akan turut sama memberi kita pahala pembuatnya.

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” 
[Riwayat Muslim (1893)]

Hadis nabi ini sepatutnya menyemarakkan sedikit usaha kita bagi menggalakkan untuk kita melakukan kebaikan.

perubahan share link masjid apps Sujood

Antara benda mudah yang kita boleh buat ialah, pada setiap jumaat, kita boleh dapatkan link masjid yang kita nak galakkan orang menderma dan letakkan di whatsapp status. Semua benda ni mungkin tidak sampai 2-3 minit untuk dilakukan.

Andai status Whatsapp kita itu dilihat oleh 100 orang dan ada 5/6 orang menderma dek kerana usaha kita yang amat sedikit itu, kita doakan kita juga dapat pahala seperti mana mafhum dari hadis nabi yang dituliskan sebentar tadi.

Sekian untuk artikel kali ini, insyallah kami akan kongsikan lagi perkembangan lain pada hari yang lain. Selamat bersedekah! 🙂

Abu Musa

Bercita-cita untuk menjadi ahli jemaah masjid setiap kali waktu solat fardhu
link subdomain

Fungsi Terbaharu di Sujood!

Kini setiap masjid boleh di dermakan secara spesifik tanpa perlu dowload app. Tapi kenapa Sujood buat begini? Sebab kita nak mudahkan proses menderma! Sebelum ini, bagi menderma, kita perlu meng-download…
Read more
sedekah subuh ust fahmi rusli sujood

Isu ‘Sedekah Subuh’

Isu ‘Sedekah Subuh’ 1- Benarkah bersedekah pada waktu subuh mempunyai kelebihan khusus berbanding bersedekah pada waktu-waktu yang lain ? 2- Dalil yang mungkin menjadi sandaran bagi kenyataan ini ialah sebuah…
Read more
Yang Paling Terbaik Antara Yang Terbaik Sujood

Yang Paling Terbaik Antara Yang Terbaik

Islam itu sungguh indah dan sempurna. Ajarannya sudah lengkap meliputi segenap aspek kehidupan. Malangnya, amat sedikit yang menyedarinya dan mengambil kelebihan dari ajarannya. Di sini terdapat beberapa contoh ajaran Islam…
Read more
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)