
Adakalanya kita sebagai anak-anak dikelabui dengan perasaan kasih dan sayang, cinta, emosi, lalu kita cuba ber’khidmat’ kepada ibu bapa yang sudah tiada dengan pelbagai cara..
Ada yang cuba menzahirkan kasih sayang kepada ibu, menzahirkan penghormatan 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸, 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗼𝗸 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗰𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸..
Sungguh perbuatan itu tidak memberi sedikit manfaat pun kepada ibu bapa yang telah mati, bahkan ia 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀𝗮 kepada mereka yang membinanya apabila ia dibina di atas 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻.
Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada mensimenkan kubur, melarang daripada duduk di atas kubur, dan melarang daripada daripada membina binaan di atasnya. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 2116]
Bahkan, j𝗶𝗸𝗮 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘄𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗼𝗸 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿, jika benar kita sayang, janganlah dipatuhi wasiat itu, kerana itu satu wasiat berbentuk maksiat, bahkan jika kita patuhi wasiat itu, bukan sahaja kita berdosa, bahkan ibu bapa kita jua berdosa kerana mereka yang menyuruh kita melakukannya. Sanggupkah kita membiarkan ibu bapa kita diazab kerana kepok kubur yang kita bina atas arahan mereka?
Apa yang perlu anak-anak lakukan apabila kematian ibu bapa? Apakah amal yang bermanfaat untuk membantu ibu bapa yang sudah meninggal dunia?
𝟭- 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗼𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat hamba yang soleh di syurga. Orang itu akan berkata: Wahai tuhan ku, kenapa aku mendapat kedudukan ini? Allah menjawab: Kerana istighfar@permohonan ampun daripada anak kamu kepada kamu. [Musnad Ahmad, no: 10610].
𝟮- 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗮𝗹 𝘀𝗼𝗹𝗲𝗵.
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
إِنَّ وَلَدَ الرَّجُلِ مِنْ كَسْبِهِ
Sesungguhnya anak seseorang adalah daripada usahanya. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Buyu’, hadis no: 4449].
Ibu bapa yang telah mendidik kita dengan akhlak mulia, mengajar kita solat, menghantar kita ke kelas al-Quran, mengajak kita solat berjemaah, semua amal soleh ini, apabila kita lakukan, nescaya mereka akan mendapat pahalanya kerana mereka yang mendidik kita.
Jabir bin Abdullah r.a menceritakan, Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka” [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 1017].
𝟯- 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵𝗹𝗮𝗵, 𝗱𝗮𝗻 𝗻𝗶𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗽𝗮𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮.
Image via @muhammadzameer (Instagram)
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَجُلاً، قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَإِنِّي أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ. فَلِيَ أَجْرٌ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا قَالَ ” نَعَمْ
‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya ibu ku telah meninggal dunia secara mengejut, aku merasakan bahawa jika dia sempat berkata-kata, dia akan bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Ya. [Sahih Muslim, Kitab al-Wasiyyah, hadis no: 1004].
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila matinya manusia, terputuslah amalannya daripadanya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya. [Sahih Muslim, Kitab al-Wasiyyah, hadis no: 1631]. #MMMR
Dapatkan buku-buku agama, buku kanak-kanak, dan produk-produk lain di Shopee Ust. Masri di sini: https://shp.ee/7v5g4et