Macam mana kalian semua Ramadan kali ini? Berapa kali dah khatam quran? Solat 5 waktu semua penuh berjemaah di masjid? Tadarrus ada buat? Tinggal beberapa hari sahaja lagi ni. Perlu kita tahu…
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.” [Riwayat al-Bukhari (6607)]
Kita fokus benda super simple dimple yang kompom boleh buat. If nak buat lebih sudah tentu tiada masalah. Kita nak pastikan yang benda kita buat ni kompom buat so that akhir bulan Ramadan ni ibadah kita sentiasa lebih baik dari hari-hari yang dah lepas dan Insyallah kita boleh teruskan setiap hari selepas tamatnya bulan Ramadan nanti. Jom kita explore satu-persatu:
TL/DR:
Tinggal sikit hari je lagi Ramadan nak habis.. kalau 20 hari pertama ni kita tak sentuh quran, better late than never. Kenapa 1 muka surat bukan 1 juz sehari? Nanti cukup puasa 30 hari kompom khatam quran. Kan tu lebih baik? Benar..itu lebih baik. lebih banyak bacaannya pasti lebih baik. Tapi kalau baca satu muka surat sehari pasti lebih baik dari tak baca langsung kan? Another reminder untuk semua pembaca artikel, checklist ini hanyalah untuk jump-start final Ramadan kita. Hanya untuk Meraikan Ramadan bagi mereka yang rasa 1 juz sehari terlalu banyak, atau nak bayar untuk cover buka puasa orang lain mungkin diluar kemampuan mereka. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Itu yang kita nak.
Diriwayatkan daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda:
Ertinya: “Orang yang mahir membaca al-Quran, kelak dia akan bersama para malaikat pencatat amalan yang sangat mulia lagi taat (kepada Allah). Manakala orang yang membaca al-Quran dengan susah payah dan al-Quran itu membuatkannya sukar (untuk dibaca), baginya dua ganjaran pahala.”
Belum mahir/ tak pandai baca quran tak apa..yang penting kita cuba. Nabi dah bagitau yang pahala kompom-kompom dapat dua kali ganda.
Cuba kita fikir, kalau ada orang tawar kepada kita RM 100,000.00 untuk kedua tangan kita, adakah kita akan bersetuju? Mesti lah tidak kan? Itu maknanya tangan kita sahaja dah bernilai lebih dari RM 100k. Pernah tak kita ambil masa sekejap dan bersyukur bahawa kita ada tangan yang berharga lebih dari RM 100k?
Junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W. merupakan contoh terbaik untuk kita. Dan pada bulan Ramadan level kedermawanan dia dikatakan lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas ( see: Pejabat Mufti WP, )
Macam angin yang pantas tu maksudnya cepat sangat nak sedekah ni. Belum sempat orang minta dah nak bagi. Kalau nak hari ni semalam dah siap. gitu.
Derma ni tak limited kepada derma melalui apps Sujood. Derma je lah kepada family, kawan-kawan, geng masjid, orang susah minta sedekah.. derma je. Yang penting kita derma. Kalau rasa derma RM 1 tak cukup puas hati, derma je lah lebih. Kalau ada plan nak pergi beli ayam golek ke, pau cendawan ke, cendol ke dekat bazar Ramadan.. cuba fikir dua kali mana yang lebih besar pahalanya? aku makan kenyang-kenyang sorang-sorang atau aku buka puasa nasi goreng je lebih tu semua aku infaq dekat pakcik yang selalu baiki kasut tepi kaki lima bank yang selalu aku lalu time nak gi ofis tu?
Allah dah kata dia nak ganti derma kita kepadanya…boleh jadi exact amount, boleh jadi dalam bentuk lain seperti ketenangan yang berharga sekian sekian. Allah yang maha Esa dah janji. Kalau dengan sumber segala rezeki pon kita masih belum yakin.. bila kita nak kaya?
Islam ni memang agama super best. Kalau kita tak mampu, tak boleh nak buat sesuatu benda, kita tunjuk/ajak/ajar untuk orang lain buatkan dengan harapan kita akan dapat pahala si pembuat tu. Kita based semua ni berdasarkan hadis nabi di mana daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)]
Kami di Sujood cuba incorporate benda ni dalam app Sujood. Kita tak nak orang tu hanya derma bila dia dah download app, tak download app pon dia masih boleh derma. Aik macam mana tu? ada dua cara. 1. Dapatkan link untuk derma kepada masjid melalui website Sujood atau melalui apps Sujood tu sendiri.
Kalau dekat app tu, cari button ‘Share’ dekat atas setiap page masjid. Tekan dekat situ, kemudian akan keluar lah kita nak share link pendermaan kepada masjid tu dekat mana. Whatsapp ke, Facebook ke, emel ke, Instagram ke, Twitter ke.
Last 10 hari ni.. kita share je link derma tu. Nak share dekat whatsapp group pon ok. Jangan sampai level SPAM cukup lah. betul kita nak buat benda baik, tapi itu tak bermaksud kita boleh buat benda yang orang akan jadi terganggu.
Jangan 10x, kalau 100x lebih baik, kalau 1000x jauh lebih baik.. dan selebihnya pasti lebih baik. Yang pasti, jadikan derma kita tu pada waktu malam. Kalau derma guna app, pastikan dekat history tu dia punya time transaction tu lepas maghrib. Katalah lepas kita dah siap solat isya dan terawih, kita derma guna Sujood. kita pastikan sampai umum je esok raya, tiap malam kita derma RM 1, RM 5, RM 10, RM 100 dan lain-lain. Kenapa nak kena buat malam? sebab kita nak pastikan bahawa kita akan dapat pahala malam lailatul qadr.
Pahala lailatul qadr ni lebih baik dari 1000 bulan. Kalau derma RM 1 tu..gandakan dengan 1000 bulan je dah berapa kita derma tu? Banyak kan? Kita buat amalan lebih sikit final 10 hari ni. Baca quran lebih sikit, sedekah lebih sikit, solat lebih sikit, berdoa lebih sikit. Jika kita ada orang yang tersayang dah tiada, kita derma dan sedekahkan pahala tu kepada dia. Kalau kita dah tiada nanti sudah tentu kita pon nak orang sedekah pahala dekat kita betul?
Kalau boleh jangan lebih sikit, kita buat lebih sungguh-sungguh, sebab kita tak tahu bila ajal kita. Dengan harapan.. Allah terima amalan kita dan curahkan rahmatNya kepada kita sebanyak yang mungkin.
Dalam kita share, dalam kita derma, dalam kita promote… benda yang paling menakutkan ialah kita takut amalan kita tidak diterima Allah azzawajalla. Sia-sia semua usaha kita, sia-sia semua duit kita, sia-sia semua masa kita. Hati kita ni, seperti kita semua maklum, sifatnya berbolak balik.
Kita kena sentiasa berdoa dan berazam, bahawa yang paling bermakna bagi kita ialah Allah terima semua amalan kita. Besar atau kecil, tersorok atau jelas, sengaja atau tidak.
Jangan lupa doakan kami di Sujood sekali. Moga Ramadan kali ini lebih baik untuk kita berbanding Ramadan yang lepas dan moga kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang pula.
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat
suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
Download sekarang di google playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sujood.app
Atau di Apple App Store: https://apps.apple.com/us/app/sujood/id1566364983