oudh palace x sujood

Al-Quran mengangkat martabat objek barang yang bisu

Al-Quran mengangkat martabat objek barang yang bisu sujood suzana

Bicara Santai Bahasa al-Quran: SIRI 2

————————————————

Saya membesar dengan lagu IKLIM. Salah satu lirik lagu yang bermain-main di telinga saya ialah lirik lagu Bukan Aku Tak Cinta (BATC), iaitu ‘ Dermaga saksi bisu’.

Dalam lagu BATC ini, ia mengisahkan percintaan dua insan lelaki & wanita yang tidak kesampaian kerana halangan keluarga.

Dermaga menjadi saksi tempat akhir mereka bertemu sebelum berpisah. Uh… sungguh sadis. Sebahagian dari kita mengalami kisah cliché ini dan sangat memahami situasi ini.

Tahukah anda? Al-Quran mengangkat martabat objek barang yang bisu. Secara fizikal objek memang bisu. Namun objek barang dalam al-Quran ‘berkata-kata’ dengan impak faktor yang sungguh wow!

Contohnya, Qo-Mis [قَمِيصِ ] ialah objek kemeja dalam al-Quran. Kewujudan kemeja dalam kisah surah Yusuf bukan mahu menunjukkan Nabi Yusuf juga memakai kemeja seperti insan lelaki lain. Tidak.

Kalau dalam filem, kehadiran kemeja dalam surah Yusuf bertindak sebagai watak ‘pelakon pembantu’. Dalam diam, kehadiran kemeja Yusuf bertindak sebagai penyelesai isu kisah cinta tidak kesampaian.

Cinta isteri pembesar Mesir kepada Yusuf hanya bertepuk sebelah tangan. Akhirnya kemeja objek bisu, menjadi saksi tipudaya seorang wanita.

Surah Yusuf ayat 26: […”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta].

Surah Yusuf ayat 27: [Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar”].

Surah Yusuf ayat 28: [Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya].

Sejarah membuktikan, cinta buta seorang wanita membawa kepada penipuan terancang scammer. Scam yang dipatahkan dengan pembuktian kemeja sahaja.

Siapa kata Modus Operandi Scam Cinta ini perkara baharu di abad ini?

Kemeja Yusuf itu juga menjadi ubat penawar rindu seorang ayah kepada anak. Nabi Yaakub apabila diberikan kemeja Yusuf, hilang rindunya terhadap Yusuf, dengan izin Allah dapat melihat kembali.

ٱذْهَبُوا۟ بِقَمِيصِى هَـٰذَا فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِى يَأْتِ بَصِيرًۭا وَأْتُونِى بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ

(Surah Yusuf ayat 93: Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya”].

Surah Yusuf adalah model kisah cinta manusia. Cinta seorang ayah kepada anak.

Surah Yusuf memperkenalkan kita model penipuan manusia. Pengkhianatan demi pengkhianatan dari saudara sedarah sedaging sendiri, dek kerana hasad dengki sesama adik beradik.

Lihat Surah Yusuf ayat 9: [Ramai di antara mereka berkata):” Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata,. ]

Kawan, jangan hairan kalau anda dikhianati oleh saudara sedarah daging sendiri.

Sedangkan saudara sedarah sedaging Yusuf sanggup membuang Yusuf ke dalam telaga. Sanggup mereka-reka cerita serigala kononnya membunuh Yusuf. Sanggup juga melumurkan kemeja Yusuf dengan darah palsu sebagai bukti Yusuf sudah dimakan serigala, kononnya.

وَجَآءُو عَلَىٰ قَمِيصِهِۦ بِدَمٍۢ كَذِبٍۢ ۚ

(Surah Yusuf: ayat 18: Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu.

Kawan,

kemeja Yusuf itu tidak seperti dermaga bisu.

Kemeja Yusuf bangkit menjadi saksi yang paling menggegarkan sejarah.

Cari lah dalam seluruh al-Quran, kemeja Qo-Mis hanya wujud di dalam surah Yusuf sahaja.

Kemeja di dalam al-Quran bagaikan thumb print Forensik Cinta. Ingat Qomis (Kemeja), Ingat Yusuf.

Macam iklan kurma Yusuf Taiyoob tu lah. Ingat kurma, ingat Yusuf Taiyoob. Dulu saya ingat dia bisik: (Yusuf is tired).

Ramadan menghampiri. (Psttt: Kaum Hawa, Puasa qada’ dah ganti belum? Huhuhu)

Semoga bermanfaat.

#AkuMenulisBukanKernaNama

#alquran

Dr. Suzana Sulaiman

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab UniSZA
Mengapa si mati sujood

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more
Masjid Sri Ranggu Tawau Sabah Siap Sujood (1)

Masjid Sri Ranggu…SIAP!

Alhamdulillah azan pertama Masjid Sri Ranggu, Tawau yang baharu telah dikumandangkan pada Maghrib 10 Mac 2024.. Walaupun masih terdapat sedikit kemasan akhir yang belum disiapkan, insya-Allah ruang solat Masjid sudah…
Read more
kenapa masjid sujood

Kenapa Derma Masjid?

Umum kita ketahui bahawa masjid lah tempat kita pergi menunaikan ibadat seperti solat berjemaah, solat jumaat, hari raya dan sebagainya. Tapi tahu kah kita bahawa mereka yang melazimi ke masjid…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)