Seingat aku. Mula pertengahan tahun lepas, anak dalam gambar ni makin susah dikawal.
Tiap anak biasa lah, ada nakal dia. Ada perangai dia. Cuma mereka ni si abg dan kakak, kalau depan orang behave sikit. Tapi kan, bila makin kuat melawan, sampai depan opahnya dah tak kisah dia melawan balik n tinggi suara dekat kita depan orang, aku ngan suami selalu rasa lost dah. Stuck tak tahu nak buat apa.
Aku pikir dia ni penat sekolah kut ni. Jadi hujung minggu wajib kami bawak berjalan pergi taman, pergi mall tengok wayang apa semua.
Tapi, masih sama.
Anak melawan ni faham je lah. Cuba sabar, sabar… Tapi susah kan nak sabar? Kita tinggi suara, dia lawan balik. Last jadi bergaduh gigil-gigil tangan. Tah macam apa bergaduh dengan anak baru darjah 3
.
.
Sampai ada 1 hari, sahabat suami aku dalam grup buddies dorg pesan.. โKena bawak anak p masjid..โ
Ini lah titik tolak kami rutin p masjid. Banyak pahala member suami aku tu. MasyaAllah. N aku pun nak cakap terima kasih banyak-banyak kat dia. Asbab dia, kami 1 family dapat kebaikan.
Tips simple je. Try bawak anak p masjid.
Sejak dari tu, Alhamdullillah slowly dia jadi lembut hati tau. Ni lah maricle rumah Allah kan..
Kadang ada hari sibuk kami takdan nak kejar ke masjid, dia yang merengek mintak pergi. Muncung mulut dia kalau tak dapat pergi.
Dia pun ada masjid-masjid favourite dia dah. Dia suka sangat masjid negeri. Dan sekarang dia selalu request pergi maghrib stay sampai isyak sebab nak hafal Surah dengan Abi.
Doa aku antaranya semoga Allah sentiasa lorongkan kami pada jalan ketaatan dan kekal istiqamah dalam amal.
.
.
Ni aku copy dari solusianakmuda.com
1. Tanda Orang Beriman
Allah berfirman: โSesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). โ
2. Dihapuskan Dosa
Rasulullah bersabda: โSesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik.โ (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)
3. Disambut Allah
Rasulullah bersabda: โTiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang.โ (Riwayat Ibn Majah)
4. Dijamin Rezeki dan Syurga
Rasulullah S.A.W bersabda: โAda tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.
(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)
5. Allah Menyebut Nama Di Depan Malaikat
Rasulullah bersabda: โTidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat.โ (Riwayat Muslim)
6. Mendapat Naungan Di Akhirat
Rasulullah bersabda: โAda tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nyaโฆseseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid.โ (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: โSeseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula.โ
7. Mendapat Cahaya Di Hari Kiamat
Rasulullah bersabda: โBerilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat.โ (Riwayat al-Tirmizi)
8. Dilepaskan Dari Api Neraka Dan Munafik
Rasulullah bersabda: โSesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik.โ (Riwayat al-Tirmizi)
9. Mudah Melepasi Titian Sirat
Rasulullah bersabda: โMasjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan.โ (Riwayat al-Baihaqi)
10. Hidangan Di Syurga
Rasulullah berasabda: โSesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang.โ (Riwayat Ahmad)
Jadi, disaat kita sedang berperang dengan perasaan untuk berubah atau mencari penyelesaian kepada masalah, carilah di Masjid. Insya Allah kita akan temui jawapan kepada persoalan hidup kita. Bukan sahaja ditemukan dengan ketenangan tapi ditemukan dengan orang-orang yang mahu dekatkan diri pada Allah.
Zainurul Azwa Zakaria
Ibu yang mencari sabar