oudh palace x sujood

Tak Perlu Tunggu Kaya untuk Bersedekah & Memberi Bantuan

tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah dan memberi bantuan dr sufyan abdullah sujood

Nilai sedekah bukan pada banyaknya jumlah sedekah. Sebab itu Rasulullah bersabda:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفٍ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ قَالَ رَجُلٌ لَهُ دِرْهَمَانِ فَأَخَذَ أَحَدَهُمَا فَتَصَدَّقَ بِهِ وَرَجُلٌ لَهُ مَالٌ كَثِيرٌ فَأَخَذَ مِنْ عُرْضِ مَالِهِ مِائَةَ أَلْفٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Pahala derma satu dirham boleh mengatasi pahala seratus ribu dirham.” Mereka (sahabat Nabi) bertanya, “Bagaimana boleh jadi begitu?” Baginda SAW bersabda: “Seseorang mempunyai dua dirham, lalu mengambil satu dirham dan bersedekah dengannya; dan seseorang lagi memiliki harta yang banyak, lalu ia mengambil seratus ribu dari Hartanya yang melimpah ruah, kemudian dia bersedekah dengannya.” (Hadis Direkodkan oleh Imam Al-Nasai. Hadis dinilai hasan oleh al-Albani)

Kadang-kala kita bercita-cita kalau aku kaya, kalau dah dapat capai financial freedom, kita akan bersedekah banyak… bahkan malang kalau ada orang yang kedekut untuk bersedekah semasa ‘belum kaya’ kerana nak cukupkan simpanan kononnya, sedangkan ramai orang memerlukan.

Sama-sama suburkan tabiat bersedekah dan memberikan bantuan, kerana pahala sedekah bukan pada kuantiti sedekah tapi pada nilai pengorbanan seseorang individu.

Banyakkan bersedekah di hari Jumaat yang mulia.

Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah

Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Spa Mewah Mesra Muslimah Keperluan atau Pembaziran aliah mansor sujood dot net

Spa Mewah Mesra Muslimah: Keperluan atau Pembaziran?

Fenomena spa mewah (high-end) mesra Muslimah semakin mendapat perhatian di Malaysia. Menawarkan perkhidmatan kesegaran dan kesihatan alternatif yang mewah, privasi dan holistik berlandaskan prinsip syariah, spa ini khusus untuk Muslimah…
Read more
masjid di negeri kelantan dalam apps sujood

Masjid dari Kelantan di Apps Sujood

Kali ini kita cuba kira ada berapa masjid/surau dari bumi serambi mekah ada di apps Sujood. Sekali tengok, numbers dia macam ok. Bukan satu, bukan dua lah. Ada lah beberapa.…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)