oudh palace x sujood

5 level berbuat baik kepada ibu bapa.

Hari ini saya baru mengerti, bahawa ada lima level berbuat baik kepada ibu bapa. Sangka saya, level ihsan (layanan terindah) merupakan level tertinggi, rupanya bukan. Ada lagi level lebih tinggi dan sukar dicapai. Level kelima yang power.

Level 1: Mengenang jasa

Hal ini diungkapkan dalam Surah Luqman: 14-15 yang bermula وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ. Tiada perintah khusus, sekadar mengenang jasa ibu.

Perintah ini khusus untuk ibu bapa yang sangat memaksa anak-anak mereka untuk mensyirikkan Allah s.w.t.

Level 2: Husna

Anak-anak diperintahkan untuk melayan ibu bapa mereka dengan baik atau husna, seperti Surah Ankabut: 8 yang berbunyi وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حُسۡنًاۖ.

Husna ertinya keindahan, kemesraan. Ini adalah layanan untuk ibu bapa yang memaksa anak mereka mensyirikkan Allah s.w.t. namun tidak terlalu keras seperti Surah Luqman: 14-15.

Level 3: Ihsan Bani Israel

Bani Israel diperintahkan untuk memberikan layanan yang terindah buat ibu bapa mereka, dalam keadaan mereka selalu derhaka kepada mereka, dan selalu mereka mengingkari janji dengan Allah s.w.t.

Perhatikan Surah al-Baqarah: 83 yang berbunyi وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَانًا. Cuba perhatikan ejaan إِحۡسَانًا dan teruskan dengan level 4 yang ada persamaan.

Level 4: Ihsan umat Nabi s.a.w.

Kita diperintahkan untuk memberikan layanan terindah kepada ibu bapa kita dalam apa jua keadaan. Perhatikan perintah Allah s.w.t. antara dalam Surah Isra’: 23 yang berbunyi وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ.

Ejaan إِحۡسَٰنًا dalam ayat ini berbeza dengan إِحۡسَانًا dalam level ketiga. Tiada huruf alif selepas huruf sin melainkan alif kecil. Inilah yang membezakan antara kita dengan Bani Israel yang kerap derhaka kepada ibu bapa mereka.

Namun kita akan menjadi sama dengan mereka jika kita juga derhaka. Kena ada huruf alif juga, sebagai penegas, pengingat, dan pemberi amaran.

Level 5: Barran atau al-bir

Inilah level Nabi Yahya dan Nabi Isa. Perhatikan Surah Maryam: 14 yang berbunyi وَبَرَّۢا بِوَٰلِدَيۡهِ dan ayat 32 iaitu وَبَرَّۢا بِوَٰلِدَتِي.

Al-bir jauh lebih tinggi daripada ihsan (yang terindah). Kita memberi lebih daripada yang patut. Kita berbudi lebih daripada takat. Kita menatang mereka bagai minyak yang penuh, lebih baik daripada budi 95 lagi.

Tetapi level ini payah. Sebab itu disuruh kepada Nabi Yahya dan Nabi Isa a.s. Kalau kita yang disuruh, mahu terjelir lidah dan tersandar di dinding rumah dibuatnya.

Nak belajar lebih dalam Surah Maryam? Daftar kelas sekarang di https://abbascentre.onpay.my/order/form/surahmaryam/26

Nanti-nanti pun insya-Allah saya akan keluarkan buku khusus Tadabbur Hikmah Surah Maryam insya-Allah dengan rahmat-Nya. Doakan saya.

Sayang awak-awak semua kerana Allah s.w.t.

Ustaz Dzul Khairi

Pengarah Urusan Faqih Synergiz
apabila kematian ibu bapa sujood

Apabila kematian ibu bapa…

Adakalanya kita sebagai anak-anak dikelabui dengan perasaan kasih dan sayang, cinta, emosi, lalu kita cuba ber’khidmat’ kepada ibu bapa yang sudah tiada dengan pelbagai cara.. Ada yang cuba menzahirkan kasih…
Read more
Spa Mewah Mesra Muslimah Keperluan atau Pembaziran aliah mansor sujood dot net

Spa Mewah Mesra Muslimah: Keperluan atau Pembaziran?

Fenomena spa mewah (high-end) mesra Muslimah semakin mendapat perhatian di Malaysia. Menawarkan perkhidmatan kesegaran dan kesihatan alternatif yang mewah, privasi dan holistik berlandaskan prinsip syariah, spa ini khusus untuk Muslimah…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)