oudh palace x sujood

Spa Mewah Mesra Muslimah: Keperluan atau Pembaziran?

Spa Mewah Mesra Muslimah Keperluan atau Pembaziran aliah mansor sujood dot net

Fenomena spa mewah (high-end) mesra Muslimah semakin mendapat perhatian di Malaysia.

Menawarkan perkhidmatan kesegaran dan kesihatan alternatif yang mewah, privasi dan holistik berlandaskan prinsip syariah, spa ini khusus untuk Muslimah yang mencari tempat untuk penjagaan kesihatan fizikal, mental dan rohani.

Namun, persoalan timbul tentang apakah spa mewah ini benar-benar keperluan, atau sekadar simbol kemewahan yang menjurus kepada pembaziran?

Spa sebegini memenuhi keperluan wanita moden sebagai tempat alternatif untuk penjagaan kesihatan fizikal dan mental yang berdepan dengan cabaran di tempat kerja serta tanggungjawab keluarga di rumah.

Dengan rawatan eksklusif yang ditawarkan oleh ahli terapi wanita, penggunaan produk halal dan ruang rawatan yang menjaga aurat, perkhidmatan spa mewah selari dengan keperluan gaya hidup sihat berlandaskan syariah.

Spa seperti Hammam Spa, Ozmosis Wellness Spa, dan Urban Retreat Spa misalnya, menawarkan pengalaman rawatan mewah yang mematuhi piawaian halal, termasuk pakej khusus untuk wanita Muslimah yang mahukan privasi.

Namun, ada juga pihak yang mengkritik spa mewah sebagai gaya hidup elit yang bertentangan dengan nilai kesederhanaan dalam Islam.

Harga rawatan yang tinggi menimbulkan persoalan tentang ‘israf’ atau pembaziran. Dari perspektif Islam, berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara walau dibenarkan tetap dikira sebagai melampaui batas dan dilarang.

Contohnya, membeli makanan yang amat mahal untuk menghilangkan lapar. Pandangan ahli sosiologi Thorstein Veblen pula mengatakan bahawa kemewahan sering kali dikaitkan dengan keinginan mempamerkan kekayaan dan status sosial, bukannya untuk kegunaan praktikal.

Di Malaysia dan luar negara, spa halal mewah semakin berkembang dan menerima respons masyarakat yang berbeza-beza.

Ada yang memandangnya sebagai inovasi positif dalam pelancongan Muslimah, sementara yang lain meragui keperluan sebenar kemewahan sebegitu.

Penyelesaian mungkin terletak pada keseimbangan iaitu menawarkan pakej mampu milik, menggabungkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), dan mendidik tentang gaya hidup sihat yang sederhana di dalam model perniagaan spa mewah.

Akhirnya, sama ada spa mewah mesra Muslimah ini keperluan atau pembaziran bergantung pada niat dan cara penggunaan setiap pelanggan.


Artikel ini telah ditulis dengan kerjasama:

Dr. Arbaiah Abdul Razak, Penolong Profesor, Kulliyyah of Economics & Management Sciences, International Islamic University Malaysia

Aliah Mansor

Nur Aliah Mansor merupakan pensyarah bagi program Tourism Destination Marketing di Teh Hong Piow Fakulti Perniagaan dan Kewangan, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampus Kampar, Perak.
Mengapa si mati sujood

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more
Sujood Aplikasi Derma Masjid 8

Kolaborasi dengan Kartunis Ahmed Fani

Pada 27 Mei 2021, kami telah hubungi pihak Ahmed Fani untuk berkolaborasi dengan beliau. Bagi kami, desain serta grafik yang telah di pamerkan selama ini sesuai dengan imej yang kami…
Read more
Adab-Adab Bersedekah

Adab-Adab Bersedekah: Tadabbur Juzu’ 3

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita banyak bersedekah. Bacalah kata-kata Allah dalam juzu’ 3, tujukan ayat-ayat itu kepada diri kita agar sedekah yang kita lakukan tidak hilang begitu sahaja.…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)