oudh palace x sujood

Healing Yang Sebenar

Healing Yang Sebenar Sujood

Cover image via Lin Che Mat (Facebook)

Zaman sekarang zaman orang sebok healing sana sini. Bagi sesetengah orang, healing tu bila dapat ME time away from kids, tgk content2 kat tiktok, gi facial, main bola dengan kawan, tengok konsert, berbasikal naik turun bukit. Ada yang buat lagu gi healing sampai tak balik rumah 😅

Tapi…

It doesn’t last long kan? Nanti rasa nak kena healing lagi. Tinggal lagi family. Pi healing lagi. Perasaan tu berulang lagi. Rasa unsettled tu datang lagi. So betul ke ek cara healing kita selama ni?

I was looking for answers actually. Sebab kadang2 rasa tak make sense tengok phone berjam2 semata2 nak “rehat”, seronok2 dgn kawan2 tapi tinggal tanggungjawab hakiki pada keluarga. Main ikut apa semua orang buat pun tak healed jugak. So what is healing?

Then hari tu nampak ustaz Abd Muein share pasal surah Al Kahfi.

And I think I found my answer.

So Kak Lin share sini the ideas yang Allah beri ms dengar tadabbur surah tu supaya di masa2 lupa nanti boleh tengok dan ingat balik, and who knows, it may help anyone who needed this ❤️

Jawapannya.. mintalah rahmat Allah.

Pemuda kahfi time tu dikejar oleh kerajaan yg zalim, tp dorg boleh lari pergi masuk gua yang tak de pintu. Tak bawak makanan apa pun. Dorang tak doa mintak makanan, tak doa supaya dorg tak dijumpai pun. Dorg tak mintak panjang umur pun. Tapi yang dorg mintak ialah..

إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡیَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُوا۟

رَبَّنَاۤ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةࣰ وَهَیِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدࣰا ١٠

• Mufti Taqi Usmani:

When the young men took refuge in the Cave and said,

“Our Lord, bless us with mercy from Your own and provide us with guidance in our matters.”

Al-Kahf, Ayah 10

Dorang mintak rahmat (mercy) dan petunjuk (guidance), that’s it. Dengan rahmat tu dorang boleh rasa tenang setenang tenangnya sampai boleh tidur sehingga 309 tahun. Kita ni confirm kalut kan kalau tengah jadi org buruan? Dorang boleh tido.. bayangkan betapa rahmat Allah itu menenangkan hati? Setenang-tenangnya… sbb tu kalau org kena anxiety attack susah nak tido kan? Sebab hati tak tenang…

So nak healing tu bukan pada luaran, mancing ke, berbasikal ke.. tapi healing tu ialah satu perasaan yang hati kita ada. Perasaan yang dipegang kuat dan dipasak sepenuhnya pada sifatnya Ar Rahman ❤️

So next time rasa nak healing, usahalah cari rahmat Allah. Buatlah apa yang Allah suka, tinggallah apa Allah tak suka.

Macam mana nak cari apa Allah suka dan tak suka, meh sama2 bukak Al Quran kita cari kat sana. Pun ada jawapannya di sana ❤️#thecompletebook#AlQurantheguidance

Reminding myself most as I wrote this…

Lin Che Mat

Unit Manager at Prudential Malaysia
Lafaz عَسِيرٌ dengan عَسِرٌ sujood

Lafaz عَسِيرٌ dengan عَسِرٌ

Lafaz عَسِيرٌ dengan عَسِرٌ, kesulitan hari kiamat yang menggusarkan. Kita tidak boleh menafikan, sesulit mana pun kehidupan dunia, tidak akan mampu menyamai kesulitan hidup di akhirat kelak. Untuk bangun di…
Read more
perihal anak perempuan sahib Madyan Sujood

Perbezaan Waqaf Boleh Memberi Kesan Kepelbagaian Makna

1. Dalam menceritakan perihal anak perempuan sahib Madyan, Allah SWT berfirman: فَجَآءَتۡهُ إِحۡدَىٰهُمَا تَمۡشِي عَلَى ٱسۡتِحۡيَآءٖ قَالَتۡ إِنَّ أَبِي يَدۡعُوكَ لِيَجۡزِيَكَ أَجۡرَ مَا سَقَيۡتَ لَنَاۚ… Bermaksud: “Kemudian salah seorang dari…
Read more
masjid at taqwa alor redis perlis new 8 march 2023

Update Terkini Masjid Al-Taqwa Alor Redis

Alhamdulillah. Masjid Al-Taqwa yang terletak di Alor Redis Perlis telah berjaya di baik pulih. Pada 24 September 2021 baru-baru ini, telah berlaku satu kebakaran. Alhamdulillah masjid telah siap dibaik pulih,…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)