oudh palace x sujood

Sedekah Rahsia Atau Terbuka?

Memberi sedekah secara rahsia adalah lebih baik disisi Allah daripada menampakkan kepada orang ramai.

Tetapi kalau kamu menampakkan infaq sedekah dan kamu keluarkan zakat-zakat kamu itu dan orang semua tahu, elok ke tak elok? Allah kata: فنعما هي. Maka ia adalah baik. Disini kata para ulama, daripada beberapa tafsir menyatakan sekiranya kamu bersedekah kepada orang fakir dan orang miskin dalam keadaan kamu dapat merahsiakan daripada orang ramai, maka itu adalah lebih baik.

Tapi kalau sedekah tidak dapat diberikan melainkan kalau orang Nampak, orang mengetahui, Maka Itu juga baik.  Apakah itu boleh mengelakkan daripada riak, ujub, mengungkit-ungkit, menampak nampakkan kita ini baik. Yang itu soal diri kita. Kena jaga.

Tetapi ada dalam beberapa Keadaan yang dikatakan oleh para ulama’ bahawa  sedekah ini perlu di-iklankan, zakat ini perlu dijelaskan. Antaranya ialah supaya kita dapat menunujukkan sunnah hasanah. Sunnah hasanah itu maknanya orang tengok kita berzakat, orang tengok kita bersedekah, orang tengok kita bantu orang-orang miskin lalu orang melihat dan menjadikan itu sebagai panduan dan ikutan lalu orang buat seperti kita.

Maka itu dipanggil sunnah hasanah.

Sunnah hasanah ni kita dapat pahala menunjukkan tu dan kita dapat pahala orang yang mengikut amalan kita itu.

Ada pendapat ulama’ yang menyatakan kalau nak juga tunjukkan kepada orang ramai, ia terbaik melalui wakil.

Supaya kita dapat jaga hati kita.


Belajar Bahasa Arab dengan lebih seronok, mudah dipelajari dan senang untuk difahami melalui kaedah Pusar di bawah bimbingan Ustaz Rusdi.
Layari laman web mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut: https://ustazrusdi.com/

Rusdi Alias

Pengarah Kibar Management & Akademi Bahasa Arab Hud-Hud | Bekas Pembimbing Segmen Hayya Bil Arabiah
sedekah subuh ust fahmi rusli sujood

Isu ‘Sedekah Subuh’

Isu ‘Sedekah Subuh’ 1- Benarkah bersedekah pada waktu subuh mempunyai kelebihan khusus berbanding bersedekah pada waktu-waktu yang lain ? 2- Dalil yang mungkin menjadi sandaran bagi kenyataan ini ialah sebuah…
Read more
ahmad isa di bumi pakistan ustazah basikal sujood.

Ingat Lagi Cerita Dekat Pakistan?

Saya sendiri pun tak boleh lupa… Macam-macam magic yang berlaku. MasyaAllah Tabarakallah. Tahu tak sebab apa berlaku semua magic tu? Baca sampai habis. . . . Lepas kami keluar dari…
Read more
kenapa masjid sujood

Kenapa Derma Masjid?

Umum kita ketahui bahawa masjid lah tempat kita pergi menunaikan ibadat seperti solat berjemaah, solat jumaat, hari raya dan sebagainya. Tapi tahu kah kita bahawa mereka yang melazimi ke masjid…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)