oudh palace x sujood

Rindu Yang Menghidupkan

Rindu Yang Menghidupkan ummu adam sujood

BismilLah.

Rindu kepada Rasulullah SAW, janganlah hanya terucap di bibir,

namun biarkan ia terpahat dalam hati serta diwujudkan melalui amal perbuatan.

Jika benar cinta Nabi SAW,

jangan hanya sekadar lafaz puji-memuji,

tetapi

mestilah TERZAHIR dalam setiap langkah dan tindak,

mengemudi hidup,

mengikut setiap langkah dan jejak

yang telah baginda SAW tinggalkan.

Rasa rindu kepada baginda Nabi biarlah DIBUKTIKAN

dengan rasa CINTA MENGHIDUPKAN SUNNAH-SUNNAH baginda

pada setiap detik kehidupan.

Hadis-hadis baginda SAW bukan hanya sekadar rakaman kata-kata,

ia adalah warisan yang luhur, panduan hidup dan nasihat yang kekal.

Selama hayat dikandung badan, hadis-hadis baginda SAW akan terus menyinari jiwa-jiwa yang mahu mendekati kebenaran dan hidayah, menuju cinta Allah…

Firman Allah,


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Ali-Imran:31)

Siapakah lagi yang lebih tepat dan benar ajarannya, melainkan Rasulullah SAW?

Adakah lagi alasan dan dalih kita untuk tidak mengikut kata-kata Nabi SAW?

Moga kita beroleh syafaat baginda SAW yang kita rindukan sepanjang hayat.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ

Nota:

Saya kongsikan ‘flashcard’ 40 Hadis untuk kita sama-sama hafal dan amalkan.

Bacalah hadis-hadis baginda dengan cinta dan rindu yang mendalam kerana ia adalah lafaz yang sama sepertimana Rasulullah SAW pernah tuturkan kepada para sahabat baginda.

(Inspirasi daripada kuliah HADAM: Hadis Hafalan & Amalan bersama Ustaz Muhammad Faiz Abdul Karim).

WalLahu a’lam. 🌱

.:SyafiniRomli:.

1 Rabiulakhir 1446H (Jumaat)

4 Oktober 2024

Telegram: PujukHatiDenganAlQuran

https://t.me/PujukHatiDenganAlQuran

#notasyafini

#damaidenganalquran

#HADAM


Dapatkan buku oleh Ummu Adam: Damai Dengan Al-Quran disini:

https://bit.ly/4dGiM8q

Ummu Adam

Penulis buku Damai Dengan Al-Quran
jumlah masjid di malaysia 2017 sujood

Jumlah Masjid & Surau di Malaysia

Pada 30 Januari 2017, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan satu post di Facebook berkenaan jumlah masjid & surau di Malaysia setakat Disember 2016. Taburan jumlah Masjid dan…
Read more
new feature in sujood app

3 Sebab Utama Fungsi Sujood Terbaharu

Kali ini kami wujudkan fungsi yang anda biasa ada di aplikasi Whatsapp, Telegram, Facebook dan lain-lain. Kami telah memperkenalkan fungsi share! Dengan fungsi ini, jika anda rasa anda ingin kongsikan…
Read more
Ummi akak taknak hafal Al Quran dah syaurah ishak sujood

‘Ummi, akak taknak hafal Al Quran dah’

Semalam saya berjumpa dengan Ust Shaari bagi meminta pendapat beliau tentang sesuatu perkara. ‘Bagaimana kamu boleh jadi sebegini? Disebabkan selepas membaca sesebuah karya, atau bagaimana?’ soal beliau. ‘Hmm sebab saya…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)