
Di dalam Persidangan Islam SeMalaysia di Kuala Lumpur pada 4-7 Mac 1969, kaedah Rukyah dan Hisab menjadi perhatian banyak negeri untuk menyelaraskan awal Ramadhan dan Syawal :
a) Enam buah negeri berpendapat iaitu :
Awal anak bulan Ramadhan dan Syawal hendaklah ditentukan dengan cara rukyah, tetapi sekiranya anak bulan tidak juga nampak sedangkan mengikut kiraan ahli falak anak bulan tetap ada dan boleh nampak kalau tidak ada apa-apa melindung, maka kiraan ahli falak digunakan.
b) Tiga buah negeri berpendapat iaitu : Awal anak bulan Ramadhan dan Syawal bolehlah ditentukan dengan cara hisab falak sahaja tanpa rukyah.
c) Tiga buah negeri lagi berpendapat iaitu :
Awal anak bulan Ramadhan dan Syawal dengan cara rukyah sahaja dan jika anak bulan tidak kelihatan hendaklah dicukupkan 30 hari.
Walau bagaimanapun, Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 21-27 April 1969 memberikan keutamaan kepada rukyah dalam menentukan awal bulan seperti berikut :
a) Permulaan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berdasarkan semata-mata dengan penglihatan anak bulan yang sebenarnya.
b) Jika penglihatan anak bulan tidak mungkin bagi sesuatu negara, laporan-laporan tentang penglihatan anak bulan yang sebenarnya di dalam sesuatu negara yang mempunyai sebahagian atau malam yang sama dengan negara itu haruslah dikira sebagai asas penentuannya.
c) Di dalam keadaan yang kedua-dua cara tersebut di atas tidak mungkin dilakukan dan kiraan astronomi (falak) memestikan bahawa anak bulan boleh kelihatan, barulah kiraan astronomi itu dipakai.
d) Kerajaan-kerajaan dari negara-negara Islam haruslah menubuhkan satu badan yang dianggotai oleh pakar-pakar untuk menentukan awal bulan Ramadhan dan Syawal mengikut prinsip-prinsip yang diutarakan di atas.
e) Menjelang tahun 1390 H, isu penentuan awal Ramadhan dan Syawal menjadi semakin hangat. Orang ramai berbahas mengenai cadangan meminda rukyah kepada Rukyah dan Hisab. Akhirnya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam muzakarahnya pada 1-2 Oktober 1970 bersetuju dengan ketetapan seperti berikut
“AnakbulanRamadhan dan Syawalkiranyatidakkelihatan pada halnyamengikutkiraanahli-ahlifalakanakbulanitutetapada dan bolehnampak, makakiraanahli-ahlifalakbolehlahdigunakan.
f) Di atas syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya kali ke-88 pada 20 Oktober 1970 memutuskan penggunaan kaedah tersebut. Kriteria yang diterimapakai adalah umur bulan ketika matahari terbenam mestilah melebihi 8 jam. Kaedah tersebut diterimapakai sehinggalah Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya kali ke-109 pada 6 Oktober 1977 memutuskan semula penggunaan kaedah rukyah.
Setahun berikutnya, Muktamar Bagi Menentukan Permulaan Bulan-Bulan Islam berlangsung di Istanbul. Malaysia turut menghantar wakil ke muktamar tersebut. Muktamar adalah mengenai penyelarasan awal bulan di kalangan negara-negara Islam :
a) Bahawa asal hukum ialah rukyah, samada dengan mata kepala atau dengan menggunakan alat-alat moden.
b) Bahawa berpegang kepada ketetapan hisab ahli-ahli falak mengenai kedatangan bulan baru pada syarak wajiblah mereka menentukan adanya anak bulan di atas ufuk selepas matahari jatuh sehingga dapat dilihat dengan mata kepala, ketika tidak ada halangan. Ini adalah dinamakan rukyah di sisi hukum (rukyah hukmiah).
c) Bahawa bagi menentu kemungkinan penglihatan anak bulan itu mesti memenuhi dua syarat utama iaitu:-
–Kedudukan matahari dan bulan waktu matahari jatuh tidak kurang daripada jarak 8 darjah, seperti mana diketahui bahawa permulaan penglihatan (rukyah) ialah antara 7 dan 8 darjah, tetapi persetujuan diambil atas 8 darjah secara ihtiat.
–Tinggi anak bulan ketika jatuh matahari tidak kurang dari 5 darjah.
d) Atas asas inilahanakbulanitudapatdilihatdengan mata kepaladalamkeadaansuasanabiasa.
e) Tidakdisyaratkankemungkinanrukyahanakbulanitu di satutempat yang khusus, tetapimenjadi sah hukummasukbulanbarudenganternampakanakbulan di mana-mana tempat di atas permukaanbumiini. Pengumumankelihatananakbulaninihendaklahdibuat, seperti mana mengikutketetapanTakwimHijrah (Islam) yang diselaraskanseperti mana yang tersebutdalamceraian (kelima) di bawahini, keseluruhalammenerusiPusatSatelit di Mekahsetelahsiappembinaannyakelak, sebagailangkahuntukmenyatupadukanorang-orang Islam.
f) Beberapa tahun berikutnya, kajian menunjukkan hilal Ramadhan dan Syawal di Malaysia tidak pernah kelihatan pada petang rukyah melainkan hilal Syawal 1401 H / 1981 sahaja. Kekhuatiran mengenai kemungkinan umat Islam berpuasa bukan pada 1 Ramadhan atau berhari raya bukan pada 1 Syawal akibat hilal tidak kelihatan pada petang rukyah sedangkan ia ada juga umat Islam secara keseluruhannya akan berpuasa 30 hari seperti yang telah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan mulai timbul. Lantaran itulah, Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya kali ke-125 pada 14 Oktober 1982 memutuskan supaya awal Ramadhan dan Syawal kembali menggunapakai kaedah Rukyah dan Hisab.
Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya Puasa yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja telah mengadakan mesyuarat pada 5 dan 25 April 1983 seterusnya mencadangkan dua ketetapan iaitu :
i. Hilalberadasetinggitidakkurangdaripada 5½ (lima setengah) darjahdariufukmaghribpadaketikaghurubmatahariharirukyah.
ii. Hilalberadajauhdaripadajisimmataharipadaketikaghurubmataharitidakkurangdaripada 7½ (tujuhsetengah) darjah, dan
iii. Masaberlakuijtimak, iaitumasalahirhilalhendaklahberlakutidakkurangdaripada 8 (lapan) jam sebelumwaktughurubmatahari.
Kajian Semula Penentuan Awal Ramadhan Dan Syawal dengan itu mencadangkan kriteria kebolehnampakan hilal yang lebih sesuai untuk digunapakai di Malaysia iaitu :
a. Ketika matahari terbenam
i. Ketinggian bulan tidak kurang daripada 2˚, dan
ii. Jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3˚
Atau
b. Ketika bulan terbenam
i. Umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.
Kandungan di ambil dari laman web rasmi jabatan mufti negeri kelantan pada 2 mei 2025 di;
https://mufti.kelantan.gov.my/index.php/component/content/article/perkembangan-kaedah-rukyah-dan-hisab-di-malaysia?catid=22&Itemid=101
Berikut merupakan ringkasan dari info tersebut di dalam bentuk berbeza:
Tahun/Peristiwa | Tempat / Badan | Pendekatan / Ketetapan | Kriteria / Syarat |
---|---|---|---|
Mac 1969 | Persidangan Islam SeMalaysia | 3 pandangan negeri: 1) Rukyah → jika gagal, guna hisab; 2) Hisab sahaja; 3) Rukyah sahaja (cukup 30 hari jika tak nampak) | Bergantung kepada pendapat negeri |
April 1969 | Persidangan Islam Antarabangsa, KL | Keutamaan kepada rukyah | (a) Rukyah fizikal; (b) Guna laporan negara lain jika ada malam sama; (c) Jika mustahil rukyah, barulah guna hisab |
Okt 1970 | Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan | Sokong hisab jika anak bulan ada dan boleh nampak menurut falak | Tidak kelihatan tetapi boleh nampak = guna hisab |
Okt 1970 | Majlis Raja-Raja (Mesyuarat ke-88) | Terima kaedah hisab dengan kriteria | Umur bulan > 8 jam ketika matahari terbenam |
Okt 1977 | Majlis Raja-Raja (Mesyuarat ke-109) | Kembali kepada kaedah rukyah | — |
1978 (dirujuk) | Muktamar Istanbul | Penyelarasan antarabangsa | (a) Asal hukum = rukyah; (b) Rukyah hukmiah: rukyah dengan syarat falak; (c) Jarak matahari-bulan > 8˚, ketinggian bulan > 5˚ |
1981 | Data hilal Malaysia | Hilal Syawal 1401H (1981) satu-satunya kelihatan petang rukyah | Tahun-tahun lain tidak kelihatan |
Okt 1982 | Majlis Raja-Raja (Mesyuarat ke-125) | Guna semula kaedah Rukyah dan Hisab | Kesan kekeliruan umat jika hanya rukyah |
April 1983 | Jawatankuasa Awal Puasa & Raya | 2 ketetapan: Hisab hilal untuk rukyah, ikut Istanbul 1978 | i. Hilal > 5.5˚ tinggi; ii. Jarak > 7.5˚; iii. Umur hilal > 8 jam |
Kajian seterusnya (Malaysia) | Kajian semula kebolehnampakan hilal | Kriteria disesuaikan untuk Malaysia | a. Ketinggian bulan ≥ 2˚, jarak ≥ 3˚, atau b. Umur bulan ≥ 8 jam |