oudh palace x sujood

Isu ‘Sedekah Subuh’

sedekah subuh ust fahmi rusli sujood

Isu ‘Sedekah Subuh’

1- Benarkah bersedekah pada waktu subuh mempunyai kelebihan khusus berbanding bersedekah pada waktu-waktu yang lain ?

2- Dalil yang mungkin menjadi sandaran bagi kenyataan ini ialah sebuah hadis, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

:مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Maksudnya : Tidak ada hari yang mana para hamba itu berpagian padanya melainkan terdapat dua malaikat yang turun, lalu salah satu dari mereka berkata : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang melakukan infaq (sedekah)”. Manakala malaikat yang satu lagi berkata : “Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (dari sedekah)”.

Riwayat Al-Bukhari (1442), Muslim (1010)

3- Justeru, seolah hadis ini beri gambaran kepada sedekah subuh.

4- Setelah diteliti, sebenarnya tidak terdapat sebarang petunjuk yang jelas yang mengkhususkan perbuatan bersedekah di situ dilakukan pada waktu subuh.

5- Bahkan, yang jelas adalah dua malaikat itu turun pada waktu subuh, dan salah satunya mendoakan gantian yang baik dari Allah kepada orang yang bersedekah.

6- Ini sebenarnya meliputi orang yang bersedekah pada bila-bila masa, baik subuh, petang, atau malam. Doa ini tidak terkhusus kepada mereka yang melakukan sedekah pada waktu subuh sahaja.

7- Ini juga dapat difahami, dengan melihat kepada doa yang berikutnya. Apakah mereka yang menahan hartanya dari sedekah pada waktu subuh sahaja yang termasuk dalam doa malaikat agar Allah binasakan hartanya ? Atau mereka yang menahan hartanya pada waktu-waktu yang lain turut termasuk dalam doa tersebut.

8- Ini menunjukkan bahawa kedekut dan bakhil dengan harta tidak dianggap mempunyai keburukan yang lebih pada waktu subuh berbanding waktu-waktu lain.

9- Sama keadaannya bersedekah dengan harta tidak dianggap mempunyai keutamaan yang lebih pada waktu subuh berbanding waktu-waktu lain.

10- Bahkan sebenarnya dalam sebahagian riwayat, Rasulullah S.A.W bukan sekadar menyebutkan dua malaikat itu turun pada waktu subuh. Bahkan juga turut turun pada waktu maghrib.

11- Berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

وَلَا غَرَبَتْ إِلَّا بِجَنْبَتَيْهَا مَلَكَانِ يُنَادِيَانِ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَأَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Maksudnya: Dan tidak terbenam matahari melainkan pada dua sudutnya terdapat dua malaikat yang menyeru : Ya Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menginfaqkan (hartanya). Dan berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (kedekut dan bakhil).

Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban (3329)

12- Maka ini tidak mendatangkan satu istilah baharu iaitu ‘Sedekah Maghrib’.

13- Kesimpulan, bersedekah itu merupakan suatu kebaikan yang besar. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Baik subuh, petang, mahupun malam. Tidak ada waktu yang mengatasi fadilat waktu yang lain dari sudut ini.

14- Adapun dari sudut bersedekah di dalam bulan Ramadan, atau dalam bulan-bulan haram, atau di dua tanah haram, maka di sini berbeza keadaannya kerana telah sabit nas akan ganjaran beramal soleh menjadi lebih besar apabila dilakukan padanya.

والله الموفق

Muhammad Fahmi Rusli

Pegawai Hal Ehwal Islam,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
kalau kamu bersyukur sujood

Kalau Kamu Bersyukur, Nescaya Aku Tambahkan Nikmat Itu

Tajuk Asal Ust Syaari: Memurnikan Kefahaman “Kalau Kamu Bersyukur, Nescaya Aku Tambahkan Nikmat Itu Firman Allah SWT : وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ Dan…
Read more
masjid di negeri kelantan dalam apps sujood

Masjid dari Kelantan di Apps Sujood

Kali ini kita cuba kira ada berapa masjid/surau dari bumi serambi mekah ada di apps Sujood. Sekali tengok, numbers dia macam ok. Bukan satu, bukan dua lah. Ada lah beberapa.…
Read more
penawar cintakan dunia sujood

Penawar cintakan dunia

Kala ini, teriakan keakuan dan sifat wahn (cintakan dunia) tumbuh melata di laman media. Tidak kurang ramainya yang mahukan perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan tanpa menghiraukan cara. Tumbuh subur juga adalah budaya…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)