Adab-Adab Bersedekah: Tadabbur Juzu’ 3

Adab-Adab Bersedekah

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita banyak bersedekah. Bacalah kata-kata Allah dalam juzu’ 3, tujukan ayat-ayat itu kepada diri kita agar sedekah yang kita lakukan tidak hilang begitu sahaja.

1- TIDAK MENGUNGKIT DAN MENYAKITI PENERIMA SEDEKAH

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَا يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

Hai orang-orang beriman, janganlah kamu hilangkan [pahala] sedekahmu dengan mengungkit-ungkitnya dan menyakiti [perasaan si penerima], seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih [tidak ada tanah lagi]. Mereka tidak menguasai sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir [Al-Baqarah: 264]

2- BERSEDEKAH DENGAN BARANG YANG ELOK

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah [di jalan Allah] sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya sedangkan kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.[AL-BAQARAH: 267].

3- SEDEKAH SECARA TERSEMBUNYI ADALAH LEBIH BAIK
(Kecuali jika ada keperluan untuk menunjukkannya kepada orang ramai)

إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Jika kamu menampakkan sedekah[mu], maka itu adalah baik. Jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagi kamu. Allah akan menghapuskan daripada kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. [AL-BAQARAH: 271]

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kerisauan terhadap mereka dan tidak [pula] mereka bersedih hati. [AL-BAQARAH: 274].Begitulah sebahagian etika bersedekah yang telah disebutkan dalam Juzu’ 3. Ayat infaq di jalan Allah dalam juzu’ 3 ini bermula daripada ayat 261-274. Bacalah kerana banyak lagi yang saya tak sebut seperti balasan dan ganjaran bagi mereka yang bersedekah. #MMMR


Dapatkan buku-buku agama, buku kanak-kanak, dan produk-produk lain di Shopee Ust. Masri di sini: https://shp.ee/7v5g4et

Share:

Anda juga mungkin ingin membaca:

tawassul dengan amal soleh azam sujood

TAWASSUL DENGAN AMAL SOLEH

” اللهم إن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه.. “ ” Ya Allah sekiranya apa yang telah ku lakukan itu adalah

Baca Lagi »
Sedekah yang Berubah-ubah ust Dzulkhairi Khairi Sujood

Sedekah yang Berubah-ubah.

Karakter orang bertaqwa yang diperincikan Surah Ali ‘Imran membawa nilai yang berbeza-beza. Antaranya, a- Nilai ‘kata kerja.’ b- Nilai ‘kata nama.’ Kita akan melihat 1

Baca Lagi »

Share:

Anda juga mungkin ingin membaca:

nabil abas ramadan sujood

10 Malam Terakhir

19 Ramadan 1441H Esok malam bermula 10 malam terakhir. Kawan aku ajar, kita sedekah secara online RM1 setiap malam mudah mudahan diberi ganjaran lailatulqadr. Dapat

Baca Lagi »

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *