Cover image via Hamizan Zulkifli (Facebook)
Rezeki kali ni dapat dengar secara direct perkongsian Ustaz Mohammad Yaakub Yusra tentang journey #gengsubuhmacamjumaat sampai ke tahap sekarang.
Alhamdulillah, usaha yang memerlukan komitmen dan effort yang tinggi membuahkan hasil. Bermula dari 1 saf saja mai semayang subuh berjemaah kat masjid MADAD, sekarang setiap pagi 70% masjid akan penuh, terutama daripada ibu bapa dan kanak2.
Ustaz kata beliau hairan kenapa lepas bagi duit belanja kepada setiap kanak2 yang datang solat subuh berjemaah, tabung masjid akan penuh?
Bila selidik balik, rupa-rupanya majoriti budak2 tu masukkan duit yang depa dapat dalam tabung masjid.
“Sejak tu baru ana paham, budak2 ni mai bukan sebab nak duit. Tapi sebab nakkan MOMENT tu.”
Paling best bila ustaz share tentang strategi untuk jayakan #gengsubuhmacamjumaat:
TLDR:
1. Mesra dengan kanak-kanak
2. Sentiasa ada physical touch.
3. Sediakan kad kehadiran (membership).
4. Marketing.
5. Pengalaman Aestetik.
Image via Hamizan Zulkifli (Facebook)
Pe’el orang tua2 dulu kalau tengok budak tak behave dalam masjid mesti akan suruh keluar. Tapi pendekatan di masjid MADAD adalah dengan buatkan budak2 rasa dekat dan paling penting, rasa ‘diterima’.
Budak2 berlari, buas itu semua biasa sebab fitrah mereka memang suka bermain. Tapi kalau kita yang dewasa tersalah layan, boleh jadi itulah kali terakhir mereka jejakkan kaki ke masjid. Bahkan lebih bahaya kalau mereka sebarkan kepada kawan2.
Mudah-mudahan terselamat daripada dosa jariah.
Lepas tazkirah subuh yang ringkas, mesti akan ada yang mai nak salam. Kadang2 budak dah rapit dengan ustaz sampai waktu tengah bagi tazkirah pun ada anak orang mai tidur atas riba. Ustaz pun tak kenal budak tu siapa, tapi anggap macam anak sendiri.
Sentuhan seperti salam, peluk, cium kepala membina moment yang kanak2 impikan. Mungkin tak dapat di rumah tapi dapat di masjid, sekali gus menjadikan dia sangat dekat dengan rumah Allah.
Syarat yang diletakkan, mana2 kanak2 yang hadir subuh berjemaah di masjid MADAD selama 10 hari secara konsisten akan diberikan kad identiti. Kad ni diguna untuk scan setiap pagi (macam pekerja punch in).
Apa kelebihan dapat kad ni?
Kehadiran ditanda secara digital.
Menjadi ahli tetap Kelab Budak Masjid (KBM) aka anak emas MADAD.
Diberikan akses untuk aktiviti memanah dan berkuda di MADAD secara percuma setiap rabu dan khamis petang.
Bagi budak2 yang masih belum ada kad KBM, pendaftaran akan dibuat secara manual seperti dalam gambar.
Image via Hamizan Zulkifli (Facebook)
Sembahyang subuh pun kena marketing?
Ya.
Macam mana?
Budak2 yang hadir terdiri daripada pelbagai umur. Lepas subuh semua akan ke sekolah. Dalam bilik darjah itulah marketing sembahyang subuh di masjid MADAD bertebaran seluasnya.
Bila cerita kat kawan2, yang lain mula teringin nak dapat kelebihan macam kawan2 dapat. Last sekali anak tarik baju ayah minta hantar ke masjid setiap hari waktu subuh.
Secara tak langsung…parents pun akan ikut pi masjid sekali. Dahsyat.
Setiap hari ke masjid, ada saja benda baru yang hadirin akan belajar dan lalui moment2 menarik. Sama ada melalui tazkirah, bersembang sesama hadirin atau waktu ustaz ajak selfie ramai2.
Pengalaman ini akan buatkan tindakan untuk hadir ke masjid setiap hari waktu subuh terasa ringan. Bahkan teruja nak pergi.
==============================================
Ustazah Muzayyanah tanya, “Apa kuncinya ustaz?”
Ustaz jawab, “Konsisten. Alhamdulillah sekarang dah hari ke-180+ dah #gengsubuhmacamjumaat di MADAD. Setiap hari makin bertambah.”
Saya kagum juga dengar cerita seorang budak sanggup kayuh basikal dari Taman Kempas ke Sg Layar (15 minit kalau drive) semata-mata nak hadir sembahyang subuh berjemaah di masjid MADAD.
Ada juga ibu bapa yang sangat memberi sokongan terhadap kehendak anak. Dari Tikam Batu, sanggup drive bawa anak ke Sg Layar untuk sembahyang subuh. Lepas habis, drive semula ke Tikam Batu hantar anak ke sekolah.
Image via Hamizan Zulkifli (Facebook)
Doakan semoga usaha mulia ini terus berkembang dan mendapat sambutan lebih ramai.
Seingat saya masa kali pertama tinggal di Seremban 2 tahun lalu, ada sebuah masjid yang subuhnya memang selalu penuh sampai ke luar tapi tak berapa viral, iaitu Masjid Taman Tuanku Jaafar.
Kali pertama hadir di situ saya rasa keliru. Aku mai waktu subuh ka isyak ni? Ada kuliah perdana ka?
Apa2 pun, semoga usaha2 murni sebegini terus subur di bumi Malaysia, insyaAllah.
Semestinya kudos kepada initiator kita, saudara Alif Satar
**Jika ada yang berminat untuk bukukan journey usaha ini boleh pm ya. Sambil tulis sambil terbayang betapa banyaknya pahala kita boleh jana kalau dibukukan idea2 untuk masjid2 imarahkan solat jemaah.
15 Jamadilakhir 1445H
posting asal di Facebook En Hamizan Zulkifli