oudh palace x sujood

Derma Masjid Online Malaysia

derma masjid online malaysia

Alhamdulillah. Pada 10.10.2021 ada 2 perkara yang kita mungkin ingat: 1. Shopping 10 Oktober 2021 dan 2. Hari terakhir tidak boleh rentas negeri. Covid-19 membawa bermacam cabaran kepada kita. Bagi umat Islam, kapasiti ke masjid dikurangkan, hari raya kita berubah dan bagi mereka yang keluarga berjauhan, seperti ibubapa di kampung, kerinduan kepada mereka sudah tentu membuak-buak.

Akan tetapi, sebagai orang Islam, kita wajar bersangka baik & kita perlu yakin bahawa kita tidak akan diuji lebih dari apa yang kita mampu. Tiada halangan, hanya peluang. Bagi umat islam terutamanya muslim lelaki, kita boleh katakan mereka paling kerap ke masjid pada waktu solat jumaat. Kebiasaannya juga, kita akan menderma sedikit kepada tabung masjid usai solat jumaat tamat.

Source: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Usaha mengekang jangkitan dan penyebaran wabak Covid-19 membuatkan ramai dari kita tidak mampu untuk ke masjid bagi solat fardu atau solat jumaat. Cabaran ini kita tukarkan kepada peluang. Cabaran untuk menderma. Aplikasi Sujood yang kami di pihak Studio 61 Sdn. Bhd. bangunkan ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan cabaran ini. Kami senaraikan masjid/surau di Malaysia yang telah berdaftar dengan kami dan kita mampu untuk menderma tak kira pada hari jumaat atau pada bila bila masa.

Kenapa kita derma sebenarnya? sebab kita percaya, dengan menderma kita berpeluang menambah keberkatan kepada rezeki yang telah dikurniakan kepada kita. Kenapa kita pilih masjid yang kita selalu berpeluang pergi? mungkin masjid di kampung kita? kerana memori serta nostalgia kita kuat dengan masjid/surau tersebut dan kita berharap sedikit derma kita mampu untuk menambah duit milik masjid bagi membolehkan pihak masjid menggembirakan generasi yang berada di kawasan itu, baik yang muda atau yang tua. Derma masjid online adalah ruang terbaharu bagi kita menabur bakti. Jadi ayuh, siapa kata tak boleh derma lagi? Siapa kata tiada duit kecil? Siapa kata masjid tutup? Alang-alang kita guna Facebook, ber-whatsapp dengan kenalan, apa salahnya kita derma RM 1 kepada mana2 masjid. Moga kita semua kembali seperti sedia kala dan masjid kita kembali makmur dan lebih aktif dari tempoh sebelum Covid. Inshallah. -Sujood

Derma kepada masjid dengan mudah menggunakan aplikasi Sujood. Tekan link untuk download bagi iPhone & Android: get.sujood.net

Masjid/surau anda masih belum tersenarai? Hubungi kami di salam@sujood.net

Abu Musa

Bercita-cita untuk menjadi ahli jemaah masjid setiap kali waktu solat fardhu
sujood kini di tiktok

Sujood Sekarang di Tiktok!

Dengan arus kemodenan semakin menerkah jiwa muda, kini Sujood di Tiktok. Kami akan cuba memuat naik maklumat dan informasi berkaitan dengan masjid dan seangkatan dengannya di platform tiktok kami ini.…
Read more
Sedekah Dan Wakaf Untuk Jenazah Sujood

Sedekah Dan Wakaf Untuk Jenazah

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saudara zali dengan soalan yang pertama jika kita wakafkan atau sumbangkan wang, harta milik kita atas nama orang yang telah meninggal dunia adakah sumbangan ini sampai…
Read more
kutip derma online lapor sujood

Catatan Kutipan Derma Masjid Online?

Ya. Ini kali pertama admin nampak catatan kutipan derma masjid online di papan kenyataan maklumat masjid. Kali pertama. Admin tidak mengatakan bahawa tiada masjid/surau lain yang turut memaparkannya, cuma ini…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)