oudh palace x sujood

Alhamdulillah Masjid Al-Bari’ Sempurna

Masjid Al Bari Melor Kelantan Sujood (1)

Masjid Al-Bari’ yang terletak di Taman Warisan Melor telah siap dibangunkan dan digunakan. Masjid telah siap dan telah mula digunakan selepas Hari Raya Aidil Fitri 2024.

Pada 20 Julai 2024 tempohari, sedikit majlis perasmian telah diadakan.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan kelantan.. boleh tengok lokasi Masjid Al-Bari’ di google map ini:

https://www.google.com/maps?q=5.9749408,102.3202831&z=17&hl=en

Sedikit nota ringkas tentang perasmian masjid tempohari,

  • Majlis Taman Warisan Permatang Pusu Berselawat sempena perasmian Masjid Al-Bari’ Taman Warisan Melor Kelantan. Anjuran bersama Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
  • Majlis perasmian disempurnakan oleh Habib Alwi Bin Abdullah Al Aydrus (Ulama’ Hadhramaut Yaman) dan Baba Mohd Jalaluddin Asayuti Bin Mohamed (Mudir Pondok Muhammadiah Beta Hilir).
  • Aktiviti solat maghrib, solat isya berjemaah, selawat dan sedikit tazkirah dari habib
  • Jamuan disediakan

Semoga masjid ini sentiasa dipenuhi, di-imarahkan oleh penduduk setempat dan orang luar serta memberi rehat kepada mereka yang solat sebagaimana sabda junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. :

Dari Salim bin Abi al-Ja‘d r.a, Rasulullah bersabda:

“Aduhai Bilal, azanlah untuk solat, agar kami beroleh ketenangan daripadanya.” (Sunan Abi Dawud)

Teruskan dan lazimi sedekah kepada Masjid Al-Bari’ di link ini:
https://masjidalbaritamanwarisanmelor.sujood.net/

Semoga sedekah kita menjadi benteng kita dari api neraka dan menyumbangkan pahala yang tidak putus kepada kita kelak.


Beberapa gambar dari awal pembinaan sehingga masjid boleh di guna.

Nik Aiman Nek Abd Rahman

Penduduk Melor, Kelantan
penawar cintakan dunia sujood

Penawar cintakan dunia

Kala ini, teriakan keakuan dan sifat wahn (cintakan dunia) tumbuh melata di laman media. Tidak kurang ramainya yang mahukan perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan tanpa menghiraukan cara. Tumbuh subur juga adalah budaya…
Read more
Surau Presint 8 Putrajaya Sujood

8 Surau di Presint 8 Putrajaya

Berikut merupakan senarai surau yang berada di presint 8 putrajaya. Ada lapan surau di presint lapan? wah hebat!Jika surau anda tiada di senaraikan disini, sila hubungi kami untuk disenaraikan 🙂…
Read more
Ummi akak taknak hafal Al Quran dah syaurah ishak sujood

‘Ummi, akak taknak hafal Al Quran dah’

Semalam saya berjumpa dengan Ust Shaari bagi meminta pendapat beliau tentang sesuatu perkara. ‘Bagaimana kamu boleh jadi sebegini? Disebabkan selepas membaca sesebuah karya, atau bagaimana?’ soal beliau. ‘Hmm sebab saya…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)