oudh palace x sujood

Catatan Kutipan Derma Masjid Online?

kutip derma online lapor sujood

Ya. Ini kali pertama admin nampak catatan kutipan derma masjid online di papan kenyataan maklumat masjid. Kali pertama. Admin tidak mengatakan bahawa tiada masjid/surau lain yang turut memaparkannya, cuma ini pertama kali admin perasan. Mungkin dah ada mungkin tiada. Allahu a’lam.

Yang admin nampak ni ialah di Surau Fathurrahman, PPAM Melinjau, Presint 11 Putrajaya. (Surau-surau di Presint 11 Putrajaya)

Ini yang admin nampak di surau fathurrahman. Dalam kita menderma, kita tentu nak tahu kemana dan adakah ia akan digunakan sewajarnya. Tak begitu?

Betul banyak masjid (jika tidak kesemuanya) menyatakan dengan zahir kutipan mingguan dari tabung-tabung masjid. Selalunya akan terpampang di whiteboard di kawasan masjid. Persoalan yang timbul ialah…adakah duit yang telah disumbangkan itu akan terus mereput di dalam akaun bank masjid itu atau akan diusahakan oleh pihak masjid contohnya untuk;

  1. Meramaikan pengimarahan masjid
  2. Menggalakkan anak-anak muda datang ke masjid
  3. Membaiki peralatan yang rosak @ boleh dibaiki di masjid
  4. Membantu usahawan-usahawan kecil berniaga bagi ahli qaryah

dan lain-lain… Anda ada jawapan?

Sama-sama kita memakmurkan peng-imarahan masjid dan penggunaan serta kawal selia duit masjid.

Abu Musa

Bercita-cita untuk menjadi ahli jemaah masjid setiap kali waktu solat fardhu
apabila kematian ibu bapa sujood

Apabila kematian ibu bapa…

Adakalanya kita sebagai anak-anak dikelabui dengan perasaan kasih dan sayang, cinta, emosi, lalu kita cuba ber’khidmat’ kepada ibu bapa yang sudah tiada dengan pelbagai cara.. Ada yang cuba menzahirkan kasih…
Read more
masjid pahang sujood

Jumlah Masjid di Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai 11 buah daerah. Negeri pahang terkenal dengan Cameron Highland, Patin Temerloh, Pantai Teluk Cempedak dan bermacam lagi. Menurut info dari laman web masjid.pahang.gov.my yang memaparkan…
Read more
Balasan Untuk Mereka Yang Istiqamah Sujood

Balasan Untuk Mereka Yang Istiqamah

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ (30) نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)