oudh palace x sujood

Bercuti Sambil Beramal

aliah mansor hotel wakaf 2

Pernahkah anda terfikir bahawa setiap kali anda bercuti, anda juga boleh menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan?

Di Malaysia, telah wujud konsep “Bercuti Sambil Beramal” melalui hotel wakaf mampu menjadikan percutian anda lebih bermakna.

Bukan sekadar menginap di hotel yang selesa, tetapi setiap ringgit dan sen yang anda belanjakan sebahagiannya akan kembali kepada masyarakat untuk pendidikan, kesihatan, dan pembangunan komuniti.

Dengan cara ini, percutian anda bukan sekadar mendapat kenangan manis untuk diri sendiri, tetapi juga harapan baharu buat orang lain.

Hotel wakaf adalah sebuah bangunan komersial tempat menyediakan penginapan sementara, makanan dan perkhidmatan lain, yang dibangunkan di atas kawasan hartanah wakaf dan strategik oleh Majlis Agama tempatan sebagai pelaburan jangka panjang di kawasan tersebut.

Beberapa hotel wakaf di seluruh Malaysia kini dibangunkan melalui kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Negeri. https://www.jawhar.gov.my/en/list-of-waqf-hotels/

Antara yang popular termasuk Hotel Grand Puteri yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu dan telah menyumbang sebahagian pendapatannya kepada projek kebajikan di Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). https://thegrandputerihotel.com/ms-my/

Di Taiping, Perak, Hotel Seri Warisan (kini dikenali sebagai The Regency Hotel Seri Warisan) pula menjadi pilihan terbaik untuk pelancong yang ingin menikmati keindahan Taman Tasik Taiping dan sejarah Perak yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). https://www.theregency.com.my/SW/Default.aspx

aliah mansor hotel wakaf

Sementara itu, Klana Beach Resort di Port Dickson yang diselia oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menawarkan penginapan mesra keluarga dengan pemandangan pantai yang indah. https://klanabeachresortpd.com.my/ Lebih menarik, resort ini juga terkenal kerana lokasinya yang strategik dan terletak bersebelahan Balai Cerap Telok Kemang, iaitu sebuah balai cerap yang popular untuk melihat anak bulan pada permulaan bulan Ramadan, Syawal, dan Zulhijjah, serta fenomena gerhana yang memberikan pengalaman unik kepada pengunjung yang berminat menyaksikan aktiviti astronomi yang penting ini.

Di Melaka pula, terdapat sebuah hotel wakaf iaitu Hotel Puteri Bay (dulu dikenali sebagai Hotel Pantai Puteri) yang menyokong projek sosial dan pendidikan di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). https://puteribayhotelmelaka.com/ms-my/

Kesemua hotel wakaf ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan hospitaliti dan pelancongan yang selesa dan mesra Muslim, malah menjadi sumber pendapatan kepada Majlis Agama untuk pembiayaan projek pembangunan masyarakat setempat dan pelbagai inisiatif kebajikan lain.

Oleh itu, memilih hotel wakaf sebagai destinasi percutian bermakna anda telah “Bercuti Sambil Beramal”, menyokong industri pelancongan yang berteraskan syariah serta menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan ekonomi setempat.

Setiap tempahan yang anda lakukan membawa hasil kebaikan yang melangkaui nilai percutian biasa.

Penulis

Nur Aliah Mansor merupakan pensyarah bagi program Tourism Destination Marketing di Teh Hong Piow Fakulti Perniagaan dan Kewangan, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampus Kampar, Perak.

Dr. Arbaiah Abdul Razak, Penolong Profesor, Kulliyyah of Economics & Management Sciences, International Islamic University Malaysia

Aliah Mansor

Nur Aliah Mansor merupakan pensyarah bagi program Tourism Destination Marketing di Teh Hong Piow Fakulti Perniagaan dan Kewangan, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampus Kampar, Perak.
curi tabung masjid aliff danial sujood

Curi Tabung Masjid

Saya tengok sekarang ini ramai orang susah kena tangkap mencuri duit tabung masjid. Kalau kita fikir banyak kali, kadang-kadang orang yang mencuri ini bukan kerana dia suka mencuri. Tetapi, mereka…
Read more
tawassul dengan amal soleh azam sujood

Tawassul Dengan Amal Soleh

” اللهم إن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه.. “ ” Ya Allah sekiranya apa yang telah ku lakukan itu adalah ikhlas kerana inginkan keredaan Mu,…
Read more
Yang Paling Terbaik Antara Yang Terbaik Sujood

Yang Paling Terbaik Antara Yang Terbaik

Islam itu sungguh indah dan sempurna. Ajarannya sudah lengkap meliputi segenap aspek kehidupan. Malangnya, amat sedikit yang menyedarinya dan mengambil kelebihan dari ajarannya. Di sini terdapat beberapa contoh ajaran Islam…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)