oudh palace x sujood

Tawassul Dengan Amal Soleh

tawassul dengan amal soleh azam sujood

” اللهم إن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه.. “

” Ya Allah sekiranya apa yang telah ku lakukan itu adalah ikhlas kerana inginkan keredaan Mu, maka lepaskanlah kami dari keadaan kami sekarang..”

.. Begitulah lafaz doa ketiga-tiga individu yang dilepaskan dari terperangkap dalam gua seperti yang diceritakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang agak panjang kepada para Sahabat RA (al-Bukhari no.3465, Muslim no.2743). Boleh juga rujuk teks penuh hadis dalam Riyadhus Solihin hadis no. 12.

Tawassul dengan amal soleh adalah amalan yang disyariatkan tanpa khilaf. Amalan ini adalah berkonsepkan permohonan kita kepada Allah SWT dengan cara menyebut nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita berupa amalan kebaikan yang benar-benar ikhlas pernah kita lakukan keranaNya, lalu memohon supaya Allah mengabulkan apa-apa permohonan kita.

Pada hari ini sebenarnya banyak amalan yang sepatutnya kita perlu buat berdasarkan konsep ini. Bila kita baca al-Quran, kita amalkan wirid & zikir tertentu, atau sebarang amalan kebajikan lain seperti berbuat baik kepada ibu bapa & sesama manusia, bersedekah sama ada dalam bentuk sedekah material mahupun sedekah ilmu, masa atau apa sahaja amalan – yang kita lakukan benar-benar ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah – gandingkanlah dengan doa tawassul di penghujungnya.

Amalan ini adalah sunnah Rasulullah SAW dan sunnah umat-umat terdahulu. Nabi Ibrahim AS juga berdoa dengan kaedah tawassul ini SELEPAS MELAKSANAKAN PERINTAH Allah untuk meninggalkan isteri dan bayinya Ismail (rujuk surah Ibrahim ayat 37-41). Perhatikan penggunaan kalimah فاجعل dalam wahyu di bawah:

رَّبَّنَاۤ إِنِّیۤ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّیَّتِی بِوَادٍ غَیۡرِ ذِی زَرۡعٍ عِندَ بَیۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِیُقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةࣰ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِیۤ إِلَیۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِ لَعَلَّهُمۡ یَشۡكُرُونَ

[Ibrahim: 37]

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). OLEH ITU, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur… “

Begitu juga setelah beberapa tahun berikutnya ketika mana baginda SEDANG BERUSAHA MENYEMPURNAKAN PERINTAH ALLAH untuk membina baitullah, baginda berdoa bersama-sama putera baginda Ismail AS memohon agar diutuskan di Makkah seorang rasul yang akan membacakan kepada penduduk Makkah ayat-ayat Allah dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (al-Baqarah 127-129).

Amalan bertawassul ini juga sekiranya dilihat dari sudut pembinaan syahsiah muslim, ia boleh membentuk peribadi seorang muslim yang lebih kukuh tauhid dan kebergantungan kepada Allah, lebih ikhlas, sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti amalan soleh serta optimis dengan rahmat Allah SWT.

Amat rugilah kita sekiranya amalan berimpak tinggi ini tidak kita fahami dan tidak dijadikan panduan kita dalam hidup bersyariat.

#tawassul

#tadabbur

Adzam Rasdi

Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia
Lafaz عَسِيرٌ dengan عَسِرٌ sujood

Lafaz عَسِيرٌ dengan عَسِرٌ

Lafaz عَسِيرٌ dengan عَسِرٌ, kesulitan hari kiamat yang menggusarkan. Kita tidak boleh menafikan, sesulit mana pun kehidupan dunia, tidak akan mampu menyamai kesulitan hidup di akhirat kelak. Untuk bangun di…
Read more
Ganjaran Bagi Mereka Yang Mempunyai Keuzuran Dan Terhalang Untuk Melaksanakan Ibadah Sujood

Ganjaran Bagi Mereka Yang Mempunyai Keuzuran Dan..

فَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فِي السَّفَر،ِ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ: سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا…
Read more
nabi musa istiqamah melawan firaun

Istiqamah itu Memutihkan Kepala

Nota Kelas Tafsir Rabu (Hud[11:112]) pada 23 Disember 2015. Antara isunya adalah kepentingan dan kesukaran Istiqamah atau konsisten dalam melaksanakan arahan Allah. Tidak semudah menutur di lidah, istiqamah atau senantiasa…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)