oudh palace x sujood

Afdhal wanita di rumah. Bukan di masjid

afdhal wanita di rumah zainurul sujood

Sewaktu di sana. Ada 1 view yang tak putus fokus dari kami suami isteri. Iaitu family bonding di Masjid.

Hati kami iri dan cemburu sangat melihat culture macam ni dekat Tanah Haram. Halaqah bersama keluarga. Duduk, lepak, ngaji, siap yang berkelah pun ye sekali bawak teko bagai. Haha

Image via Zainurul Azwa Zakaria (Facebook)

Kalau di ruang lelaki, bersepah view anak mengaji dengan ayah nya. Ayah betulkan bacaan anak nya.

Di ruang wanita, yang meriba anak kecil, yang mesra bersama anak-anak remaja. Saya saksikan halaqah private anak-anak kecil perempuan. MasyaAllah tak tahu nak kata melting nya hati. Semua bagaikan buddies to jannah panorama nya.

Image via Zainurul Azwa Zakaria (Facebook)

Di ruang luar, suami isteri boleh duduk sekali bersama anak-anak. Ada 1 malam waktu kami lepak sambil makan kebab, kami lihat 1 family ni riang nya MasyaAllah anak-anak bermain bebas tapi sambil ayah nya tasmik hafalan!

Iri tu bukan sebab apa.. ralat sebab kalau dekat Malaysia memang payah nak dapat buat macam ni ๐Ÿ˜ฃ Bukanlah tak boleh buat. Tapi janggal kan. Dan ruang kesempatan tu tak banyak. Nak stay sikit masa lepas isyak lampu dah nak kena tutup. Kalau iktikaf lama, nak baring sat hilang kan lenguh dah kena tegur tak boleh tidur.

Ini kan topik yang tak sudah-sudah digaduhkan. Utamanya bab anak-anak kecil yang datang sekali.

Dan terbaru huru hara pasal hukum wanita Solat di Masjid.

Bila ke komen, MasyaAllah. Ada yang dengan ayat perli, sinis. Dah macam berdosa besar pulak sapa yang ke masjid. Berpada lah melabel orang degil, jahil. Menyebut mereka yang ke masjid itu kerana rumah sendiri tak tenang, serabut, dhaif dan sebagai nya.

.

.

Bukan saya org nya nak bercakap pasal ilmu fiqh ni. Tapi boleh rujuk link ini upgrade ilmu

Fatwa mufti wilayah:

https://muftiwp.gov.my/…/2835-al-kafi-936-tempat-solat…

Penerangan Ust Adi Hidayat ni rasa sangat mudah nak faham:

https://vt.tiktok.com/ZSFdJYnXn/

.

.

Benar hadith Nabi wanita afdhal solat di rumah. Tetapi kemudian nya juga ada hadith-hadith lain yang menggalak

ูŠูุณู’ุชูŽุญูŽุจูู‘ ู„ูู„ุฒูŽู‘ูˆู’ุฌู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ุฐูŽู†ูŽ ู„ูุฒูŽูˆู’ุฌูŽุชูู‡ู ูููŠ ุดูู‡ููˆุฏู ุงู„ู’ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู

Maksudnya: Sunat bagi suami mengizinkan isterinya untuk hadir berjemaah di masjid.

(Mausuah Fiqhiyah Kuwaitiyah, jld. 8 m/s 232)

ุชูŽู…ู’ู†ูŽุนููˆุง ุฅูู…ูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูŽุณูŽุงุฌูุฏูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ู„ููŠูŽุฎู’ุฑูุฌู’ู†ูŽ ูˆูŽู‡ูู†ูŽู‘ ุชูŽููู„ุงูŽุชูŒู„ุงูŽ

Maksudnya: โ€œJanganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangianโ€.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

.

.

So jelas ulama terdahulu dan moden dah sepakat benarkan wanita hadiri masjid untuk tujuan kebaikan seperti solat berjemaah, majlis ilmu dan sebagainya.

Tapi mesti patuh syarat:

1. Keluar rumah tutup aurat sempurna. Bukan ke masjid je

2. Dapat izin penuh daripada wali ataupun suami.

3. Yakin perjalanan ke masjid selamat daripada sebarang jenis keburukan dan kemudaratan kecuali ia berlaku tanpa diduga

4. Pastikan keluarnya ke masjid itu tak ganggu urusan atau tanggungjawab kita yang lebih besar pada keluarga. Seperti menyediakan makanan atau menjaga suami dan anak yang sakit.

5. Dan lebih baik ditemani mahram atau rakan wanita yang baik

.

.

Jadi wanita sekalian usah lah gundah. Mana yang nak kejar afdhal di rumah silakan. Yang nak merasa barakah Masjid tak perlu pertikai.

Kita dah nak dekat Ramadhan, alangkah sedih kalau di sebab kan isu ini masjid nanti sunyi kerana dah tentu separuh jemaah adalah perempuan.

Usahlah beria gaduh pada yang membuat kebaikan. Sedangkan umat hakikat nya tenat.

Wallahualam

Zainurul Azwa Zakaria

#buddiestojannah

#cintamasjid

#subuhmacamjumaat

Zainurul Azwa Zakaria

Managing Director at HHS - Home Hotel Supplies
Sedekah yang Berubah-ubah ust Dzulkhairi Khairi Sujood

Sedekah yang Berubah-ubah.

Karakter orang bertaqwa yang diperincikan Surah Ali โ€˜Imran membawa nilai yang berbeza-beza. Antaranya, a- Nilai โ€˜kata kerja.โ€™ b- Nilai โ€˜kata nama.โ€™ Kita akan melihat 1 contoh ayat al-Quran untuk diperbahaskan.…
Read more
masjid at taqwa alor redis perlis new 8 march 2023

Update Terkini Masjid Al-Taqwa Alor Redis

Alhamdulillah. Masjid Al-Taqwa yang terletak di Alor Redis Perlis telah berjaya di baik pulih. Pada 24 September 2021 baru-baru ini, telah berlaku satu kebakaran. Alhamdulillah masjid telah siap dibaik pulih,…
Read more
penawar cintakan dunia sujood

Penawar cintakan dunia

Kala ini, teriakan keakuan dan sifat wahn (cintakan dunia) tumbuh melata di laman media. Tidak kurang ramainya yang mahukan perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan tanpa menghiraukan cara. Tumbuh subur juga adalah budaya…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822โ€“H)