oudh palace x sujood

Saya Tak Mahu Jadi Seperti Kisah Pemilik Kebun

saya tak mahu jadi seperti kisah pemilik kebun

SAYA CUBA KENANG ORANG BIASA/SUSAH DAN TAK MAHU JADI SEPERTI KISAH PEMILIK KEBUN..

Pagi ini ke Hospital Selayang buat rawatan mata. Pakar yang merawat saya ini bernama Dr Zabri. Beliau antara pakar Vitreo Retinal di Malaysia… dia pula mengaji Tafsir dengan saya. Soalan saya pada beliau… “Kenapa Dr kekal di Hospital Kerajaan dan tak pindah Hospital Swasta?”

Dia jawab dengan petikan al-Quran:

“Masing2 ada pandangan dan sebab untuk pindah atau tak pindah. Saya tersentuh dengan kisah pemilik kebun dalam Al-Quran. Saya belajar dan menjadi pakar bidang ini di hospital kerajaan ketika merawat berbagai pesakit mata yang datang ke sini. Kebanyakan mereka orang biasa dan tidak kaya. Mereka jadi bahan pembelajaran saya. Kalau saya pindah ke Hospital Swasta saya tak lagi merawat mereka. Tiada cara untuk saya menyumbang kepada mereka. Ini pandangan saya Ustaz! Lain orang lain cara fikir.”

Kagum saya! Dr Zabri ni rajin mengaji. Semua kelas Tafsir online saya dia ikuti suami isteri. Saya pernah ulas Tafsir kisah pemilik kebun tersebut dalam sebuah kelas saya. Kisah itu disebut Allah dalam surah al-Qalam 68:17-32.

Saya pun tak perasan bagaimana pelajar dewasa saya boleh apply kisah ini dalam hidup mereka. Ternyata Dr Zabri mengajar saya hari ini cara untuk “menghidupkan” ayat ini dalam kehidupan.

Kisahnya, pemilik asal kebun dalam ayat di atas adalah seorang lelaki dermawan. Setiap tahun beliau akan memberi sedekah yang besar kepada orang miskin di tempatnya sehingga setiap tahun bila tiba hari menuai ramai orang miskin berkumpul mengutip lebihan hasil kebun. Selepas lelaki dermawan ini meninggal, anak2nya mempunyai sudut pandang berbeza. Mereka mahu melipat gandakan hasil kebun dan berniat menyekat bantuan kepada orang miskin. Caranya sangat licik! Mereka mahu keluar awal pagi memetik hasil sebelum kebun warisan itu dikunjungi orang miskin. Mungkin pada zaman ayahanda mereka waktu menuai jam 8 pagi, mereka mahu keluar jam 4 pagi.

Subhanallah! Akhirnya malam sebelum mereka keluar menuai hasil, kebun mereka musnah dilanda ribut taufan membawa api… LICIN HABIS!

Kisah ini menjadi peringatan untuk Dr Zabri agar kekal di Hospital kerajaan di mana beliau boleh terus berbakti kepada golongan bawahan yang mungkin tak mampu membayar kos rawatan di hospital swasta.

Tindakan ini sangat mulia dan seiring dengan pesan Nabi SAW tentang peranan atau fungsi senyap orang bawahan kepada kita:

رَأى سَعْدٌ رَضِيَ اللَّهُ عنْه أنَّ له فَضْلًا على مَن دُونَهُ، فَقالَ النَّبيُّ ﷺ: هلْ تُنْصَرُونَ وتُرْزَقُونَ إلّا بضُعَفائِكُمْ؟!

Ertinya: Sa’ad (bin Abi Waqqas) RA berasa dia punyai kelebihan (fizikal dan harta) berbanding orang lain. Berikutan itu Nabi SAW menegur; “(Janganlah begitu kerana sebenarnya) Kamu tidak mendapat kemenangan dan (limpahan) rezeki melainkan kerana (jasa,doa serta keikhlasan) orang yang lemah dalam kalangan kamu” (Sahih al-Bukhari).

Hebat sungguh ilmu Allah..ada masa yang mengajar pula belajar dari pelajar.

Abdullah Bukhari

29 December 2021.


Tulisan asal dari Facebook Ustaz Abdullah Bukhari: https://www.facebook.com/photo/?fbid=10220815297437642&set=a.1876090947389

Ustaz Abdullah Bukhari

Pensyarah di Jabatan Tilawah al- Quran, Pusat Bahasa, UIAM dan Naib Presiden MURSHID
curi tabung masjid aliff danial sujood

Curi Tabung Masjid

Saya tengok sekarang ini ramai orang susah kena tangkap mencuri duit tabung masjid. Kalau kita fikir banyak kali, kadang-kadang orang yang mencuri ini bukan kerana dia suka mencuri. Tetapi, mereka…
Read more
nabil abas ramadan sujood

10 Malam Terakhir

19 Ramadan 1441H Esok malam bermula 10 malam terakhir. Kawan aku ajar, kita sedekah secara online RM1 setiap malam mudah mudahan diberi ganjaran lailatulqadr. Dapat pahala bersamaan sedekah RM1 setiap…
Read more
Mengapa si mati sujood

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)