oudh palace x sujood

Apa Erti Saya Memakai Tudung

Sekarang ini, banyak betul fesyen pemakaian tudung. Fesyen itu tidaklah mengapa, cuma kita perlu menjawab persoalan,

“Adakah fesyen tudung saya menepati ajaran agama?”

Sehubungan itu, marilah kita sama-sama merenungi firman Pemilik alam ini dalam ayat 31 surah Annur.

وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ

“Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

“Juga difahami sebagai sesuatu yang panjang dan bergerak.”

Apa maksud perkataan وَلۡيَضۡرِبۡنَ?

a- Asalnya ضَرَبَ iaitu memukul. Apa maksud memukul tudung? Kata Biqaie,

وضْعُ الشَّيْءِ بِسُرْعَةٍ وتَحامُلٍ

“Meletakkan sesuatu dengan cepat dan bersungguh.” (Nazm al-Durar)

Seperti orang Kelantan kata, “Pukul gambar.” Ertinya, ambillah gambar bersungguh-sungguh. Jangan main-main.

Seperti firman Allah s.w.t. dalam ayat, ضَرَبَ الله مَثَلًا, iaitu Allah bersungguh-sungguh membuat perumpamaan. Bukan main-main.

b- Dalam bahasa Arab, الضَّارِبُ bermaksud malam yang kegelapannya telah memenuhi pelusuk sehingga menjadi pekat.

Juga difahami sebagai sesuatu yang panjang dan bergerak. (Nazm al-Durar)

Fahamlah kita bahawa memakai tudung itu mesti memanjang menutup bahagian dada, menyeluruh sehingga menutup mata yang nakal dan liar.

c- Lagi, perkataan وَلۡيَضۡرِبۡنَ adalah fiil mudhari` iaitu يَضْرِبْ yang menunjukkan sentiasa. Ertinya, menutup aurat itu sifatnya sentiasa bukannya bermusim dan bertempoh.

d- Huruf lam berbaris mati menurut nahu Arab adalah huruf jazam dan lam al-amr iaitu huruf lam yang bermaksud perintah.

Oleh itu perkataan وَلۡيَضۡرِبۡنَ bolehlah difahami sebagai “dan hendaklah kamu sentiasa betul-betul memakai tudung.”

Bagaimana dengan بِخُمُرِهِنَّ?

Khumur adalah penutup, ia adalah lafaz jamak bagi خِمَار. Yang menariknya adalah huruf ba’ pada awalnya.

Huruf ba’ itu fungsinya ba’ al-ilsaq iaitu menunjukkan sesuatu yang melekat. Melekat dengan apa?

Iaitu melekat dan menutup bahagian dada, bukannya tertonjol ke atas seperti bonggol unta dan bukan terbelit di leher.

Masya-Allah, dengan memahami sedikit perbahasan ini, terpamer begitu besar perintah Allah s.w.t. buat kita semua khususnya kaum wanita.

Boleh rujuk:

Buku Al-Quran yang Telah Didekatkan terbitan Faqih Group

Dapatkan di https://abbascentre.onpay.my/order/form/pbakl26/26

Ustaz Dzul Khairi

Pengarah Urusan Faqih Synergiz
Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.