oudh palace x sujood

Alhamdulillah Masjid Al-Bari’ Sempurna

Masjid Al Bari Melor Kelantan Sujood (1)

Masjid Al-Bari’ yang terletak di Taman Warisan Melor telah siap dibangunkan dan digunakan. Masjid telah siap dan telah mula digunakan selepas Hari Raya Aidil Fitri 2024.

Pada 20 Julai 2024 tempohari, sedikit majlis perasmian telah diadakan.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan kelantan.. boleh tengok lokasi Masjid Al-Bari’ di google map ini:

https://www.google.com/maps?q=5.9749408,102.3202831&z=17&hl=en

Sedikit nota ringkas tentang perasmian masjid tempohari,

  • Majlis Taman Warisan Permatang Pusu Berselawat sempena perasmian Masjid Al-Bari’ Taman Warisan Melor Kelantan. Anjuran bersama Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
  • Majlis perasmian disempurnakan oleh Habib Alwi Bin Abdullah Al Aydrus (Ulama’ Hadhramaut Yaman) dan Baba Mohd Jalaluddin Asayuti Bin Mohamed (Mudir Pondok Muhammadiah Beta Hilir).
  • Aktiviti solat maghrib, solat isya berjemaah, selawat dan sedikit tazkirah dari habib
  • Jamuan disediakan

Semoga masjid ini sentiasa dipenuhi, di-imarahkan oleh penduduk setempat dan orang luar serta memberi rehat kepada mereka yang solat sebagaimana sabda junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. :

Dari Salim bin Abi al-Ja‘d r.a, Rasulullah bersabda:

“Aduhai Bilal, azanlah untuk solat, agar kami beroleh ketenangan daripadanya.” (Sunan Abi Dawud)

Teruskan dan lazimi sedekah kepada Masjid Al-Bari’ di link ini:
https://masjidalbaritamanwarisanmelor.sujood.net/

Semoga sedekah kita menjadi benteng kita dari api neraka dan menyumbangkan pahala yang tidak putus kepada kita kelak.


Beberapa gambar dari awal pembinaan sehingga masjid boleh di guna.

Nik Aiman Nek Abd Rahman

Penduduk Melor, Kelantan
Sedekah dan Dosa.

Sedekah dan Dosa.

Antara kaedah untuk berhenti daripada tabiat dosa ialah dengan bersedekah. Setiap kali melakukan dosa, maka terus bertaubat dan beristighfar lalu diselangi dengan bersedekah. Ada seorang ulama yang bernama ibn Wahab…
Read more
Sedekah yang Berubah-ubah.

Sedekah yang Berubah-ubah.

Karakter orang bertaqwa yang diperincikan Surah Ali ‘Imran membawa nilai yang berbeza-beza. Antaranya, a- Nilai ‘kata kerja.’ b- Nilai ‘kata nama.’ Kita akan melihat 1 contoh ayat al-Quran untuk diperbahaskan.…
Read more
Fungsi Terbaharu di Sujood!

Fungsi Terbaharu di Sujood!

Kini setiap masjid boleh di dermakan secara spesifik tanpa perlu dowload app. Tapi kenapa Sujood buat begini? Sebab kita nak mudahkan proses menderma! Sebelum ini, bagi menderma, kita perlu meng-download…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.