oudh palace x sujood

Lafaz عَسِيرٌ dengan عَسِرٌ

Lafaz عَسِيرٌ dengan عَسِرٌ sujood

Lafaz عَسِيرٌ dengan عَسِرٌ, kesulitan hari kiamat yang menggusarkan.

Kita tidak boleh menafikan, sesulit mana pun kehidupan dunia, tidak akan mampu menyamai kesulitan hidup di akhirat kelak. Untuk bangun di Mahsyar kelak, ia merupakan satu igauan yang amat menakutkan, hatta buat orang-orang soleh sekalipun.

Menurut hadith, para Nabi a.s. turut merasai kesulitan di Padang Mahsyar kelak. Mereka sentiasa bimbangkan keselamatan umat mereka. Cuma selepas itu barulah Allah Taala akan memberikan ketenangan buat para Nabi dan orang-orang beriman yang menepati syarat-syarat-Nya, seperti pemimpin yang adil.

Bagi memahami isu ini, kita akan meneliti dua kalimah yang disebutkan dalam al-Quran iaitu عَسِيرٌ dan عَسِيرٌ.

Kalimah `asir sama ada dieja عَسِيرٌ atau عَسِرٌ, kedua-duanya bermaksud kesulitan, atau kepayahan, atau kesusahan. Kalimah ini adalah antonim dengan kalimah يَسِيرٌ yang bermaksud kesenangan.

Kemusykilan yang timbul ialah,
mengapa al-Quran menggunakan kedua-dua lafaz iaitu dengan ejaan عَسِيرٌ dan عَسِرٌ.

Wujudnya huruf ya’ yang membezakan antara kedua-dua kalimah itu. Adakah wujud perbezaan maksud antara keduanya?

مُّهۡطِعِينَ إِلَى ٱلدَّاعِۖ يَقُولُ ٱلۡكَٰفِرُونَ هَٰذَا يَوۡمٌ عَسِرٌ (😎

“Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar.” (Al-Qamar:8)

فَذَٰلِكَ يَوۡمَئِذٍ يَوۡمٌ عَسِيرٌ (9)

“Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar.” (Al-Muddathir:9)

Surah al-Qamar menggunakan kalimah يَوۡمٌ عَسِرٌ.

Surah al-Muddathir pula menggunakan kalimah يَوۡمٌ عَسِيرٌ.

Apakah beza antara keduanya?

susah untuk menolak motor ust Dzulkhairi Khairi Sujood

Menurut Dr Fadhil al-Samira’i, kalimah عَسِيرٌ ialah kesusahan bagi sebahagian orang, namun tidak susah bagi orang lain. Sebagai contoh, budak kecil mungkin susah untuk menolak motor. Namun, perkara itu boleh dilakukan oleh orang yang sudah besar.

Tapi, kalimah عَسِرٌ ialah perkara yang sulit dilakukan oleh sesiapa pun.

Surah al-Muddathir pula menceritakan keadaan semua orang tanpa berkecuali; mukmin dan kafir. Bezanya, Allah akan meringankan urusan orang beriman. Sehubugan itu, kalimah عَسِيرٌ yang sesuai dalam konteks Surah al-Muddathir.

Ayat dalam surah al-Qamar khususnya menceritakan perihal orang kafir. Kesusahan sangat dirasai oleh mereka. Kesusahan dan kesulitan itu disebut dengan lafaz عَسِرٌ.

Pengajaran:

1- Kita mesti melakukan persediaan untuk menghadapi hari yang menakutkan tersebut dengan memperbanyakkan amal soleh terutamanya amalan yang membolehkan kita untuk dilindungi oleh Allah Taala, seperti bersedekah, banyak zikrullah ketika bersendirian dan menjauhi perbuatan zina.

2- Kesulitan yang dirasai oleh orang kafir di akhirat kelak amat menakutkan. Sehubungan itu, kita mesti menjauhi segala perkara yang boleh mengundang kita kepada kekufuran dan sentiasa menjaga keimanan kita.

Rumusan:

1- Kalimah عَسِيرٌ menunjukkan kesukaran yang bakal dialami oleh seluruh manusia sama ada beriman atau tidak; kemudian Allah Taala akan memberikan keringanan buat orang-orang yang beriman kepada-Nya.

2- Kalimah عَسِرٌ menunjukkan kesukaran yang bakal dialami oleh orang kafir sahaja.

Wallah a`lam.

Rujukan:

Al-Mabni wa al-Ma`na oleh Dr `Abd al-Majid Yasin al-Majid.

Dzulkhairi

Ustaz Dzul Khairi

Pengarah Urusan Faqih Synergiz
Mengapa si mati sujood

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more
surau al ikhwan desa pinggiran putra sujood

Try Bawak Anak Pergi Masjid

Seingat aku. Mula pertengahan tahun lepas, anak dalam gambar ni makin susah dikawal. Tiap anak biasa lah, ada nakal dia. Ada perangai dia. Cuma mereka ni si abg dan kakak,…
Read more
ahmad isa di bumi pakistan ustazah basikal sujood.

Ingat Lagi Cerita Dekat Pakistan?

Saya sendiri pun tak boleh lupa… Macam-macam magic yang berlaku. MasyaAllah Tabarakallah. Tahu tak sebab apa berlaku semua magic tu? Baca sampai habis. . . . Lepas kami keluar dari…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)