oudh palace x sujood

10 Malam Terakhir

nabil abas ramadan sujood

19 Ramadan 1441H

Esok malam bermula 10 malam terakhir. Kawan aku ajar, kita sedekah secara online RM1 setiap malam mudah mudahan diberi ganjaran lailatulqadr. Dapat pahala bersamaan sedekah RM1 setiap hari selama 83 tahun. Fuh. Separuh akhir Ramadan ni, rakaat terakhir witir disunatkan baca qunut. Bila solat witir separuh akhir Ramadan ni, aku teringat satu cerita lama.

Dulu dulu, zaman remaja baru nak naik. Ceritanya aku dengan sorang kawan ni solat terawih sama-sama. Berdua. Gilir-gilir jadi imam. Mula dengan dia imam Isya’. Kemudian aku imam 4 rakaat terawih. Kemudian dia lagi 4 rakaat. Lepas habis 8 rakaat, dia toleh tengok aku. Dia kata, ni dah separuh akhir Ramadan. Sunat baca qunut. Kau bawa boleh? Macam aku cakap, zaman darah muda. Ego tinggi.
Aku cakap, boleh je. Dia undur kebelakang beri laluan untuk aku. Aku bangun siap sedia, dia pesan lagi. Kau baca sabbihis dengan qulya tau. Aku tersentak. Sabbihis atau surah Al-A’la, surah ke 87. Aku rasa macam ok lagi nak baca. Tapi surah yang satu lagi tu, qulya atau surah Al-Kaafirun, surah ke 109. Surah ni macam berhantu. Kadang-kadang tak jumpa jalan keluar. Itu yang merisaukan. Aku fikir sekejap. Oh, aku ingat nak baca surah lain. Cuba berhelah. Alaa, tak feel la witir baca surah lain. Banyak cekadak pulak kawan aku sorang ni. Qunut la, surah la. Ok. Aku iya kan juga. Darah muda kan.

Aku cuba ingat balik nota dalam minda. Ayat tricky dia dekat antum, ana, antum. Lepas antum kedua kena keluar, bagi habis. Ok, I can do this. Aku memang multilingual bila berbicara dalam kepala sendiri. Allaahu Akbar. Takbir diangkat. Rakaat pertama berjalan lancar. Sujud kedua, aku ingat balik. Korang, aku, korang. Antum, ana, antum. Allaahu Akbar. Bangun. Aku tarik nafas. Bismillah dalam hati. Qulyaa…Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil aalamin.. lepas solat, kawan aku lepuk atas belakang. Loghat nak gi mana sampai lupa baca fatihah.

Siot, perasan pulak dia.p/s: Selamat mengejar malam alqadr kawan-kawan.

Nabil Abas

Penolong Pensyarah Matematik,
Multimedia University
Sedekah yang Berubah-ubah.

Sedekah yang Berubah-ubah.

Karakter orang bertaqwa yang diperincikan Surah Ali ‘Imran membawa nilai yang berbeza-beza. Antaranya, a- Nilai ‘kata kerja.’ b- Nilai ‘kata nama.’ Kita akan melihat 1 contoh ayat al-Quran untuk diperbahaskan.…
Read more
Adab-Adab Bersedekah: Tadabbur Juzu’ 3

Adab-Adab Bersedekah: Tadabbur Juzu’ 3

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita banyak bersedekah. Bacalah kata-kata Allah dalam juzu’ 3, tujukan ayat-ayat itu kepada diri kita agar sedekah yang kita lakukan tidak hilang begitu sahaja.…
Read more
Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.