oudh palace x sujood

Kalau sayalah, saya tanam duit tu.

Kalau sayalah, saya tanam duit tu.

“Awak ni cari duit banyak-banyak, macamlah harta boleh bawak masuk kubur?” Biasa dengar dialog ni kan?

Golongan ini takut dijangkiti penyakit terlalu Taasub kepada S satu tiang ($).

###

Siapa kata vitamin S satu tiang ($) tak penting?

Siapa kata harta tak boleh bawak masuk kubur?

Harta dunia jika diselenggarakan sebaiknya, jadikan dia sebagai bekal di sana. Buat macam token kedai dobi. Pengganti syiling. Kat dunia guna jadi Sedekah. Waqafkan kepada jalan kebaikan. Khairat Anak yatim. Banyak lagi kalu nak disebut. Bukankah itu namanya boleh ‘dibawa’ ke sana dalam bentuk pahala?

Kenapa ya, masa kita kecik kita menukar cita-cita setiap hari. Semalam jadi cikgu. Arini jadi ahli bomba. Esok tetiba jadi askar. Lusa jadi angkasawan. Impian lagi besar dari bulan. Nak jadi jutawan.

Dulu kalu orang tanya: kalau awak dapat sejuta ringgit, awak nak buat apa? Pergh… macam-macm jawapan kita bagi. Yang logik. Yang tak jejak bumi nyata. Badan kecik, usia muda tapi impian mega.

Bila menginjak usia, impian tetiba mengecil. Tak seberani dulu. Soalan sama kalau orang tanya sekarang. Duit kalau ada sejuta ringgit, nak buat apa? Saya yakin ramai akan respon dengan mimik muka mencebik. Tak usah mimpi, kata mereka.

Kalau mimpi pun tak berani, dalam hati tak ada rasa, realiti lagi tak boleh gapai dengan jari.

Oklah kita cubalah menjadi realistik sedikit. Jangan tulis 1,000,000. Sesetengah orang takut tengok banyak angka kosong. Takut tersalah titik perpuluhan?

Kita letak 50,000 (50 ribu). Kalau awak ada 50 ribu ringgit Malaysia, apa awak nak buat dengan duit tu? Saya pasti ramai boleh jawab dengan lebih logik. Gi jenjalan. Gi umrah. Buat urusan kawin. Baiki rumah. ..

Bila duit banyak, ada juga yang tersilap mengambus duit. Bila kambus, ia bersemadi di situ. Jangan sesekali tulis: di sini saya tanam harta saya.Nanti ada pencuri datang gali dan tulis semula: Harta awak bukan saya yang ambil.

Kalau sayalah, saya tanam duit tu.

Semai jadi biji benih.

(Yang nak tahu kena pm).

Nanti akan ada orang kata. Dah nak kiamat dah. Tak sempat dah rasa hasilnya. Untuk yang ni, saya bagi satu hadis nabi.

Dari Anas bin Malik ra. Rasulullah :saw bersabda :-

إِنْ قَامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا


“Jika datangnya hari Kiamat sedangkan di tangan kamu ada benih dan mampu di tanam sebelum datangnya kiamat, maka hendaklah kamu tanamnya” [hadith Riwayat Ahmad #12902, al-Bukhari didalam Adab al-Mufrad #479].

Hadith ini menurut al-Haithami – periwayatnya thiqah (dipercayai). Sheikh Shuib al-Arnauth menyebut bahawa sanad hadith ini sahih menurut syarat Muslim.

Tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu.

#projekSsatutiang

#semukfeeling energised.

Dr. Suzana Sulaiman

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab UniSZA
Membasmi Covid 19 Dengan Sedekah dr arif musa sujood

Membasmi Covid 19 Dengan Sedekah

1- Saban hari ke hari, kita duduk menunggu untuk kes Covid menurun, namun apa yang kita tertunggu-tunggu masih belum tiba. Kerajaan pula telah melakukan pelbagai usaha untuk mengekang virus ini,…
Read more
malaikat kenal orang suka sedekah

Malaikat Kenal Orang Suka Sedekah

“Boleh atau tidak memahat nama di langit. Apabila nama terpahat di langit, kita akan dicintai oleh para penghuninya?” Kenyataan ini seakan mustahil dicapai kerana kita sebagai penghuni bumi tak mampu…
Read more
perihal anak perempuan sahib Madyan Sujood

PERBEZAAN WAQAF BOLEH MEMBERI KESAN KEPELBAGAIAN MAKNA

1. Dalam menceritakan perihal anak perempuan sahib Madyan, Allah SWT berfirman: فَجَآءَتۡهُ إِحۡدَىٰهُمَا تَمۡشِي عَلَى ٱسۡتِحۡيَآءٖ قَالَتۡ إِنَّ أَبِي يَدۡعُوكَ لِيَجۡزِيَكَ أَجۡرَ مَا سَقَيۡتَ لَنَاۚ… Bermaksud: “Kemudian salah seorang dari…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)