
Surau Desa Restu bakal dibina di atas Lot 8154-8155, Desa Restu di daerah Sepang, lahir dari impian dan semangat penduduk Desa Restu yang sudah lama mendambakan sebuah surau sendiri. Lebih 10 tahun mereka bersabar, merancang, dan mencari jalan dan akhirnya, impian itu kini semakin hampir menjadi kenyataan.
Surau ini juga diimpikan sebagai pusat perpaduan dikalangan penduduk berbeza jalan dan lorong. Dalam dunia yang serba mencabar, kewujudan sebuah surau yang bukan hanya tempat ibadah tetapi juga pusat pembangunan modal insan dan bakal menjadi simbol kekuatan ukhuwah masyarakat Islam tempatan.
Bermulanya dari Solat Terawih di atas jalan tar beralaskan tikar menjadi pencetus idea Surau Desa Restu.
Pada tahun 2013-2014, suasana Ramadan di Desa Restu mencatat detik istimewa apabila penduduk berpakat menunaikan solat Tarawih berjemaah di atas jalan tar, beralaskan tikar mengkuang dan beratapkan langit, diterangi cahaya bulan, tanpa sebarang kemudahan tetap. Dari sini, tercetuslah tekad untuk memiliki ruang ibadah tetap. Jemaah berkumpul di perkarangan luar rumah Ustaz Asrul Afandi demi berjemaah solat Isyak dan Terawih bersama.
Suasana ini mengingatkan kita betapa ibadah itu bukan hanya pada tempat yang sempurna, tetapi pada hati yang bersungguh-sungguh.
Penubuhan Surau Desa Restu buat Pertama Kali bermula dari rumah kosong di Jalan 3/4 (corner lot)
Alhamdullillah, pada tahun 2014-2016, dengan kasih dan rahmat Allah, penduduk Desa Restu berpeluang menggunakan sebuah rumah kosong di Jalan Restu 3/4 sebagai tempat berkumpul menunaikan solat fardhu berjemaah atas izin daripada tuan rumah. Aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, bacaan Yassin mingguan, kenduri doa selamat kesyukuran dapat dilaksanakan.
Hubungan keakraban sesama penduduk Desa Restu terjalin dengan aktiviti riadah di malam hujung minggu. Rumah ini berfungsi sebagai surau sementara selama dua tahun sebelum dijual kepada pemilik baharu.
Dari rumah kosong berpindah ke Kabin Kontena sebagai Surau Desa Restu Sementara.
Pada tahun 2016-2019, dengan hasil kutipan sebanyak RM 3,000, dua buah kontena terpakai berjaya dibeli oleh penduduk. Walaupun saiznya hanya kecil (8 kaki x 20 kaki), ruang tersebut cukup untuk solat berjemaah (muatan sehingga 25 jemaah). Terletak di Jalan Restu 3/4, kontena ini bukan sahaja dijadikan tempat solat, malah turut dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti komuniti. Anak-anak belajar mengaji di dalamnya, dan kelas pengajian dijalankan saban minggu diketuai oleh Ustaz Asrul Afandi.
Keadaan Kabin Kontena semakin uzur dimamah usia dan tidak lagi sesuai dijadikan Surau Sementara.
Menjelang tahun 2019 sehingga 2023, dengan ketiadaan surau, penduduk berulang-alik ke Surau Kota Warisan dan Masjid KLIA untuk solat berjemaah sejauh lebih 10 km pergi dan balik.
Namun semangat dan kesungguhan mereka tetap utuh. Penduduk tidak berputus asa, malah semakin bersatu dan berazam untuk membina sebuah surau kekal di kawasan Desa Restu.
Tahun 2024, cita-cita dan doa menjadi kenyataan, setiap kejayaan besar bermula dengan langkah kecil. Kini, tapak rasmi surau telah dimiliki. Impian telah berakar. Seorang individu mulia telah mewakafkan 2 lot tanah untuk dijadikan sebagai tapak surau seluas 1,306 meter persegi beralamat di Lot 8154-8155, Desa Restu, 43900 Sepang.
Sebagai inisiatif permulaan, sasaran dana kutipan RM 300,000 dianggarkan untuk membina surau berkapasiti rendah bagi tujuan mempercepatkan proses pembinaan (muatan sehingga 200 jemaah).
Namun, setelah mengambil kira peningkatan ketara dalam kos infrastruktur, bahan binaan, perkhidmatan buruh, dan perbelanjaan logistik serta faktor ekonomi semasa, kos sebenar pembinaan surau kini dipinda kepada jumlah baharu iaitu RM 800,000 dana diperlukan.
Gotong-royong membersihkan tapak Surau dan akses jalan berjaya disiapkan.
Lawatan PAID Sepang ke tapak surau. PAID menyokong projek ini diangkat ke JAIS.
Akad wakaf tanah individu 2 lot berjaya disempurnakan menjadi tanah wakaf.
Majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat diadakan di Musolla Zanas Villa DKlia
Sesi Majlis Libat Urus Surau & Masjid anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sepang
Ustaz Izmir Fareez, bersetuju menjadi Duta Surau Desa Restu melalui pakej TV Al-Hijrah
Promosi pengiklanan dan hebahan melalui pelbagai medium seperti kain rentang & banting
Pemasangan papan tanda rasmi Surau Desa Restu 100 meter dari tapak surau.
KUTIPAN DANA TERKINI
Sehingga 31 Mei 2025, dana terkumpul dianggarkan berjumlah RM 80,000. Dana ini masih jauh dari sasaran, namun hanya dengan izin Allah & sokongan semua pihak, impian ini boleh menjadi kenyataan.
MAKLUMAT PERBANKAN SURAU DESA RESTU
TABUNG DIGITAL DAN WEBSITE SURAU DESA RESTU
PERANCANGAN PEMBINAAN
Surau Desa Restu dirancang untuk mula dibina pada tahun 2026/2027 dengan kapasiti awal menampung sehingga 200 jemaah. Reka bentuk surau ini fleksibel dan boleh dinaik taraf pada masa hadapan menjadi Surau Solat Jumaat, selaras dengan pertambahan penduduk dan keperluan komuniti.
Dengan ketiadaan surau dalam radius 5 km dan pertambahan pesat perumahan baru seperti lima buah pangsapuri dan 500 unit kediaman teres yang dijangka siap menjelang tahun 2028, keperluan terhadap surau ini semakin mendesak. Penduduk berharap agar Surau Desa Restu dapat menjadi pusat ibadah dan komuniti yang memenuhi keperluan rohani dan sosial mereka.
Surau ini dirancang untuk menjadi pusat aktiviti keagamaan dan sosial, termasuk solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat (selepas di naik taraf), Kelas pengajian Al-Quran & Fardu Ain, program motivasi & pembangunan sahsiah serta aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong & sambutan hari Raya Aidilfitri & Aidiladha.
Begitulah 1001 kisah Surau Desa Restu lahir dari secebis impian, disulam dengan harapan, dan disuburkan oleh semangat kebersamaan penduduk. Dari jalan tar, Allah membuka ruang lebih luas. Sebuah rumah kosong di Jalan Restu 3/4 menjadi tempat berteduh pertama. Kemudian datang fasa kontena dua buah kabin kecil hasil kutipan dana penduduk.
Dengan sokongan semua pihak, diharapkan surau ini dapat dibina dan berfungsi sebagai pusat ibadah serta aktiviti keagamaan yang bermanfaat untuk generasi kini dan akan datang. Era Surau Desa Restu kini benar-benar bermula bukan sekadar fizikal bangunan yang bakal dibina, tetapi satu era penyatuan hati, pembangunan insan dan pengukuhan ukhuwah dalam kalangan penduduk yang cintakan agama dan komuniti.
Ya Allah, jadikanlah Surau Desa Restu yang bakal dibina dengan izin-Mu ini rumah ibadah yang hidup dan diberkati. Tempat mendekatkan diri kepada-Mu, tempat anak-anak belajar mengenal-Mu, dan tempat masyarakat bersatu dalam kebaikan. Amin ya Rabbal βAlamin.
Anda boleh bersedekah melalui pelbagai pautan yang telah diberikan atau terus derma dengan menekan link berikut:
π https://suraudesarestu.sujood.net/
π https://suraudesarestu.sujood.net/
π https://suraudesarestu.sujood.net/