Semalam saya berjumpa dengan Ust Shaari bagi meminta pendapat beliau tentang sesuatu perkara.
‘Bagaimana kamu boleh jadi sebegini? Disebabkan selepas membaca sesebuah karya, atau bagaimana?’ soal beliau.
‘Hmm sebab saya sangat sangat suka berkongsi. Tapi saya cuma tidak suka berkongsi kuih semperit ‘ jawab saya. (bab semperit tu saya sebut dalam hati je. Hehe)
Dan sebenarnya saya menerima banyak soalan begini. Terkadang saya sendiri tidak tahu,ia seolah datang sendiri. Tapi apa yang saya percaya, ia kerana Tuhan sedang memakbulkan doa ayah saya di kota Mekah suatu masa dulu.
Tahun 2011 yang lalu,
Saya menelefon ummi dalam keadaan menangis teresak esak seperti anak kecil yang kelaparan mahukan susu ibunya.
‘Ummi, akak taknak hafal Al Quran dah’ luah saya.
Ummi terus memujuk saya ,beri kata kata semangat agar saya meneruskan perjalanan ini. (sedih pula rasanya) Seminggu selepas itu, ayah mengirimkan sepucuk surat pada seorang pakcik saya yang datang ke MRSM Gemencheh kerana ada tugasan.
Image via @mrsmgemencheh (Instagram)
Di dalam surat itu, ayah beri saya harapan. Ayah berkongsi doanya di kota Mekah suatu masa dulu dan di antaranya, ayah minta agar Tuhan memilih saya menjadi manusia yang bermanfaat pada orang lain. Tiap kali saya baca surat ini, pasti akan tumpah air mata ini pada surat kecil itu. Saya masih simpan di dalam Al Quran saya, namun tulisannya sudah mengembang sebab banyak kali menangis di atasnya. (nanti saya post,kalau nampak jelas tulisannya)
Ia mengingatkan saya pada satu ayat Al Quran,
Allah Jalla wa ‘Alaa berfirman:
“Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri” (QS. Al-Isra:7)
Kebaikan yang hari ini sedang kita usahakan, adalah untuk diri kita sendiri kerana di akhirat kelak,ia lah yang akan membantu kita.
Kenapa mesti takut untuk berbuat kebaikan?
Kalaupun manusia tidak memandang pada apa yang kita buat,biarkan kerana kehidupan kita bukan untuk mereka. Lihat bagaimana perjalanan Rasulullah, apakah perjalanan baginda dibentang dengan karpet merah? Dipuji? Disanjung? Tidak! Tetapi kenapa baginda meneruskan perjuangan ini? Kerana percaya pada janji janji Tuhan.
Hari ini,
Bilamana kita nak bersedekah,kita takut menjadi asbab duit itu berkurangan. Kenapa ? Sebab kita cuma tahu yang sedekah ini banyak ganjaran,tetapi kita tidak meyakini dan kerana itulah pada surah Al Baqarah ayat kedua, Allah berfirman.
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah:2)
Tetapi tanda sedar,banyak hal yang kita ragukan.
Dan saya sangat mengidola Arwah As Syahid Ahmad Ammar. Seorang yang sangat dikenali selepas kematiannya. Saya mahu begitu. Saya mahu setiap tulisan,perkongsian saya hidup biarpun jasad saya sudah mati. Begitulah.
Boleh kongsikan idola kalian?
Saya mahu ikuti cerita mereka.
Syaurah Ishak,
Sangat sukaa berkongsi + kuih semperit
Ikuti perkembangan terkini & acara-acara baharu oleh Nasyrah Consultant di: https://www.nasyrahconsultant.com/