oudh palace x sujood

Sujood Sekarang Mempunyai Liputan Di Seluruh Negara!

Alhamdulillah pada tanggal 12 Jun 2024, Sujood sekarang meluaskan capaian kepada kesemua negeri dan wilayah persekutuan di dalam Malaysia!

Pada 24 Mei 2024 yang lepas, jumlah pendermaan yang berlaku melalui platform Sujood, samada di apps atau di web, sudah melintasi jumlah RM 500,000.00 atau setengah juta ringgit! Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Segala puji hanya layak untuk Allah.

Sedekah yang telah disumbangkan kepada masjid atau surau dari seluruh Malaysia merangkumi surau sekolah, surau jumaat, surau orang asli, surau jumaat, masjid universiti, masjid institusi dan lain-lain.

Sudah tentu masih lebih banyak boleh diperbaiki dan ditambah baik, akan tetapi bermula lebih baik dari kekal lembap (stagnant). Kebiasaan (habit) itu bermula dengan penambah baikan yang sedikit tetapi berterusan. Kami berharap dan akan terus berusaha untuk memastikan masjid serta surau di Malaysia boleh di kawal urus sebaik mungkin, tiada penyelewengan wang ringgit dan kuasa, tulus serta bersih dan semoga rakyat Malaysia termasuk kami di Sujood sendiri mengimarahkan masjid setiap masa..setiap waktu.

Ayuh! Kita rehat bila kita sudah tiada!

Abu Musa

Bercita-cita untuk menjadi ahli jemaah masjid setiap kali waktu solat fardhu
Sujood Aplikasi Derma Masjid 8

Kolaborasi dengan Kartunis Ahmed Fani

Pada 27 Mei 2021, kami telah hubungi pihak Ahmed Fani untuk berkolaborasi dengan beliau. Bagi kami, desain serta grafik yang telah di pamerkan selama ini sesuai dengan imej yang kami…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)