
Tahukah kita bahawa ketika kita membaca surah al-Fatihah, Allah akan menjawab pada setiap ayat yang kita baca?
Tidak percaya? Baca hadis di bawah:
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
« قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: قَسَمْتُ الصّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ:
Allah berkata: Aku telah membahagikan solat kepada dua bahagian di antara aku dan hamba ku. Untuk hambaku apa sahaja yang dia minta. Apabila seseorang membaca:
﴿الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ ﴾، قَالَ اللهُ: حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ:
Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam. Allah s.w.t akan menjawab: “Hamba aku sedang memuji aku.” Apabila dia membaca:
﴿الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ﴾، قَالَ اللهُ: أَثْنى عَلَيَّ عَبْدِي، فَإذَا قَالَ:
Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Allah menjawab : “Hamba aku mengagungkan aku”. Apa dia membaca:
﴿مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴾، قَالَ اللهُ: مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً: فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ:
Yang Menguasai hari pembalasan. Allah menjawab : “Hamba aku mengagungkan aku”. Allah berkata lagi: “Hamba aku telah menyerahkan segala (urusannya) kepada aku”. Apabila seseorang itu membaca:
﴿إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾، قَالَ: هذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ:
Hanya Engkau sahaja yang kami sembah, dan hanya Engkau sahaja kami pohon pertolongan, Allah s.w.t menjawab : “Inilah dia antara aku dan hamba ku. Untuk hamba ku apa sahaja yang dia minta”. Apabila seseorang itu membaca:
﴿اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ – صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّينَ ﴾، قَالَ اللهُ: هذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ»
Tunjukkan kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang yang engkau beri nikmat dan bukan jalan orang yang Kau Murkai dan bukan jalan orang yang sesat. Allah menjawab: Inilah untuk hamba ku, dan untuk hamba ku apa sahaja yang dia minta. [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no : 395]
Ini menunjukkan salah satu nama surah al-Fatihah ialah As-Solat.
Semoga ini membantu kita membaca Al-Fatihah dengan penuh ‘feeling’.