oudh palace x sujood

Bagaimana kita nak tahu yang ibadah kita sepanjang bulan Ramadan itu diterima oleh Allah SWT ?

Bagaimana kita nak tahu yang ibadah kita sepanjang bulan Ramadan itu diterima oleh Allah SWT fahmi rusli sujood

Biasa orang bangkitkan persoalan, bagaimana kita nak tahu yang ibadah kita sepanjang bulan Ramadan itu diterima oleh Allah SWT ?

Ia lebih kurang sama dengan beberapa persoalan berikut,

Bagaimana nak tahu yang taubat kita diterima ?

Bagaimana nak tahu yang ibadah haji dan umrah kita diterima ?

Jawapan bagi semua persoalan ini adalah hampir sama, iaitu :

Sekiranya selepas Ramadan seseorang itu masih meneruskan amal ibadah yang dia lakukan sepanjang bulan Ramadan, itu petanda jelas yang ibadahnya di bulan Ramadan telah diterima oleh Allah SWT.

Sekiranya keadaan seseorang itu selepas bertaubat menjadi lebih baik berbanding keadaan dirinya sebelum bertaubat, itu petanda jelas yang taubatnya telah diterima oleh Allah SWT.

Sekiranya seseorang itu sekembalinya dari haji dan umrah menjadi lebih baik dari dirinya sebelum mengerjakan haji dan umrah, itu petanda jelas yang ibadah haji dan umrahnya telah diterima oleh Allah SWT.

Inilah yang disebutkan oleh Al-Imām Al-Hāfiz Ibn Rajab Al-Hanbali رحمه الله (w. 795 h.) :

ثواب الحسنة الحسنة بعدها، فمن عمل حسنة ثم أتبعها بحسنة بعدها، كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى

Terjemahan : Ganjaran bagi kebaikan adalah melakukan kebaikan sesudah kebaikan. Sesiapa yang melakukan kebaikan, kemudian dia ikuti dengan pelaksanaan kebaikan selepasnya, maka yang demikian itu merupakan petanda diterimanya kebaikan yang pertama.

Namun sekiranya ibadah sepanjang Ramadan ditinggalkan setelah berlalunya Ramadan,

Keadaan diri selepas taubat menjadi lebih buruk dan teruk berbanding sebelum bertaubat,

Keadaan diri selepas pulang dari haji dan umrah menjadi lebih buruk dan teruk berbanding sebelum mengerjakan haji dan umrah,

Ini semua petanda yang amalan seseorang itu tidak diterima. نعوذ بالله من ذلك.

Kata Al-Hāfiz Ibn Rajab Al-Hanbali :

كما أنّ من عمل حسنة، ثم أتبعها بسيئة، كان ذلك علامة ردّ الحسنة وعدم قبولها

Terjemahan : Sebagaimana seseorang yang melakukan kebaikan, kemudian dia mengikutinya dengan melakukan kejahatan, yang demikian itu merupakan petanda ditolaknya kebaikan yang dia lakukan serta petanda tidak diterimanya ia di sisi Tuhan.

Rujuk Latā’if Al-Ma’ārif, Ibnu Rajab Al-Hanbali (Halaman 388)

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

Muhammad Fahmi Rusli

Pegawai Hal Ehwal Islam,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
geng subuh macam jumaat sujood (4)

Geng Subuh Macam Jumaat

Cover image via Hamizan Zulkifli (Facebook) Rezeki kali ni dapat dengar secara direct perkongsian Ustaz Mohammad Yaakub Yusra tentang journey #gengsubuhmacamjumaat sampai ke tahap sekarang. Alhamdulillah, usaha yang memerlukan komitmen…
Read more
curi tabung masjid aliff danial sujood

Curi Tabung Masjid

Saya tengok sekarang ini ramai orang susah kena tangkap mencuri duit tabung masjid. Kalau kita fikir banyak kali, kadang-kadang orang yang mencuri ini bukan kerana dia suka mencuri. Tetapi, mereka…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)