oudh palace x sujood

5 Hikmah dan Renungan Ayat Puasa (Tadabbur al-Baqarah 183–187)

5 Hikmah dan Renungan Ayat Puasa Tadabbur al Baqarah 183 18 7 sujood dot net dr muhaimin

1. Taqwa ialah tujuan utama ibadah puasa

Ayat pertama berkaitan puasa tidak dimulakan dengan huraian hukum, tetapi dimulakan dengan penjelasan tujuan berpuasa iaitu (لعلّكم تتقون). Apa yang menarik, ayat pertama (183) dimulakan dengan sebutan taqwa dan ayat terakhir berkaitan puasa juga (ayat 187) diakhiri dengan taqwa (كذلك يبين الله آياته للناس لعلهم يتقون). Justeru, lapar dan dahaga dalam berpuasa adalah wasilah, di mana hasil akhirnya ialah hati yang lebih sedar akan kehadiran Allah SWT, lebih terkawal syahwat, dan lebih berhati-hati dengan dosa.

2. Pensyariatan yang sama dengan umat terdahulu

Lafaz (كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ) memberi kesan kepada psikologi tarbawi dalam pensyariatan ibadah puasa. Menurut Ibn Ashur, apabila puasa turut diwajibkan ke atas umat terdahulu, umat Islam merasakan beban taklif puasa ini lebih ringan, kerana sedar kewajipan ini juga telah ditaklifkan ke atas umat-umat sebelumnya.

3. Hari-hari yang sedikit (أيامًا معدودات)

Lafaz (أيامًا معدودات) yang bermaksud ‘beberapa hari yang tertentu’ menggambarkan tempoh yang singkat. Ibn Ashur dan al-Razi menjelaskan kalimah (معدودات) bermaksud sesuatu yang sedikit dan boleh dihitung satu persatu. Hakikatnya, Allah SWT boleh sahaja menjelaskan tempoh puasa sebagai sebulan (شهر) di dalam ayat ini, namun penggunaan istilah “hari-hari yang dihitung” menzahirkan rahmat dan keringanan dalam pensyariatan. Justeru, secara psikologi, lafaz ini lebih menenangkan jiwa kerana tempohnya terasa dekat, singkat dan mudah dilalui, bukan beban yang panjang.

4. Ramadhan bulan wahyu, bukan sekadar ibadah fizikal

Dalam ayat 185, apabila disebut lafaz (شَهۡرُ رَمَضَانَ), ia terus disusuli dengan (أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ). Penggandingan ini menunjukkan bahawa identiti Ramadhan bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi ia juga bulan turunnya wahyu al-Quran. Malah, Ramadhan ialah satu-satunya bulan yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan sebutannya dikaitan dengan al-Quran. Justeru, berpuasa sahaja tanpa membaca sebanyak mungkin al-Quran sebenarnya telah kehilangan roh sebenar Ramadhan.

5. Keagungan doa dalam Ramadhan

Di tengah rangkaian ayat puasa, Allah SWT menyelitkan ayat berkaitan doa (ayat 86), iaitu (وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ). Ayat ini hadir tanpa kalimah (قل) iaitu tiada arahan kepada Nabi SAW untuk menyampaikan jawapan, berbeza dengan ayat-ayat yang mengandungi pertanyaan lain seperti (يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَهِلَّةِۖ قُلۡ هِيَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّۗ) dan (يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٞ كَبِيرٞ).

Menurut al-Razi, susunan ayat tanpa kalimah (قل) seolah-olah Allah SWT berfirman kepada hamba-Nya: “Engkau memerlukan perantaraan dalam hal lain, tetapi ketika berdoa, tiada perantara antara-Ku dan engkau”. Dalam menjelaskan kedudukan ayat ini, Ibn Ashur menyatakan doa orang yang berpuasa amat mustajab, bulan Ramadhan ialah bulan yang doanya diharapkan mustajab, dan dianjurkan untuk berdoa pada penghujung setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Kesimpulannya, puasa bukan sekadar menahan lapar, tetapi untuk membina taqwa dan hati yang lebih dekat dengan Allah SWT. Pensyariatan puasa sebagaimana umat terdahulu, dalam tempoh hari-hari yang boleh dihitung menunjukkan rahmat Allah SWT. Ramadhan bukan hanya bulan berpuasa, tetapi juga bulan turunnya al-Quran, dan bulan di mana doa amat mustajab.

Selamat berpuasa.

Dr Abd Muhaimin Ahmad

Senior Lecturer,
Faculty of Quranic and Sunnah Studies,
Universiti Sains Islam Malaysia
Apabila kematian ibu bapa…

Apabila kematian ibu bapa…

Adakalanya kita sebagai anak-anak dikelabui dengan perasaan kasih dan sayang, cinta, emosi, lalu kita cuba ber’khidmat’ kepada ibu bapa yang sudah tiada dengan pelbagai cara.. Ada yang cuba menzahirkan kasih…
Read more
Yang Paling Terbaik Antara Yang Terbaik

Yang Paling Terbaik Antara Yang Terbaik

Islam itu sungguh indah dan sempurna. Ajarannya sudah lengkap meliputi segenap aspek kehidupan. Malangnya, amat sedikit yang menyedarinya dan mengambil kelebihan dari ajarannya. Di sini terdapat beberapa contoh ajaran Islam…
Read more
Kalau sayalah, saya tanam duit tu.

Kalau sayalah, saya tanam duit tu.

“Awak ni cari duit banyak-banyak, macamlah harta boleh bawak masuk kubur?” Biasa dengar dialog ni kan? Golongan ini takut dijangkiti penyakit terlalu Taasub kepada S satu tiang ($). ### Siapa…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.