oudh palace x sujood

Masjid dari Kelantan di Apps Sujood

masjid di negeri kelantan dalam apps sujood

Kali ini kita cuba kira ada berapa masjid/surau dari bumi serambi mekah ada di apps Sujood. Sekali tengok, numbers dia macam ok. Bukan satu, bukan dua lah. Ada lah beberapa. Ok jom kita bilang. Jika kita ke apps Sujood, bila kita pilih Kelantan sebagai negeri pilihan kita akan nampak masjid/surau yang tersenarai.

https://sujood.net/wp-content/uploads/2022/12/masjid-di-kelantan-dalam-apps-sujood.mp4

Umum diketahui, negeri kelantan mempunyai 10 buah jajahan. Jajahan ni kalau di negeri lain selalunya kita sebut daerah lah, tapi di kelantan dan artikel ini akan guna terminologi jajahan. Admin senaraikan 10 jajahan tu terlebih dahulu.

  1. Jajahan Kota Bharu
  2. Jajahan Pasir Mas
  3. Jajahan Tumpat
  4. Jajahan Pasir Puteh
  5. Jajahan Bachok
  6. Jajahan Kuala Krai
  7. Jajahan Machang
  8. Jajahan Tanah Merah
  9. Jajahan Jeli
  10. Jajahan Gua Musang

Ok sekarang kita dah tahu apa 10 jajahan tu, admin senaraikan pula jajahan-jajahan yang mempunyai masjid/surau di dalam nya.

1.Jajahan Tumpat
1. Masjid Mukim Wakaf Bharu
https://masjidmukimwakafbharu.sujood.net
2. Madrasah As-Saadah, Pasir Pekan
https://madrasahassaadahpasirpekan.sujood.net

2. Jajahan Kota Bharu
1. Masjid Jambu Merah (Masjid Al-Mukminin), Melor
https://masjidjambumerah.sujood.netn
2. Masjid Haji Abdullah, Kg. Pak Badol
https://masjidhajiabdullahpakbadol.sujood.net
3. Masjid Mukim Seterpa, Banggu
https://masjidmukimseterpabanggu.sujood.net

3. Jajahan Jeli
1. Masjid An-Nur, Kg. Gunung Reng, Jeli
https://masjidannurjeli.sujood.net

4. Jajahan Machang
1. Masjid Mukim Lalang Luas, Labok
https://masjidlalangluas.sujood.net

5. Jajahan Pasir Mas
1. Masjid At-Taqwa, Kg. Gual Tualang
https://masjidtaqwagualtualang.sujood.net

Wah dah ada lapan Masjid/Surau dari negeri kelantan rupanya. 8 rumah ibadah dari 5/10 jajahan. boleh tahan. Jajahan yang belum ada wakil ialah jajahan Pasir Puteh, Gua Musang, Bachok, Kuala Krai, dan jajahan Tanah Merah. Kesian dekat masjid dari sana tidak dapat menerima sumbangan atas talian melalui platform Sujood.

Kita sebagai pengguna, lazimi lah dalam menderma. Khutbah Jumaat sebentar tadi bertajuk Proses Pengiraan Pahala Dan Dosa Di Padang Mahsyar, di dalam khutbah tersebut ada disebut hadis nabi tentang adanya 7 golongan yang akan mendapat perlindungan daripada siksaan padang mahsyar. Salah satu dari golongan itu ialah:

‘Seseorang yang bersedekah dan tidak diketahui oleh orang lain.’

Korang boleh tengok teks khutbah yang dibacakan sebentar tadi disini:

https://www.e-maik.my/v2/index.php/e-khutbah

Ini apa yang admin dengar ketika khutbah jumaat sebentar tadi. Kebetulan minggu ini admin solat jumaat di Kelantan. Jadi, at any time, bila bila teringat tentang padang mahsyar dan sebagainya ni, bukalah apps tu dan derma lah. Seringgit pon tak apa, RM 1000 pon tak apa. Orang tak tahu tak apa. orang ingat kita main media sosial pon tak mengapa. Sebab kita derma, yang penting, Allah tahu.

Akhirat nanti, ini lah antara amal kita yang boleh jadi bantu kita. Bantu kita dari azab yang pedih, siksaan yang menakutkan, buat kita boleh bergerak dengan pantas di titian siratul mustaqim. Kerana amalan ini, antara kita dan tuhan kita Allah sahaja.

Kita doakan kita semua di jadikan dari gologan yang Allah melindungi selepas kita ditidurkan nanti. Allahumma Aameen.


Hadis nabi tentang 7 golongan yang mendapat perlindungan dari Allah:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ في ظِلِّهِ، يَومَ لا ظِلَّ إلَّا ظِلُّهُ: الإمَامُ العَادِلُ، وشَابٌّ نَشَأَ في عِبَادَةِ رَبِّهِ، ورَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ في المَسَاجِدِ، ورَجُلَانِ تَحَابَّا في اللَّهِ اجْتَمعا عليه وتَفَرَّقَا عليه، ورَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وجَمَالٍ، فَقَالَ: إنِّي أخَافُ اللَّهَ، ورَجُلٌ تَصَدَّقَ، أخْفَى حتَّى لا تَعْلَمَ شِمَالُهُ ما تُنْفِقُ يَمِينُهُ، ورَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ.

dari Abu Hurairah, Sahih Bukhari
check hadis dari sini: https://dorar.net/hadith/sharh/6991

Abu Musa

Bercita-cita untuk menjadi ahli jemaah masjid setiap kali waktu solat fardhu
Mengapa si mati sujood

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya..

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉. {𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒏𝒂𝒇𝒊𝒒𝒖𝒏: 10} Kenapa…
Read more
Sujood Aplikasi Derma Masjid 8

Kolaborasi dengan Kartunis Ahmed Fani

Pada 27 Mei 2021, kami telah hubungi pihak Ahmed Fani untuk berkolaborasi dengan beliau. Bagi kami, desain serta grafik yang telah di pamerkan selama ini sesuai dengan imej yang kami…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)