oudh palace x sujood

Kenapa Derma Masjid?

kenapa masjid sujood

Umum kita ketahui bahawa masjid lah tempat kita pergi menunaikan ibadat seperti solat berjemaah, solat jumaat, hari raya dan sebagainya. Tapi tahu kah kita bahawa mereka yang melazimi ke masjid boleh dianggap sebagai orang yang beriman?

Firman Allah SWT yang bermaksud:              

Maksudnya: “Hanya orang yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah”.

Masjid pernah menjadi satu institusi yang dipandang tinggi suatu ketika dulu. Dahulu, ia merupakan pusat pentadbiran, pusat dakwah, pusat halaqah ilmu dan macam-macam lagi. Boleh jadi bila kita kerap ke masjid kita akan kenal lebih ramai jiran tetangga kita kerana sudah tentu yang akan melazimi ke masjid taman kita ialah jiran-jiran kita.

Sujood ingin membantu kearah menjadikan masjid sebagai pusat sebegini. Ternyata, duit sahaja tidak akan menjamin bahawa sesuatu masjid/surau itu akan jadi lebih proaktif dalam memakmurkan masjid tersebut, tetapi dengan sedikit pelaburan akhirat yang kita buat untuk masjid/surau di taman kita, kita sendiri akan menjadi lebih cakna tentang apa usaha yang masjid di taman kita lakukan sehingga hari ini. Kita akan mula cari facebook page masjid tersebut, cari siapa pengerusi dan bendahari, intai dan tengok papan iklan jika pihak masjid ada war-war atau nyatakan berita2 baharu. Semoga semua usaha kita untuk merapatkan diri kepada Allah ini juga menjadikan kita insan yang lebih baik dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Abu Musa

Bercita-cita untuk menjadi ahli jemaah masjid setiap kali waktu solat fardhu
Ubudiyah, Mas’uliyyah, & Itqan

Ubudiyah, Mas’uliyyah, & Itqan

Sebagai Muslim; Kita tahu kelebihan sedekah. Dan, tak perlulah kita bisingkan mekanisme sedekah yang orang lain buat. Kita suka bersedekah. Tidak perlulah kita padamkan pahala sedekah itu dengan menunjuk dan…
Read more
Sedekah Rahsia Atau Terbuka?

Sedekah Rahsia Atau Terbuka?

Memberi sedekah secara rahsia adalah lebih baik disisi Allah daripada menampakkan kepada orang ramai. Tetapi kalau kamu menampakkan infaq sedekah dan kamu keluarkan zakat-zakat kamu itu dan orang semua tahu, elok ke…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.