oudh palace x sujood

Ubudiyah, Mas’uliyyah, & Itqan

Islam sebagai penyelamat, sebagai penyejuk, sebagai penyelesaian, sebagai sumber keamanan

Sebagai Muslim; Kita tahu kelebihan sedekah. Dan, tak perlulah kita bisingkan mekanisme sedekah yang orang lain buat. Kita suka bersedekah. Tidak perlulah kita padamkan pahala sedekah itu dengan menunjuk dan mencaci penerima sedekah. Terangkanlah secara baik siapakah yang sepatutnya menerima sedekah. Kita bersetuju orang yang membenci anjuran Islam untuk bersedekah itu mereka tidak mengetahui kelebihan sedekah. Maka, saat mereka dibuka ruang dan peluang untuk merasai hebatnya pelan ekonomi dari Allah ini, berilah ruang dan masa, bukan maki dan cerca.

Kita rindukan masyarakat madani, baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur, negara berkebajikan, Malaysia Sejahtera, ada juga yang mahu bina kembali negara. Maka disini dan sekaranglah peluang untuk kita sebarkan kebaikan Islam sebagai penyelamat, sebagai penyejuk, sebagai penyelesaian, sebagai sumber keamanan. Kita bina kembali Malaysia, bina kembali Negara dengan slogan Membangun Bersama Islam.

Dengan motto Ubudiyah, Mas’uliyyah, dan Itqan. Ubudiyah sebagai dasar pengabdian diri setiap manusia sebagai hamba Allah dalam apa jua tindakan dan amalan kerja. Mas’uliyyah sebagai dasar kebertanggungjawaban atas segala kerja buat kita yang akan dibentangkan kembali, di audit kembali dan dihisab kembali di Akhirat nanti, melainkan mereka yang terpilih VVIP tidak dihisab. Itqan sebagai dasar kesungguhan kerja, tekun dan melakukan sebaik mungkin segala kerja, tindakan, tutur kata, pergaulan dan menunaikan hak-hak yang perlu ditunaikan dengan penuh pengabdian diri kepada Allah dan takut akan kira-kiraNya tentang segala yang dipertanggungjawabkan.

Semoga dari tulang sulbi mereka itu akan terus lahir generasi pembela kebenaran yang lebih ramai dan bermanfaat. Pasti, akan tiba masanya. Sekalipun cahayaNya mahu dipadamkan oleh sekalian yang tidak mengetahui. Fajar Islam pasti menyingsing. Bulan ini belum tentu akan kita bertemu lagi tahun hadapan. Sampaikanlah walaupun satu ayat. Teruskan melangkah dalam keberkatan dan redha Allah.

M. Nuruddin Muhammad

Guru Al-Quran & Pendakwah
apabila kematian ibu bapa sujood

Apabila kematian ibu bapa…

Adakalanya kita sebagai anak-anak dikelabui dengan perasaan kasih dan sayang, cinta, emosi, lalu kita cuba ber’khidmat’ kepada ibu bapa yang sudah tiada dengan pelbagai cara.. Ada yang cuba menzahirkan kasih…
Read more
curi tabung masjid aliff danial sujood

Curi Tabung Masjid

Saya tengok sekarang ini ramai orang susah kena tangkap mencuri duit tabung masjid. Kalau kita fikir banyak kali, kadang-kadang orang yang mencuri ini bukan kerana dia suka mencuri. Tetapi, mereka…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)