oudh palace x sujood

Mengurus Dengan Taqwa

susun minyak wangi azizul azli sujood

Cover image via Azizul Azli Ahmad (Facebook)

Di Kedah, rumah bonda saya dekat dengan Masjid Sharifah Fatimah . Kurang 1 km jaraknya dari rumah. Seboleh mungkin saya akan solat disini.

Masjid ini sangat sistematik susun atur kekemasannya. Bagus tak bagus kita dapat lihat dia susun minyak wangi buat kegunaan jemaah.

Dari botol besar sampai kecil tersusun kemas dan ikut turunan.

Benda kecil begini diuruskan dengan baik, apatah lagi benda besar saya kira.

Jika kita pernah ziarah masjid Nabawi dan masuk rasa wangi sahaja, masjid ini juga jika tuan puan masuk akan rasa dan bau wangi.

Image via Azizul Azli Ahmad (Facebook)

Saya tak pasti apakah memang disembur pewangi atau semulajadi wangi.

Bulan lepas waktu balik ziarah bonda kebetulan hari jumaat, saya bawa anak lelaki solat jumaat disini.

Semua jawatankuasa masjid berjubah putih dan bersampin sambut jemaah datang masjid.

Mereka berada dalam susunan bantu tunjuk tempat jemaah letak sejadah, dari saf depan sampai saf belakang dan hingga atas masjid.

Banyak kelebihan dan kebaikan masjid ini yang tak mampu saya senaraikan. Beruntunglah jemaah sekitar sini.

Masyallah kagum

Ada banyak aktiviti masjid ini yang saya kagum termasuklah koperasi masjid yang sediakan Halal Mart di kawasan masjid.

Jika hartanah sifo sifo sebok kelas hartanah dengan gred A, B dan C

Saya kelaskan pengurusan dan jemaah masjid ini dengan gred AAA. Mereka sangat teliti dan bagus dalam mengurus sebuah masjid.

Tahniah Pengurusan Masjid Sharifah Fatimah.

#TabungMasjid

Azizul Azli Ahmad


Jangan lupa untuk dapatkan buku-buku dari Dr. Azizul Azli di rumahbuku.my

Azizul Azli Ahmad

Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar
Islam sebagai penyelamat, sebagai penyejuk, sebagai penyelesaian, sebagai sumber keamanan

Ubudiyah, Mas’uliyyah, & Itqan

Sebagai Muslim; Kita tahu kelebihan sedekah. Dan, tak perlulah kita bisingkan mekanisme sedekah yang orang lain buat. Kita suka bersedekah. Tidak perlulah kita padamkan pahala sedekah itu dengan menunjuk dan…
Read more

5 level berbuat baik kepada ibu bapa.

Hari ini saya baru mengerti, bahawa ada lima level berbuat baik kepada ibu bapa. Sangka saya, level ihsan (layanan terindah) merupakan level tertinggi, rupanya bukan. Ada lagi level lebih tinggi…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)