oudh palace x sujood

Semoga Allah jadikan kita orang yang tidak meminta-minta

Semoga Allah jadikan kita orang yang tidak meminta-minta Sujood

Salam Jumaat sahabat sekalian.

Semoga Allah jadikan kita orang yang tidak meminta-minta, rasa cukup dan sabar seperti sahabat Nabi dua beradik ini.

Abu Said al-Khudri menceritakan, “Dahulu kami pernah kelaparan yang tidak pernah kami alami pun baik semasa jahiliah mahupun semasa Islam. Ketika itu saudaraku Furaiah berkata kepadaku, “Pergilah meminta daripada Rasulullah. Demi Allah Baginda tidak akan mengecewakan orang yang meminta.

Nanti awak akan dapat sama ada Nabi memang ada sesuatu lalu Baginda berikan kepada awak. Atau tidak pun kalau Nabi tidak punya apa-apa, Baginda akan minta orang lain; ‘bantulah saudaraku ini.’ Mana-mana pun tidak kisahlah.”

Selepas itu ketika aku sampai di masjid -yang ketika itu masjid tidak ada dinding lagi- aku pun terdengar suara Rasulullah. Nabi sedang berkhutbahlah. Ucapan Baginda pertama yang aku dengar ialah ‘sesiapa yang menjaga maruah (daripada meminta sedekah), Allah pasti akan menjaganya…”

Lalu aku pun duduk mendengar khutbah Nabi. Usai khutbah, aku pun pulang. Sampai di rumah, Furaiah ketika itu bergerak dengan bersandar pada hujung-hujung dinding kerana sangat lapar. .Setelah melihat aku tidak bawa apa-apa, dia berkata, “tak dapat apa-apa? Demi Allah Nabi tidak pernah mengecewakan orang yang meminta!’.

Lalu aku pun menyampaikan kepadanya ucapan Nabi yang aku dengar. Selepas itu dia tanya lagi, “Jadi awak minta dengan Nabi atau tidak selepas itu?’ Aku menjawab tidak. Lantas dia menjawab, “Bagus!’

Keesokan hari, aku dalam keadaan paling letih. Tiba-tiba aku terjumpa di bawah tembok beberapa keping dirham. Akhirnya kami membeli dengannya dan dapat makan.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Dalai’il al-Nubuwah, 6/290). Dalam riwayat lain ada tambahan bahawa Abu Said tidak pernah meminta daripada sesiapapun sejak saat itu sehingga beliau wafat.

Pada hari ini kita sangat perlukan moto hidup ini.


Untuk mendapatkan buku-buku karya Ustaz Luqman Makhtar, boleh beli di sini:

Buku Madinah Takkan Rebah : https://lidimedia.onpay.my/order/form/baruterbitmadinahtakkanrebah

Buku Asam Garam 2, Romantiknya Rumah Tangga Nabi : https://lidimedia.onpay.my/order/form/asamgaram2

Untuk mendapatkan buku-buku lain dari Ustaz Luqman Makhtar, bolehlah tuan-tuan dan puan-puan ke link ini: https://t.me/ustazluqmanmakhtarmenulis/660

Muhammad Luqman Makhtar

Penulis Buku & Pendakwah Bebas
Jumlah Masjid & Surau di Malaysia

Jumlah Masjid & Surau di Malaysia

Pada 30 Januari 2017, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan satu post di Facebook berkenaan jumlah masjid & surau di Malaysia setakat Disember 2016. Taburan jumlah Masjid dan…
Read more
12 Surau di Presint 11, Putrajaya

12 Surau di Presint 11, Putrajaya

Updated On: 2 June 2025 Umum diketahui bahawa Putrajaya mempunyai 20 Presint dan presint terbesar di Putrajaya (setahu admin lah) yang padat dengan penduduk setempat, sekolah, tadika,kolam renang dan masjid/surau…
Read more
Perkataan Fatā

Perkataan Fatā

Perkataan فَتَى (fatā) biasanya diterjemahkan sebagai “pemuda”. Namun apabila diteliti melalui penggunaan bahasa Arab dan al-Qur’an, maknanya jauh lebih luas daripada sekadar merujuk kepada umur muda. Dua kamus menunjukkan bahawa…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.