oudh palace x sujood

Yang tak diendahkan pada kisah Ashab al-Kahf

surah al kahfi a'lam sujood (3)

Dalam kisah Pemuda al-Kahf, apabila kita perhatikan baik-baik, kita akan dapati sesuatu yang lebih besar yang perlu diberikan perhatian apabila melayari kisah para pemuda tersebut. Ia adalah didikan buat kita untuk kembali menyerahkan semua maklumat kepada Allah SWT semula.

Sepanjang kisah berkenaan, Allah SWT merakamkan 4 tempat di mana apabila berlaku perselisihan maklumat, berlaku refleksi atau suruhan untuk menyebut “Allahu a’lam” – Allah yang lebih mengetahui.

Perhatikan pada ayat ke-20, dengan penuh sifat kehambaan, kata-kata tersebut secara sepakat diungkapkan oleh para pemuda al-Kahf. Pada ayat ke-21, rombongan yang menemui jejak Ashabul Kahf pula melafazkan kata-kata hikmah berkenaan dengan sepenuh keimanan.

Image via Adzam Rasdi (Facebook)

Apakah kepentingan wahyu untuk memperincikan kata-kata ini? Mengapa ia lebih penting untuk didedahkan berbanding perincian tentang maklumat diri dan keadaan mereka? Nyatalah bahawa bagaimana refleksi iman mereka dan apa keutamaan yang diberikan pada tindak balas mereka terhadap sesuatu situasi adalah perkara yang lebih utama.

Pada ayat ke-22 dan 26 pula, lafaz “Rabbi/Allahu a’lam” diwahyukan dengan lebih tegas iaitu sebagai perintah kepada Rasul dan umat untuk disebut sebagai kesimpulan dan penutup kepada perselisihan-perselisihan maklumat yang berlaku ketika mana berbicara mengenai kisah ini.

Malangnya kita hari ini kalau sekadar bersembang dan berbahas tentang perincian kisah yang sama, tapi meninggalkan apa yang jelas tersurat dan berulang-ulang digesa sepanjang kisah tersebut, iaitu untuk menyerahkan segalanya kembali kepada yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib mahupun yang nyata.

Ingat kisah Ashbul Kahf, ingatlah, “Allahu a’lam”.

Adzam Rasdi

Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia
Update Terkini Masjid Al-Taqwa Alor Redis

Update Terkini Masjid Al-Taqwa Alor Redis

Alhamdulillah. Masjid Al-Taqwa yang terletak di Alor Redis Perlis telah berjaya di baik pulih. Pada 24 September 2021 baru-baru ini, telah berlaku satu kebakaran. Alhamdulillah masjid telah siap dibaik pulih,…
Read more
Isu ‘Sedekah Subuh’

Isu ‘Sedekah Subuh’

Isu ‘Sedekah Subuh’ 1- Benarkah bersedekah pada waktu subuh mempunyai kelebihan khusus berbanding bersedekah pada waktu-waktu yang lain ? 2- Dalil yang mungkin menjadi sandaran bagi kenyataan ini ialah sebuah…
Read more
Penawar cintakan dunia

Penawar cintakan dunia

Kala ini, teriakan keakuan dan sifat wahn (cintakan dunia) tumbuh melata di laman media. Tidak kurang ramainya yang mahukan perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan tanpa menghiraukan cara. Tumbuh subur juga adalah budaya…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.