oudh palace x sujood

Sedekah Dan Wakaf Untuk Jenazah

Sedekah Dan Wakaf Untuk Jenazah Sujood

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saudara zali dengan soalan yang pertama jika kita wakafkan atau sumbangkan wang, harta milik kita atas nama orang yang telah meninggal dunia adakah sumbangan ini sampai kepada si mati? Ada tak apa-apa nas sebagai rujukan, maksud saya kita berikan sumbangan atau wakaf, bahagian korban atas nama-nama mereka?

Jawapan: Wallahu ta’ala a’lam, yang saya faham dari soalan ini wakaf atau sumbangan wang, demikian juga sumbangan wakaf bahagian korban-atas nama orang yang telah meninggal dunia, semua perkara ini termasuk di dalam sedekah untuk mayat… sedekah untuk jenazah. Persoalan sedekah untuk jenazah ini, banyak/ramai di kalangan ulama yang mengatakan ataupun ramai di kalangan ulama yang telah melakukan nukilan ataupun mendakwa boleh sedekah untuk mayat. Ramai dikalangan ulama yang menyatakan kesemua para ulama’ telah sepakat boleh bersedekah untuk jenazah.

Salah satu dalil yang dijadikan dalil oleh para ulama’ iaitu lah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari, demikian juga Al-Imam Muslim daripada Aisyah radiallahu anha yang mana beliau.. yang mana Aisyah berkata أن رجلاً قال للنبي صلى الله عليه وسلم bahawasanya satu hari datang seorang lelaki kepada nabi dan dia berkata إنَّ أمِّي افتلتَتْ نفسُها sesungguhnya ibuku mati, iftatalat ni mati/meninggal dunia secara mengejut, kemudian kata lelaki itu وأظنها لو تكلمت تصدقت dan aku meyakini bahawasanya jika aku bercakap kepada ibu aku untuk dia bersedekah, sudah tentu dia bersedekah, namun ibu dia tak cakap apa pun nak bersedekah ataupun tidak. Cuma dia kata kalau aku cakap kepada ibuku tentang memberi galakan kepada dia bersedekah sudah tentu dia bersedekah. Kemudian kata lelaki tersebut فهل لها أجرٌ إن تصدَّقتُ عنها؟ wahai Rasulullah, apakah ibu aku yang mati tak sempat bersedekah itu, kalau aku sedekah untuknya, apakah dia memperolehi sedekah pahala..aa..pahala sedekah tersebut? kata Nabi S.A.W: نعم ya. ibumu mendapat pahala dari sedekah yang kamu lakukan.

Berdasarkan hadis ini ramai dikalangan ulama’ yang mengatakan, ulama’ telah ijma’ sedekah keatas jenazah dibolehkan dan pahalanya sampai kepada jenazah. Antara yang menyebut perkara ini iaitulah Al-Imam Nawawiy rahimahullah. Kata beliau setelah, ketika beliau mensyarahkan hadis ini di dalam syarah Sahih Muslim..

وفي هذا الحديث أن الصدقة عن الميت تنفع الميت ويصله ثوابها ، وهو كذلك بإجماع العلماء وكذا أجمعوا على وصول الدعاء وقضاء الدين بالنصوص الواردة في الجميع

kata Al-Imaam Nawawiy, yang bermaksud berdasarkan hadis ini menunjukkan bahawa sesungguhnya sedekah untuk mayat dan manfaat untuk mayat dan sampai pahalanya kepada mayat. Demikian juga ijma’ وهو كذلك بإجماع العلماء … perkara itu telah ijma para ulama’. Demikian juga, para ulama’ juga, telah ijma’ bahawasanya sampai doa kepada jenazah, demikian juga membayar hutang yang dipikul oleh jenazah juga sampai perkara itu kepada jenazah dengan nas-nas yang waadih ( واضح @ jelas) dalam semua perkara ini. Jadi perkara sedekah pada pendangan saya, wakaf untuk jenazah, sumbangan wang untuk jenazah.. milik kita, dan kita niatkan untuk jenazah, sampai kepada jenazah, dan perkara itu termasuk dalam persoalan sedekah dan kesemua para ulama menyatakan perkara itu dibenarkan dan sampai kepada jenazah wallahu a’lam.

Ustaz Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak

Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis
kalau kamu bersyukur sujood

Kalau Kamu Bersyukur, Nescaya Aku Tambahkan Nikmat Itu

Tajuk Asal Ust Syaari: Memurnikan Kefahaman “Kalau Kamu Bersyukur, Nescaya Aku Tambahkan Nikmat Itu Firman Allah SWT : وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ Dan…
Read more

Sedekah Rahsia Atau Terbuka?

Memberi sedekah secara rahsia adalah lebih baik disisi Allah daripada menampakkan kepada orang ramai. Tetapi kalau kamu menampakkan infaq sedekah dan kamu keluarkan zakat-zakat kamu itu dan orang semua tahu, elok ke…
Read more

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)