Membasmi Covid 19 Dengan Sedekah

Membasmi Covid 19 Dengan Sedekah dr arif musa sujood

1- Saban hari ke hari, kita duduk menunggu untuk kes Covid menurun, namun apa yang kita tertunggu-tunggu masih belum tiba. Kerajaan pula telah melakukan pelbagai usaha untuk mengekang virus ini, tapi setakat ini belum lagi berjaya sepenuhnya. Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa dalam mendepani cabaran ini, kita tidak boleh memisahkan aspek spiritual daripada aspek fizikal. Usaha kerajaan dalam melaksanakan PKP tambah pula kepada usaha kita dalam menjaga SOP perlu juga disertai dengan amal ibadat.

2- Antara amalan yang sangat sesuai untuk dihidupkan secara rancak ialah amalan bersedekah , kerana selain daripada ia membantu masyarakat yang terkesan secara ekonomi ia juga membuka pintu rahmat Allah SWT dan pintu pertolongan-Nya.

3- Anas bin Malik berkata: Bersegeralah dalam bersedekah kerana bala tidak akan dapat melangkaui sedekah itu.

Ini bermaksud untuk mendapatkan perlindungan Allah SWT terhadap diri kita dan keluarga kita daripada Covid, maka hendaklah kita bersedekah.

4- Kita juga dapat melihat bagaimana Nabi SAW juga telah berpesan kepada umatnya bahawa ketika berlaku gerhana, hendaklah mereka bertakbir, berdoa, dan juga bersedekah. Berdasarkan kepada hadis ini, para ulama mengatakan bahawa disunatkan untuk bersedekah pada waktu bahaya/bencana untuk menolak bala tersebut.

5- Selain itu. agak menarik juga bila kita lihat pada ayat al-Quran berikut:

‌أَمۡ ‌حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ ٢١٤ يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٖ فَلِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ ٢١٥

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”

6- Kita boleh lihat bagaimana Allah SWT sejurus selepas berkata tentang pertolongan-Nya yang dekat, lalu Dia mula berbicara mengenai infaq.

Wallahu’alam, seolah-olah ada perkaitan antara pertolongan Allah SWT dengan amalan infaq. Jadi, berinfaklah, moga Allah SWT menghulurkan pertolongan-Nya dan melindungi kita semua.

Share:

Anda juga mungkin ingin membaca:

masjid pahang sujood

Jumlah Masjid di Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai 11 buah daerah. Negeri pahang terkenal dengan Cameron Highland, Patin Temerloh, Pantai Teluk Cempedak dan bermacam lagi. Menurut info dari

Baca Lagi »

Share:

Anda juga mungkin ingin membaca:

Sedekah Rahsia Atau Terbuka?

Memberi sedekah secara rahsia adalah lebih baik disisi Allah daripada menampakkan kepada orang ramai. Tetapi kalau kamu menampakkan infaq sedekah dan kamu keluarkan zakat-zakat kamu itu dan

Baca Lagi »
apabila kematian ibu bapa sujood

Apabila kematian ibu bapa…

Adakalanya kita sebagai anak-anak dikelabui dengan perasaan kasih dan sayang, cinta, emosi, lalu kita cuba ber’khidmat’ kepada ibu bapa yang sudah tiada dengan pelbagai cara..

Baca Lagi »

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *